Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, January 21, 2010

Kosong

Ini karya aku masa form 5 if tak silap. Dulu, aku suka gak berlawan dengan kawan aku ni. Bukan lawan tumbuk sebab berebut nestum paket, cuma lawan siapa tulis puisi paling best.

                                                                         
Tapi aku tak ada karya kawan aku untuk ditempek kat sini. Jadi, aku tempek gambar dia sajalah. Oya, dia juga sangat tidak mengagumi bakat menulis aku yang hebat ini kerana dia rasa karyanya lebih mantap. Tapi tidak mengapa. 

 Aku tak bersedih. Sebab dalam beratus-ratus karya yang ditulis oleh beliau, aku hanya minat satu perkataan, iaitu tandu cinta. Wakaka...agak biasa didengari kan?? 
( Ces, bajet karya aku lebih hebat)


Ok, sekarang cuba baca benda alah kat bawah ni. Beza karya aku dengan karya kawan aku ialah...

Karya aku keluar kat majalah sekolah!! Hnss..Hnss..
Karya kamu pernah ke keluar majalah sekolah?

Ok aku tahu ada ramai orang di luar sana yang sangat berbakat sedang mengetawakan aku.  Ada orang tulis karya pasal pelangi, pasal bulan, bintang & matahari..
Pasal gadis bermata ungu..
Pasal gadis ayu, wanita muslimah..
Pasal agama.. pasal perang..

Jauh lebih bernilai daripada karya cekodok ini ( alahai, ayat ini tidak sedih)
Huhu..tapi tak mengapa, sebab aku tak mudah rasa putus asa.

SILA NIKMATI KARYA 'KOSONG' INI!

Malam pekat begini
Meski bising bunyi cengkerik
Dan hujan cuma tinggal rintik
Jiwa ini masih kosong

Saat teman-teman bersenandung
Saat itu hati ini menangis dan berteleku bisu
Dan menonjol riang di luaran

Jiwa ini bukan tandus
Cuma hipokrasi dunia buat ia mendengus
Letih dalam bermonolog

Kekosongan ini mahu lepas
Seperti bebasnya sang camar di laut
Terbang mencari suara kudus 
Saki baki di hujung dunia  

Ehem- 
  1. Aku tulis karya ni masa kat hostel and rasa bengang tak pasal-pasal malam tu. Entah kenapa. Rindu kampung gamaknya.
  2. Silalah komen. Nak kutuk pun tak apa. Sila ok, sila.

16 comments:

Shukri Mohd Ali said...

aduh, aduh, aduh....

terasa sesuatu bila nmpak perkataan pelangi dan gadis mata ungu tu. huhu.......................

wah, berbakat betul cik husna ni. boleh sy copy karya ini ke dalam pendrive sy? =)

serius, sgt menarik, dan begitu...indah~

Bungakopi said...

copy laaa. sguh bgga skli ni.

Shukri Mohd Ali said...

=)

azaliahjsalleh said...

comel comel
ahahaaaaaa

ok nant cite arr pasal isu biskut di curik org
gempak arr tuh !

AJ Nismihan said...

nampak indahnya bait-bait alun bahasa dan aku tak akan pernah curiga andai karyamu pernah menjengah majalah sekolah.
bagus.
bagus lagi andai bakat itu tak mati.
teruslah menulis.
menulis dengan jiwa.
biar serlah jujurmu pada bait-bait itu.

aiseh,aku pun tak sangka entri aku boleh sama dengan hang.serius memang tak sangka.
wei lama dah aku mati dalam berkarya nih.tu yang saja nak menulis semalam.
tapi aku tak pernah lah masuk majalah sekolah macam hang :)

Bungakopi said...

azaliahjsalleh,

okeh. aku crita segera.

AJ Nismihan,

hahaha. majalah sekolah je pun. ni yang buat aku segan ni. tajuk sama takpe, jgn content sama sudah. huhu ( ceh sape la nak plagiat karya aku nih)

Shukri Mohd Ali said...

saya nk plagiat karya husna. huahuahua =)

Kapten Luffy said...

puitis sampai aku x berapa paham
haha... aku lemah menilai bahasa puitis. huhu

Bungakopi said...

shukri mohd ali,

cepuk kang.

kapten luffy,

dah tahu dah. tgok bahasa yg ko guna dlm blog memang straight smua.

Shukri Mohd Ali said...

ouch. gurau2 je la. huhu...

Bungakopi said...

sukri,

takper.

Husna Hadzarami said...

haha. masa sekolah rendah pernah la masuk majalah sekolah. tu pun cerpen merepek2 :P
wey2 tak tau la anda suka puisi2 ni..

Bungakopi said...

Husna Hadzarami,

Suka la juga.:)

beautiful_rose said...

fantastik!
siyes aku suke...
sme2 la kite teruskan berpuisi.sbb dgn puisi kite le luahkan rse hati secare ikhlas.

BuNga said...

well...cik bunga popi,rupanya ang mengutuk ak noh..sgguh malang ak xde bloq sblum ni..huhu..its owke,actually u r wrong ,im not saying my PUISI is da bes n i do love ur poetry..

.: Si BungaKopi : . said...

haha..cik Bunga, gurau2 saja maa...

lets compete fairly. :)