Hey. Tahun Baru Cina ni jatuh elok-elok pada tarikh birthday aku. 3rd February 2011. Aku agak perasan bahawa tarikh birthday aku tu macam agak romantik sikit ar. Tarikh. Bukan aku. He he he. Kebetulan lagi, aku baru tahu birthday anak buah aku sama dengan aku. Kesian dia dapat ibu saudara macam aku.
Oh. Oh. Kisah budak lelaki 10 tahunnya begini. Hari ni keluarga angkat roomate aku, Lulu Ijang datang dari Johor. Mereka bermalam di kolej aku tapi berlainan rumah lah kan. Ijang ada adik angkat lelaki berumur 10 tahun. Alim budaknya. Aku suka tengok.
Semasa budak ni datang lepak-lepak di bilik aku, lampu berkelip-kelip. Waktu tu dah dekat maghrib dah. Memang gelap la. Jadi, kami pun nak beri servis terbaik punya kepada keluarga angkat Ijang, lalu aku dengan profesional tahap hampagas tarik meja study dan tukar la starter. Aku rendah. 156 cm sahaja. Terpaksa jingkit atas meja study dengan terketar-ketar sambil Ijang pegang pinggang aku konon nak bagi aku stabil tapi aku geli pulak. Sepanjang berjingkit tu, budak umur 10 tahun ni sibuk bagi arahan itu ini blablabla. Dalam hati aku kata " eh budak ni, geramnya aku" tapi aku maintain senyum kat luar. Biaserr.
Bila aku tengok pic google di bawah ni.. baru aku tahu..
Oh..itu starter..itu soket ghupenye |
" Itu starter bukan soket. Kena pusing lampu tu. Starter tu..starter tu..." Kata budak tersebut membetulkan aku sambil sedang landing sedap di atas katil. Aku pula apa lagi tersengih-sengih jelah. Dah tukar soket starter, lampu masih berkelip jugak. Kemudian tukar lampu kalimantang tu ha (proses paling lama sebab nak masukkan yang hujung-hujung tu, paham kan) baru ok. Elok aku dah tarik meja ke tempat asal, buang habuk-habuk semua... kata Ijang, "eh.. lampu ni colour kuning daa".
" Tak pe ah, kita panggil yang pakar je lah lepas cuti raya Cina ni". Pasrah. Budak kecik lelaki tu, lepas potpetpotpet barang sepatah dua, terus melompat keluar ikut tingkap. Kesimpulannya, budak lelaki dengan kakak-kakak pun nak tunjuk hebat. Padahal aku yang makan garam dulu. Tunggu nak dapat darah tinggi je ni. Huh.
p/s- Lain kali dengar pendapat budak kecik.
7 comments:
hohohoho.
sabau je lah.
tett! :P
dengar jangan tak dengar =D
Fza,
sabau le tu yg tsengih2.huhu
shukri,
ye, dah sematkan lam otak pun.
Pe2halpun selamat menyambut hari lahir.... Semoga diberkati selalu
sambilan,
toche toche.:)
hahah..siannya kat ushna cyg nie ye..kihkihkih...
lain kali adik jijan ckp kena dgor..haha
Balqrisha,
dengor ape. kan dah pasang lampu kuning.
Post a Comment