Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Friday, January 7, 2011

Cinderella's Sister Part 1

Satu lagi kisah sedih yang boleh membuatkan mata anda menjadi bengkak seperti digigit tebuan. Itulah yang terjadi pada mata aku sebaik sahaja aku bangun Subuh pada keesokan paginya selepas menghayati drama ini. Eceh. Kalau anda sukakan cerita sedih, drama ini memang boleh dipertimbangkan.

Sinopsis.

Ceritanya begini. Ada seorang gadis muda berumur 16 tahun hidup tak terurus dengan mak dia yang suka bertukar-tukar pasangan. Sekejap dengan lelaki lain, sekejap lagi dengan lelaki lain. Gadis ni namanya Eun Jo. 
Eun Jo ( Moon Geun Young)- Kakak Tiri Cinderella
Eun Jo menyampah gila dengan kehidupan dia yang tak terurus. Sepanjang hidup dia, dia asyik mendengar perkataan sumpah seranah je. Sebab tu dia membesar menjadi seorang gadis yang berhati batu, dingin dan tak tahu macam mana nak berkomunikasi dengan beradab. Hidup mereka selalu lari-lari daripada orang jahat sampaikan dia pernah terfikir nak tinggalkan sahaja mak dia dalam train waktu mak dia tengah tidur. 
Sian plak mak aku kalau aku tinggalkan dia t..
Tapi dia tak sampai hati la pulak. Kemudian pada satu hari, mak dia berkenalan dengan seorang gadis muda umur 15 tahun bernama Hye Seon. Budak perempuan ni punya la manja dan kekanak-kanakan sampai mak cik ni naik menyampah.
Mak Eun Jo : Hoi budak bila nak sampai umah neh?
Kemudian dia dapat tahu Hye Seon ni anak orang kaya. Bapak dia pengusaha arak beras kat kampung tu. Rumah punya la besar gedabak. 

Mak ai...rumah ke istana neh... ( mak tgh tkejut beruk)
Mak Eun Jo ni pun pasang plan nak ngorat bapak Hye Soon ni. Bapak Hye Seon ni duda. Rancangan semuanya berjalan lancar dan akhirnya ayah Hye Soon terpikat gila dah dengan kelemah lembutan mak Eun Joo lalu mereka pun bersetuju untuk berkahwin. Tambahan pulak Hye Seon dah jatuh kasih kat Mak Eun Jo ni sebab dia rasa macam jelmaan mak dia.

The daddy
Waktu ni Eun Jo ditinggalkan kat rumah seorang lelaki yang penuh dengan bulu. Lelaki berbulu ni dia panggil Pak Cik Berbulu. Eun Jo geram sangat kat mak dia dan takut sangat diapa-apakan oleh pak cik berbulu.
Pak Cik Berbulu
Pak Cik berbulu ni bekas boyfriend mak dia yang playgirl tu. Pak cik berbulu ada sorang anak angkat yang gemuk. Budak gemuk ni kecil lagi, tapi dah jatuh cinta kat Eun Jo sebab Eun Jo ni walaupun suka cakap lepas dan berwajah dingin tetapi baik sebab sebelum Eun Jo nak lari dari rumah tu, Eun Jo dah masakkan makanan untuk Budak Gemuk yang cukup untuk hidup selama berbulan-bulan. Budak Gemuk tu sangat terharu lalu jatuh cinta walaupun masih belum berkhatan.
Noona, plis don't leave me behind 
Hari tu Eun Jo bersiap nak lari sebab dia ingatkan mak dia dah lupakan dia kat rumah Pak Cik Berbulu, tiba-tiba waktu kat pintu pagar, ada 2 orang lelaki cari dia. Ada seorang lagi lelaki tu tersenyum-senyum kat Eun Jo tapi Eun Jo buat tak tahu je. Tapi Eun Jo kata dalam hati, kiut bapak laki ni senyum.
Hong Ki Hoon ( Chun Jun Myung)
" Kau ni Eun Jo kan? Jom ikut kami ke tempat mak kamu" Kata lelaki yang sorang lagi.
 Bila Eun Jo dengar je, terus dia lari pecut sambil bawa beg dia yang bergoyang-goyang. Dia dah tak nak hidup dengan mak dia. Tu yang dia lari. Lalu lelaki yang tersenyum tadi dengan sepenuh tenaga mengejar Eun Jo. Terjadilah adegan lari-larian...

