Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, January 19, 2010

Tiba persoalan serius (sangat)

Tiba-tiba aku rasa ingin membangkitkan satu persoalan untuk difikirkan.

Kalau kamu adalah tenaga pengajar beragama Islam yang perlu mengajar subjek tentang semua agama di dunia..

+++ lagi status kamu sebagai graduan Universiti Timur Tengah dalam kursus agama,

Pelajar-pelajar kamu terdiri daripada pelbagai agama- Islam, Kristian, Hindu, animisme dan free thinker juga ada,

apa pendekatan yang akan kamu gunakan semasa mengajar subjek pelbagai agama tersebut?

adakah kamu ingin bercakap sebagai seorang yang tiada agama supaya nampak adil di mata pelajar?

ataupun kamu bercakap sebagai seorang Muslim?

Situasinya disini,

apabila kamu bercakap secara fair and square, kamu ibarat atheis.

Apabila kamu bercakap dengan mempunyai pegangan agama, kamu dianggap bias.

Ok, sila jawab sekarang. 

(TERBUKA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SHJ)

Senyum kambing- Cuma bertanya.

14 comments:

Husna Hadzarami said...

uish. sangat berat persoalan ni.. *speechless+pening*

Fza.ithu.Zazha said...

huhu..
ape motif ko tanye cmthu?
msti de pape ni.. erm..

Bungakopi said...

Husna Hadzarami,

Huhu..

Fza.ithu.Zazha,

motif? Cuma mahu tahu pandangan rakyat dgn konsep 1 Malaysia.

Shukri Mohd Ali said...

ehem, hem, hem...plajar timur tengah nk jawab nih. ready ke tak? hehe.

mcm nih,

perkara ni mmg agak berat dan serius. kalau sy, sy akan bercakap sebagai seorang muslim. hei, kenapa tidak? Islam itu agama yg universal dan mempunyai world view yg tersendiri. kalau anda seorang muslim, sy maksudkn seorang muslim yg betul2 muslim, yg mengamalkan sepenuhnya ajaran al-Quran dan hadis, maka isu agama tidak menjadi permasalahan sebeanrnya. sy ingin memetik sebaris ayat al-Quran, yg membincangkan tentang perbezaan agama, iaitu surah al-Ahzab ayat 13, maksudnya :

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."

nah, di sini sudah jelas bhw jgn kita membeza-bezakan antara satu bangsa dgn bangsa yg lain. jika kita seorang yg mempunyai pengetahuan yg mendalam terhadap agama, maka subjek 'agama' tidak sepatutnya dijadikan sesuatu persoalan yg merumitkan.

adakah kita akan dianggap bias jika bercakap mengenai pegangan agama? semestinya. tetapi kita boleh elakkan perkara ini. bukan melalui percakapan, tapi perbuatan. kita hendaklah menunjukkn rasa hormat kepada bangsa lain. jgn sesekali mencemuh kepercayaan org lain, walaupun kita tahu yg mereka silap. sebgai org Islam, akhlak dan sifat yg baik amat dituntut dlm pergaulan. Rasulallah pernah bersabda maksudnya :

" barangsiapa menyakiti bangsa asing, maka dia telah menyakitiku. barangsiapa menyakitiku maka dia telah menyakiti Allah. "

di sini juga jelas menunjukkan bahawa kita harus hormat terhadap bangsa asing.

sy kurang bersetuju jika seseorang itu bercakap secara fair dan square, kerana itu akan menunjukkan kelemahan pegangan. tetapi sy juga tidak bersetuju jika seseorang itu terlalu taksub dan membangga-banggakan pegangannya.

yg penting di sini terserah pada individu, utk menangani situsi ini. sebaik-baiknya dia haruslah punya pegangan yg mantap, rendah diri, intelek, open minded, jgn cepat melatah, jgn sensitif, dan bijak berhujah.

sekian pendapat sy setakat ini. terima kasih. satu isu yg agak bagus! =)

Bungakopi said...

shukri,

ehm,. cayalah kri,
memang bersederhana dlm tindakan itu yg sebetulnya. Muslim yg betul2 muslim tidak patut bertindak melulu.

Shukri Mohd Ali said...

hehe. amboi, sy dh ada singkatan nama rupanya! =)

insyaAllah, skadar berkongsi pengetahuan. mudah-mudahan bermanfaat. yg baik datang dari Allah, kri skadar perantara je =)

Shukri Mohd Ali said...

lg satu, mintak btulkan ye. surah al-hujurat, bukan surah al-ahzab. maaf.

nuansa pena said...

menarik sekali apa yang ada di pikiran anda! Sebagai Muslim yang utama adalah belajar sebaik-baiknya agama kita dulu, dan perlu wawasan tentang agama lain, sehingga bila ada pertanyaan yang menyangkut perbandingan agama, kita bisa menempatkan agama kita sebaik-baiknya! Sambil syiar tentunya! Anda masih muda tapi pemikirannya bagus sekali! Sukses!

Bungakopi said...

shukri,

dah terbiasa panggil nama tu. roomate sy slalu sebut singkatan kri.


nuansa pena,

terima kasih.pandangan anda juga bernas.

Shukri Mohd Ali said...

best jugak ya nama singkatan tu. hehe =)

zaty fiziaty said...

aku tau pensyarah tu sapa...huhu~

Ibnu Sa'eed said...

salaam, izinkan saya mencelah...

suatu pengalaman bersama seorang wanita jepun student Phd "Kajian Islam di Nusantara" semasa belajar bahasa Arab dengan saya..

Beliau sedang present tentang "Budaya agama orang jepun" dan pandangan orang jepun tentang Islam... (kebetulan beliau waktu tu baru memeluk Islam)... menurut beliau budaya Orang Jepun tidak boleh terima ada ugama yang menyatakan "hanya satu ugama saja betul" dan orang seperti itu dianggap seperti GILA... (sebab itu orang jepun susah terima Islam)..dalam rumah keluarga beliau ada tokong "ugama shinto" dan "budha"... beliau terhenti diakhir presentation nya...berkata: "saya tidak tahu bagaimana berhadapan dengan situasi ini... mengajak keluarga kepada Islam!! atau menyatakan hanya Islam yang betul"....

Entah bagaimana Allah beri ilham, saya beri jawapan dalam saat emosional seperti itu... dan beliau kata jawapan itu sangat positif dan melegakan...

saya katakn.. "Anda tidak perlu lagi mendakwahkan Islam (dalam kata lain jangan lagi mengajak mereka kepada Islam)... anda tunjukkan kehebatan budipekerti dan budaya hidup islam...anda cuma terangkan kebaikan2 Islam... dan katakan adalah OK MEREKA TIDAK MEMILIH ISLAM...MEREKA BOLEH PILIH APA YANG MEREKA SUKA.. DAN TERUSKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN...TUGAS MANUSIA ADALAH MEMBUAT PILIHAN,..CUMA MEREKA PERLU TAHU APAKAH AKIBAT2 PILIHAN MEREKA ITU...

dan akhirnya saya katakan orang kafir lebih selesa dengan dakwah yang tidak menekan,tidak provokatif dan mereka diberi ruang untuk memilih... tetapi budaya Islam mesti sampai kepada mereka untuk melihat perbezaannya...

sekian sedikit perkongsian pengalaman... salaam.

Bungakopi said...

Ibnu Sa'eed,

terima kasih atas komen ini. Itulah yang sebaik-baiknya kan?

Hm..tapi kenapa ramai yang tak praktikkan begitu ya (termasuk juga saya)

Bungakopi said...

zaty fiziaty,

camna ko leh kenal?