Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Sunday, December 13, 2009

Kisah Cemburu Buta.

Tadi, aku dengan kakak aku pergi rumah kakak aku yang lagi satu.
Kakak aku tak ada di rumah masa tu.
Yang ada anak-anak buah aku yang hyperactive tengah bergaduh.
Bila mereka nampak aku dengan kakak aku,
anak buah yang no3 cakap dengan nada riak dan takabbur:


Alang : Mak Su, Alang dapat peksa nombor satuu..hnss..hnss(kembang kempis idung)
Aku: Oh Ye ke..Alang kelas no.berapa?
Alang : Kelas Jaya, nombor satu la. Aaa...Alang dapat 9A 1C.
Aku : Aik, apa yang C?
Alang : Math
Aku : Owh..(tak tau pulak aku banyak betul subjek budak sekolah rendah sekarang ni)

Jeles aku.
Zaman aku kecil-kecil dulu,
Aku tak pernah dapat nombor satu dalam exam.
Pernah sekali dapat no dua.
Kasihan dengan diri sendiri.
Selalunya aku conquer nombor tak berapa nak depan la.

Dulu, bila balik rumah lepas dapat nombor dua,
konon nak bangga sikit la kan.
Tapi kakak aku cakap:

" Eh teruknya. Kami dulu selalu dapat nombor satu dalam kelas."
"Bohong!" Kata aku.
"Tak percaya, tanya mak".

Kemudian, tahu tak apa mak aku cakap?

" Kakak-kakak kau selalu jadi harapan di sekolah.
Kakak A, B, C tiga-tiga pengawas. Kakak C penolong ketua pengawas. Popular lagi."

 Aku marah ini. Marah. Jangan tegur aku. Aku kata, jangan.
Teringat lagu kumpulan lelaki-lelaki jambu, Westlife kot, bunyinya begini.

I was the black sheep of the family

Isk..Iskk...down betul aku rasa waktu tu. Sejak kejadian tersebut, aku tak pernah lagi mendapat nombor dua. Semuanya nombor tinggi-tinggi je. Buku rekod pon aku dah tak nak tengok lagi.

12 comments:

beautiful_rose said...

hikhikhik aku pon x lah hebat sgt...slalu y dpt no.1 dan terbaik kt skola adk aku y no.2 tuh....die selalu dpt anugerah pelajar cemerlang dn pelajar terbaik.aku,hahahh aku low profile sbb aku jns mls skit.tp bab kerajinan dn kreatif serah kat aku...jgn ditanye pasal len dr itu =p

Shukri Mohd Ali said...

salam.

hehehe....sama la kita =)

tapi no. tak bermakna ape2...yg penting apa yg kita faham dari apa yg kita blajar...kn?kn?kn?

BuLaN iTu aKu said...

no tinggi tu lagi bagus...
sebab lagi tinggi..
ehehhehe...
jgn sedey2 ye...
bulan kan ada

Bungakopi said...

beautiful rose: kita kreatif kan2...

shukri : betul la sesangat, tp bukan ke budak yg dpt no satu plg paham skali?

bulan: kalau dapat kucapai bulan, maka saktilah hamba.

Shukri Mohd Ali said...

hehehe...btol la jugak kot. ala, sy slalu dpt no 10 ke atas...faham jer ape yg cikgu ajar. hehe =P

'awan andai ku capai...maka saktilah hamba.' : bagaikan puteri! hehe =)

Bungakopi said...

shukri: minat buku tu eh?

Shukri Mohd Ali said...

hehe. boleh tahan la. sy ada novel tu lengkap ; bagaikan puteri, cinta sang ratu, hijab sang pencinta =)

Bungakopi said...

saya ada bagaikan puteri dan hijab sang pencinta je. cinta sang ratu baca kat library.

Shukri Mohd Ali said...

owh...tahun depan ada sambungannya lagi...cinta sufi.tak sabar rasanya nak baca. haha =P

Bungakopi said...

wah..minat betul tu. nanti sy pon nak pinjam juga.

the sastraboy said...

kelakar nyee...haha!

Bungakopi said...

apa yg kelakar?