Hero macam semput je
Dipendekkan cerita, akhirnya hero dapat juga kejar Eun Jo. Lepas tu mereka sama-sama letih dan tidur di tanah sebab semput. Lalu nasihat hero kepada Eun Jo,

Aku lihat kau ni masih muda. 
Kau ingat senang ke nak survive kat luar seorang diri?
Kalau kau dah umur 20, boleh la nak lari pun..
Tapi, kalau baru umur 16, jangan nak terhegeh-hegeh lari la.
Kau akan menghadapi banyak kesukaran yang tak dapat kau bayangkan.
Masyarakat tak terima budak bawah umur untuk bekerja.
Kalau kau nak lari pun, tunggu la sampai umur 20. Lepas tu kau lari.
Sementara tu, hidup la dengan mak kau dulu.

Nasihat hero panjang lebar. Hero ni kuasa dia adalah berupaya mempengaruhi orang dengan kata-kata dia yang lunak.Lepas tu, Eun Jo pun ikut dia balik ke rumah agam. Di situ, dia berjumpa dengan ayah tiri dan Hye Seon ( adik tiri). Hye Seon seorang gadis berjiwa lembut. Dia terus jatuh hati dengan kakak tiri dia walaupun kakak tiri dia ni berwajah dingin. Dia seronok sangat dapat kakak dan mak baru.

Hye Seon (Seo Woo)- Si Cinderella
Sementara nak tunggu bilik Eun Jo siap, Eun Jo berkongsi bilik dengan Hye Seon. Walau bagaimanapun, Eun Jo yang berhati batu tak pernah nak ngam dengan adik tirinya Si Hye Seon yang manja itu. Dia rasa adik tirinya tu kebudak-budakan dan sangat menjengkelkan. Semakin hari, dia semakin menyampah walaupun Hye Seon cuba berbaik dengan dia. Ayah dia perasan bahawa anak-anak dia tak ngam satu sama lain, lalu dia pun buat keputusan, selagi mereka tak ngam, selagi itulah Eun Jo tak boleh pindah bilik.

Eun Jo makin sakit hati apabila mak dia sangat manjakan Hye Seon. Hye Seon ibarat cinderella di rumah itu. Bagi Eun Jo, sepatutnya cinderella dibenci emak tiri, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Malah semua orang yang bekerja dengan ayah tiri dia sangat suka layan Hye Seon termasuklah Hong Ki Hoon ( si hero). Hero ni sebenarnya anak orang kaya tapi sebab merajuk dengan family yang pilih kasih, dia bawa diri dan bekerja di kilang arak beras ayah dua beradik tiri ni. Ki Hoon pekerja yang disayangi, tambahan pula Hye Seon rapat dengan hero ni, malah Hye Seon pernah kata..

" Oppa, remember. You're only belong to me. Arasso?(paham?)

Tapi hero ni cuma gosok-gosok rambut Hye Seon malah dia tak layan sangat pun kata-kata budak ni. Dia anggap adik je. Sebaliknya, Ki Hoon lebih tertarik dengan perwatakan Eun Jo yang tegas dan berwawasan. Eceh.
Saat-saat Ki Hoon mendekati Eun Jo ( dengan senyuman killernya!)
Entah macam mana, hanya Ki Hoon yang berjaya mendekati Eun Jo yang negatif tu. Kebetulan pula, Ki Hoon jadi tutor Eun Jo dalam matematik ( Ayah tiri pernah berkata kat Eun Jo- Minta apa sahaja, ayah akan beri. Tapi Eun Jo buat tak tahu dan akhirnya tuntut janji tu untuk berjaya dlm exam. )

Walaupun Eun Jo  ni sekejap sekolah sekejap tidak sebelum ni, tapi dia mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya. Dia selalu menanamkan dalam fikiran, dia tinggal di situ hanya sementara sebab mak dia boleh dihalau bila-bila masa, oleh itu sementara masa masih ada, dia akan rebut semua peluang yang ada untuk belajar (dengar tu adik-adik semua)

Berlainan dengan adik tiri yang tak ada desire untuk berjaya sebab dah biasa hidup senang, malah Hye Seon selalu gagal dalam semua perkara. Kebetulan satu hari tu, Si kakak tiri masuk pertandingan matematik, si adik masuk pertandingan balet, tetapi si adik kalah manakala si kakak menang no.1.

Hye Seon balik rumah sambil menangis sebab kalah. Lalu ramai orang pujuk dia dan puji dia berbakat. Malah semua orang termasuk pekerja kilang menonton balet si adik sambil bertepuk tangan. Tapi si kakak yang menang ni tak ada orang ambil tahu pun. 

Jadah tol, aku  yang menang diabaikan
Bengang la Eun Jo. Dia pun nak pujian jugak. Tapi dalam hati Eun Jo kata,
Aku tak perlukan  pujian sesiapa, cukuplah dia seorang. (sambil berjalan ke arah Ki Hoon yang tengah bertepuk tangan tengok Hye Seon.) Lalu dia buat isyarat supaya Ki Hoon ikut dia ke tempat rahsia mereka, iaitu stor arak beras. Ki Hoon pun ikut la terkedek-kedek. Sampai di stor, Eun Jo tunjukkan sijil menang dia dengan kasar tanpa senyum pun, tapi dalam hati seronok sangat bila dapat pujian daripada si hero. Hero kata..
Lagi senyuman membunuhnya!
" Wah, bright Eun Jo. Kau memang pandai. Aku rasa perlu hadiahkan sesuatu kat kau," sambil memberikan senyuman yang membuatkan hati semua gadis luruh. Lalu Ki Hoon bawa Eun Jo ke biliknya dan hadiahkan pen yang paling disayanginya kepada Eun Jo. Katanya kepada Eun Jo
" Eun Jo, ko jaga pen ni baik-baik. Pen ni lebih tua dari umur ko. Ingat tu!"
Tapi Hye Seon dengar di sebalik pintu.

" Oppa, tak sangka oppa buat begini. Pen tu patut bagi kat kiter.. kiter kan lebih rapat," katanya merajuk sambil berlari. Hye Seon. Hye Seon. Dah kalah pun nak hadiah. Fikir kakaknya.

Oih...letih plak rasa. Tak sangka review aku jadi panjang macam ni padahal baru sampai beberapa episod. Sambung nanti la plak.

Bersambung ke part 2.

5 comments:

Sesumpah said...

wahaha aku ade cite ni tapi belum tgk

takut addict

uhuk

Shukri Mohd Ali said...

drama...uh =_="

Bungakopi said...

sesumpah,
lor, aku tgok on9..huhu

shukri,
drama3...:)

dun ask my name huhu said...

tgk cite nie smp ep 2 jek, sbb igtkn taecyeon jd hero. hihi, by the way sy da jd follower awk, so hope awk leh jd follower kte(skema btol bunyik nye). leh la kongsi cite2 korea nnt.huhu~

dun ask my name huhu said...

hongki 2 pon comel gak, tp dgr cite dier ad awek.sobz2 sedey aq. tp jonghun leader ft island 2 hensem gler, tp dier 2 lak playboy. last2 ske c seunghyun je la. t'lpe lak nk ltk gmb dier.