Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Friday, January 28, 2011

Kenangan Rakyat Marhaen

Hai.
Pernah dengar tak " dah mula rasa rindu padahal mereka masih di depan mata?" dan 
 " dah mula rasa sunyi padahal mereka belum pergi". 

Pernah rasa?

Bosan la. 

Aku dah mula rasa sunyi padahal kawan-kawan ada je. Pukul 2 pagi masih baca komik, masih melilit shawl sambil tengok tutorial di Youtube. Masih meriah malam ini. Tapi.. esok semua orang dah balik kampung and aku pula adalah orang terakhir yang akan tinggalkan rumah ini. Aku tak tahu kenapa aku sentiasa akan jadi orang yang terakhir bab-bab berpindah-randah atau bercuti ni. Benda ni tak pernah berubah semenjak aku kecil hinggalah dah boleh berumahtangga ni (ehem).

Sepinya pekan ni
Dulu waktu aku kecik-kecik pun sama jugak. Semua kakak-kakak aku tinggal jauh-jauh. Penang, KL, Negeri Sembilan, Perak, Mesir. Lagi 2,3 hari nak raya baru balik sambil bawa kuih raya berbondong-bondong dan baju raya untuk aku. 

Kemudian rumah akan riuh rendah. Biasanya pada malam-malam baru berjumpa tu, kakak-kakak aku akan berborak sampai ke Subuh. Termasuk aku akan bersengkang mata sambil dengar cerita-cerita mereka. Kemudian, bila habis cuti, seorang demi seorang akan kembali ke tempat masing-masing dan tinggallah aku terkontang-kanting dengan emak. 

Perasaan untuk melepaskan sesuatu yang kita suka tu sangat susah. Hati rasa sunyi. Padahal kalau kami berkumpul, kerja aku memang hampeh habis. Mentang-mentanglah mereka memasak, membaju dan menyetelkan kerja-kerja wanita, aku biasanya akan ambil part paling akhirlah iaitu cuci pinggan mangkuk. Tak pun part paling awal, tukang beli barang. Biasalah, hidup kan.

Sebenarnya manusia tu memang tak suka ditinggalkan. Tak suka sendiri. Hairanlah macam mana ada orang yang hidup menyendiri? Serius cakap, aku kalau duduk terperap seorang diri, aku mula rasa hidup aku tak berguna. Walaupun aku boleh layan Korea sampai habis 20 episod, atau baca komik sampai episod beratus-ratus, tapi kalau seorang diri.. ("-_-)


Ada cara lain tak macam mana nak membunuh kebosanan? Plis.

p/s- kalau mereka ada, kadang-kadang aku bagi siku je supaya mereka tak ganggu aku.

6 comments:

Em's Family said...

ade.. main facebook.. blogging.. mase banyak habis huhu.. tak pun tengok cerite korea..

anyway, nak mintak tolong vote kan untuk akak untuk Friso Contest

Ok.. ini instruction dia..

1. Go to http://apps.facebook.com/flaunt-it/
2. Click ALLOW
3. Click VOTE NOW
4. Go to FLAUNT YOUR MOMENT
5. go to

http://apps.facebook.com/flaunt-it/moment_view.php?

id=10195&menu=gallery
6. Click VOTE..

or kalau nak tengok gambar sekali. boleh tengok dekat

http://malaysiagiveaway.blogspot.com/2011/01/i-appreciate-your-vote-for-friso.html

Kalau if you dont mind, boleh vote every 24 hours..

Once again.. Thanks yer
Kak Mira

FzaIbrahim said...

aku pun masih kt umah sewa x balik lagi.
sungguh sepi seorg diri. waaaaaaaaaa.. T__T

Bungakopi said...

Kak Mira,
itu hari2 sy buat kak.huhu. japg sy cuba k..

fza,
sungguh sepeee.sob.

ZACK ENTRY said...

ceriakan hari anda..=)

Shukri Mohd Ali said...

sepi kan pekan tu. saya suka sepi2 nih. lalalala~

Bungakopi said...

zack,
i'm very cheerful tonight=)

shukri,
awk suka? sy xsukaa.