Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Monday, April 4, 2011

Macam Facebook Tapi Bukan

Adakah anda tahu  kewujudan laman sosial baru bernama Irkah yang macam facebook? 
Best!
Masuk je page irkah tadi, terus ada muzik instrumental yang tenang gileeeee. Aku mula-mula buat tak tahu je, aku ingatkan muzik dari laptop aku.sengaaal.
Ha ni la die.. ni laa.. sama tak??

Pendapat aku mengenai IRKAH:
Bagus.
Bercirikan islamik.  
Malah ada lagi tambahan-tambahan yang lain macam radio, al-quran, blog, dan webcam. Kalau nak tahu lebih lanjut, skodeng sendiri.
Add la aku weh tolong ar T_T

Apa motif diwujudkan irkah?
DUIT?
GLAMOUR?
Apa pon motif mereka, jangan lupa bahawa itu produk Malaysia.
Kita kan supportive..
Rakyat Malaysia supportive kan? kan? kan?
Mana lebih baik, Mark Zuckenberg untung ke rakyat Malaysia untung?
Mark Zuckenbergggg..!!

Ooo.. macam tu rupanya perangai korang baru aku tahu ea...

Jadi sekarang aku ada dua laman sosial.
FACEBOOK & IRKAH.

FACEBOOK :Kawan2 bertemu muka dan ruas, makcik pakcik anak buah bapak buah, sepuput sepapat
IRKAH : Bebas kepada sesiapa sahaja yang nak add aku. wahh bajet macam artiss
Tapi sekarang aku baru ada seorang kawan, so di sini aku menyeru supaya anda semua ADD AKU dalam IRKAH...! KENA JUGAK! KENA JUGAK!

Ok.
Just taip www.irkah.com.
Mudah bukan?

P/S- Pergh, iklan macam tak siap je.

Saturday, April 2, 2011

Merawat Jiwa-Jiwa Yang Tidak Tenang

Kalau namanya remaja,awal 20 an, biasanya akan selalu rasa hidup mereka tak berguna. Tak dihargai. Tak ada siapa nak dengar suara mereka. Betul?

Aku pulak suka membaca dan mendengar. Jadi aku selalu jumpa situasi gadis+jejaka yang baru nak start hidup dengan pelbagai masalah.

Selalu aku dengar gadis-gadis+ jejaka lingkungan umur aku memberontak tak ketahuan hala dengan hidup sendiri. Selalu aku baca ayat lebih kurang begini;


ENGLISH VERSION


I'm tired of my life and I had enough..
I'm tired of the messed up life God gave me!
I'm siccccccccccckkkk of people around me..
My life is pathetic. I'm a loser- dalam genetik tu memang dah loser kot? ahaks.


VERSI SASTERA MELAYU

Air mata ini sudah penat mengalir. Jalan hidup aku masih panjang. Jalan ini terlalu berliku untuk aku hadapinya seorang diri-siapa suruh kau jalan seorang diri. Lain kali  cuba ajak kawan lain ramai-ramai.

Aku nak jadi diri sendiri. Bukan hipokrit macam sesetengah orang tueww. ada aku peduli kediri sendirian kau tu?

..atau ada juga yang luahkan ketidakpuasan melalui lagu-lagu indie, headbanging yang macam ha..hammm..pppehh tu. Contohnya lagu maharani butterfingers tu atau lagu Hate by Plain's white.

Bukan salah lagu tu, tapi kesilapan orang yang mendengarnya. Terlalu fanatik dengan lagu-lagu indie sampaikan nak mengatur hidup mestilah memberontak macam dalam lagu. Sampaikan bila jumpa orang di jalan tak nak bertegur sapa. I am lone ranger. Pigi mati la. Siapa peduli?

Berlambak-lambak pula yang salahkan orang lain, yang menyebabkan kehidupan dia jadi begitu begini pada hari ini.

Salahkan didikan family yang kurang kasih sayang, yang pilih kasih, salahkan kawan-kawan yang tak nak memahami, salahkan ex-boyfriend yang menjerumuskan diri ke lembah tak berapa nak baik.  

Kenapa kenapa kenapa suka letakkan kesalahan pada orang lain?

Cuba fikir sejenak secara dalam-dalam. Teruskan menyalahkan orang lain yang tak nak memahami, tapi SAMPAI BILA? Takkan kerana orang lain tak sebulu dengan anda, anda harus korbankan masa yang merupakan umur anda itu dengan hidup yang terus-terusan memberontak dengan hati yang berat? 

Sebenarnya anda enggan membuka diri anda kepada orang lain. Anda yang mengehadkan pergaulan anda dengan orang lain, sebab itu anda jadi loser. 

Cuba lapangkan minda, buka hati kepada orang lain, terima orang lain tanpa prasangka, mulakan persahabatan dengan ikhlas dan jangan letakkan expectation terlalu tinggi kepada semua orang kalau anda sendiri tak mampu nak buat benda yang sama kepada orang. 

Kita orang melayu ni jangan cepat sangat terpengaruh dengan budaya luar. Jangan sampai maksud lagu atau falsampah yang pelik-pelik tu mempengaruhi kehidupan seharian kita. Mereka tu tak solat, tak ada manual guide, memanglah hidup akan sentiasa berserabut, tak ketahuan hala. Kemudian mula tangkap gambar bibir merah menyala, mata bercelak tebal gila. Entah kenapa hati aku rasa berat gila bila tengok gambar-gambar macam tu. 

Orang yang memberontak inginkan suara hatinya didengari. Tapi dalam dunia ni siapa yang teringin sangat nak dengar masalah anda? Semua orang ada masalah sendiri. Jangan nak menunggu ada putera impian turun dengan kuda putih ada tanduk dan menyelamatkan anda dari kawasan kemalangan.  

Jangan mengharapkan akan ada perempuan minyak masak suci murni datang menghulurkan tangan ketika anda sedang terkapai-kapai. Jangan jangan jangan. Benda tu tak wujud.

Buang sikap yang suka memberontak. Try to get along with others. Memang nampak susah pada mulanya, tapi bila kita start to senyum selalu, cuba beramah walaupun skill tu memang tak ada dalam genetik, kita akan terkejut apabila mendapati orang akan menerima kita dengan hati yang suam atau maksud lain, dengan mesra.


 Life is 10% what happens to you and 90% of how you react to it- Charles R. Swindoll.

Huraian
Apapun masalah yang datang, itu cuma menyumbang/memberi kesan  10 peratus kepada jalan hidup anda, lagi 90 peratus tu ialah bagaimana anda tangani masalah tersebut. Kalau anda memberontak tak ketahuan hala macam yang aku sebut di atas, maksudnya andalah yang bengong, bukan orang di sekeliling anda.

 Life is what you make it.You alone have the responsibility to shape your life.


Masih nak salahkan orang lain?


: all images are not mine