Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Sunday, November 1, 2009

Alkisahnya friendster aku yang hidup segan mati tak mahu masih juga ada faedahnya.

 Cewah sikit.

Alkisahnya pada suatu hari...
Begini..
Di saat hati aku tengah rusuh tanpa sebab,
Aku pun saja-saja la buka balik friendster aku.
Kemudian check sana check sini.
Check mesej-mesej lama..


Pastu,
ada satu mesej panjang daripada seorang kawan yang sangat aku hargai. Mesej ni dia dah hantar lama dah.. dan aku pun dah balas, kemudian pada satu hari..iaitu hari ini, aku terbaca balik.

Bila baca balik mesej lama, OMG, betapa jauhnya aku.
Betapa berbezanya ayat aku di zaman ribena dengan zaman bapak ribena.

Betapa sekarang ini aku semakin jauh daripada dia, dan dia dah naik semakin tinggi..tinggi..
jauh tinggalkan aku.

Kadang-kadang aku nampak dia online, tapi masing-masing buat status BUSY. Aku pun bimbang la nak tegur. Kang dikatakan tak faham bahasa, kan naya.

So,
Akhirnya kami tak bertegur sapa sampai ke hari ini.
Sehinggalah..
Pada suatu malam (eceh)
kakak aku telefon dan beritahu aku.

"(nama gelaran aku), ibu ******** meninggal." ( ibu kawan aku tu la)
Aku pun, mcm biasa, response orang Islam la kan, 
kemudian tanya,
sakit apa?"

Kemudian aku sangat-sangat la rasa simpati kat kawan aku ni.
Macam mana dia nak survive? Ibu meninggal..
Lagi pun dia anak perempuan sulung. Lagi pun setahu aku dia kurang pandai memasak (aisehkamen).

Bermacam-macam benda bermain di benak aku.
Tapi bila aku nampak dia online, tak tahu la pula, nak ucap takziah macam mana ni?
Oh betapa pentingnya kemahiran insaniah.

Sebenarnya aku ada banyak persoalan lagi ini, tapi tak apalah, lain kali je aku bentangkan.
Kepada sahabatku dunia akhirat itu, percayalah aku sentiasa support enta dari belakang.
Ang kira inspirasi aku la juga. So jangan sesekali rasa down dowwn okeh.

Jadi, aku yang baru je rasa nak bubarin akaun friendster tu..
membatalkan niat akulah.
Ada jugerr kenangannya di situ. Mana tahu dapat mesej-mesej berguna lagi.
Kiranya, berfaedah la juga friendster aku tuu. Huhu.
Sekian, terima kasih. :)

P/S-Tak ada pula pictha aku ngan dia untuk dimuat naik. Aiseh..

No comments: