Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, January 4, 2011

Terr..berbaik dengan Isteri

Pada suatu hari, kakak bergaduh dengan suami. Mereka tak boleh bertemu muka lagi. Asal nampak je muka kakak, abang rasa nak cakar-cakar pada dinding. Kakak pun sama. Asal nampak muka abang, kakak rasa nak pecah kaca dengan tangan. Tapi jadual mengemas rumah tetap berjalan seperti biasa. Kakak basuh baju dan jemur baju, abang lipat baju dan seterika baju, kakak lagi susun baju. Lebih la sikit, isteri kan.

Rumah jadi sunyi sesunyi filem yang lupa dimasukkan bunyi. Satu petang, abang tengah bercekak pinggang di pintu belakang rumah sambil mengeluh geram. Matanya memandang langit. Dia nampak...

Ihsan, bukan Ehsan anak Kak Ton

Abang pun terkejut. Abang terus teringatkan kakak. Dia berlari ke dalam bilik dengan dirinya hanya berkain pelekat petak-petak dan ternampak kakak tengah tidur.

"Yang. Yang. Bangun! "

"Bangun Yang, bangun!" Lengan kakak digerakkan.

Aishhh..." Kakak menarik lengannya sambil berkalih ke arah bertentangan.

Abang tidak putus asa. Dia pergi pula ke arah wajah kakak sambil menggoncang-goncang bahunya.

" Yang, magik yang! Cepatt." Katanya menggesa.

"Apaaa?" Tanya kakak dengan suara meninggi. Tangannya ditarik abang tiba-tiba menjadikan tubuhnya terdorong untuk bangun. Tapi melihat wajah abang yang beriya-iya, kakak malas bertekak lalu tergesa-gesa ke pintu belakang menuruti abang. Abang mengunjukkan jarinya ke dada langit kemudian memandang isterinya. Mulut kakak terlopong sedikit.

" Ya Allah, bangg..."

Mereka terus memandang dada langit sambil berdiri bersebelahan. Tanpa sedar jejari mereka bertaut.

p/s- Kisah benar belaka.


2 comments:

beautiful_rose said...

ada sesuatu dalam entry ini...
=)

Bungakopi said...

ada an2...huhuhu