Di mana penawar 
Ubat hati yang rawan 
Buat aku yang gagal mencorak 
Pelangi hidup yang indah
Di mana jarum 
Untuk kujahit jiwa yang carik 
Terhiris dengan sambil lewa itu 
Dan pedihnya seperti ikan disiang kulit 
Ini aku 
Anak itik yang malang 
Kekura yang kalah dalam perlumbaan 
Mariana yang sentiasa dibandingkan
Semilir petang ini 
Jua mengingatkan aku 
Yakni akulah 
Hasrat Pinocchio yang tidak kesampaian 
p/s-Life is like a rainbow. You need both the sun and the rain
to make its colors appear.
to make its colors appear.


12 comments:
wush hati terluka nih :0
sesumpah,
tak pun, ni karya dulu2.
syahdu syahdan
Ohh.. tidakku sangka.. sifat mu yg agak kasar di mataku, rupa2nya dikau ni ade bakat tersembunyi yg boleh buat karya berunsur kjiwaan.. jiwang2..
-abeza-
wah..indah sekali puisinya,seperti terluka sahaja hati bunyinya..harap2 anda baik2 sahaja
:)
al-mankaraqi,
menangis tak?
abeza,
hahaha(gelak segan)
tukang kata,
baik je nih, :)
lelaki ini tidak menangisinya......
berbakat u ni! :)
*i suka pelangi :))
al-mankaraqi,
owh, lelaki sejati eh.
enyheartsdiamond,
pelangi kan cantik
kata2 terakhir best
'life is like a raibow.u need both the sun and the rain to make its colours appear."
creative beb.
awak,kommentla new entri sy
=]
hee~
Genial post and this post helped me alot in my college assignement. Gratefulness you on your information.
to anonymous,
Kalau copy jgn lupa letak kredit n promote my blog. ahaks..perasan pulak i.
Post a Comment