Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, February 9, 2012

Hari ini aku berhijrah dari XS ke L nak ke M sikit sikit.

Salam party polytik.
......
......
......
......
......
......
Menyampah tak tengok ejaan aku yang begitu rupa?

Baiklah.
Hari ini aku ada interbiu cikgu di sebuah sekolah agama yang terkenal di Penang. Oleh itu semalam kakak aku telah membuka satu bUngkusan yang terdiri daripada kain-kain tudung lama yang bersaiz L.

Setelah aku gabus-gabus habuk pada tudung-tudung tersebut, aku telah menyeterika tiga helai tudung. Satu berwarna kelabu, hitam dan putih. Maklumlah, perasaan nervous akan menyebabkan tudung tidak jadi. 

Kain tudung itu berada di dalam bungkusan di dalam setor yang mana bermaksud ia sudah tidak digunakan lagi. Hal ini kerana kakak aku sekarang memilih  untuk memakai tudung bersaiz XXL yang menutupi bontot, melebihi siku dan sama di paras lutut. Sudah tentulah hidayah aku belum cukup kuat. Oleh itu aku hanya memilih untuk meminjam tudung lamanya yang bersaiz L ke arah M.

Situasi di tempat interbiu.

Sudah berjam-jam aku menunggu untuk diinterbiu.
Tudung sudah senget. Muka sudah berminyak. Lalu aku tekapkan tisu Premiere ke muka dalam-dalam. Bekal nasi lauk asam pedas sudah tinggal separuh. Sakit perut yang berkelodak sudah surut.Jiwa yang gementar sudah menjadi rilek serilek-rileknya.

Persoalannya: Berjayakah aku dalam interbiu ini dengan tudung pinjam berwarna putih? (@_@)

No comments: