Bila sebut artis bertudung, maksudnya artis perempuanlah. Kalau taip artis perempuan bertudung, nampak sangat lewah dalam penggunaan Bahasa Melayu. Ececeh. Bajet betul aku ni.
Ramai artis kita dah bertudung,
Siti...eh tersilap.
Syarifah Aleya, Diana Amir, Abby Abadi, Syarifah Sofia, Yatt Hamzah, Irma Hasmie, waw..aku pengingat nama artis rupanya.
Bagus. Bagus. Kurang-kurang, tamatlah sudah dosa menayangkan rambut. Berat seksaannya.
Walaupun begitu, bila kita bertudung, ingatlah.
Dugaan tetap ada. Bukannya hidup kita akan jadi sesuci embun pagi selepas bertudung.
Tidak ye tawan-tawan.
Walaupun bertudung, diri tetap akan ditohmah tambah-tambah pulak public figure.
Ikhlaskan niat memakai tudung,
bukan kerana ingin berhenti dikeji semata-mata
atau
bukan kerana ingin HIDUP YANG LEBIH MUDAH.
Ramai jugak kawan aku yang tak bertudung. Walaupun mereka tak menyatakannya, tapi aku tahu.
Kadang-kadang mereka memakai tudung dengan cerita begini;
Aku seksi. Aku buka aurat. Hidup aku jadi susah. Susah untuk jumpa lelaki baik. Diganggu digoda lelaki miang di pasar raya sesuka hati. Banyak orang pandang serong. Jadi, baik aku pakai tudung supaya laluan hidup aku menjadi lebih mudah, rezeki melimpah-ruah..hati yang gelisah dapat ditenangkan.
SECARA INTIHANYA, Jangan selepas hidup anda ditimpa masalah ,
baruuu nak pakai tudung.. (dgn harapan lepas pakai tudung masalah akan berkurang)
WHY not now?
SECARA INTIHANYA, Jangan selepas hidup anda ditimpa masalah ,
baruuu nak pakai tudung.. (dgn harapan lepas pakai tudung masalah akan berkurang)
WHY not now?
Betulkan niat.
Pakai tudung kerana tuntutan agama.
Barulah pemakaian tu kekal.
Kalau kerana niat yang kurang tepat seperti di atas, bila masih ditimpa masalah,
adakah akan buka semula tudung?
sebab tu lah terjadi pemakaian tudung celang celup.
Sekejap pakai, sekejap tidak.
Tapi OK la lagi daripada meletakkan selendang di sanggul saja.
Tapi OK la lagi daripada meletakkan selendang di sanggul saja.
Masalah dan hidup ibarat mangkuk tandas dan tahi, tidak dapat dipisahkan.
Oleh itu, walaupun anda memakai serkup di dalam tandas, tetap akan meninggalkan aura tahi di tubuh anda. Sekian.