Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Wednesday, October 19, 2011

Budak 2 tahun digilis dua kenderaan di China, 18 orang lalu-lalang buat BODOH dan BUTA.

Rasanya ramai dah kot tengok video budak 2 tahun ni yang digilis oleh dua kenderaan kat China. 

Yang mengejutkan, orang ramai lalu-lalang boleh buat-buat BUTA. Macam budak tu halimunan pulak kat situ. Ada yang nampak tapi toleh ke arah lain seolah-olah melihat bangkai anjing. Memang perangai bangkai biawak haromm betul la diorang ni. 

Akhirnya ada juga la seorang pengutip sampah yang tidak buta, yang nampak ada seorang budak kena langgar. Waktu dia angkat budak tu pon dah lembik dah. Semoga pengutip sampah ni dapat hidayah la dalam hidup dia.

Kemudian, waktu ayah budak tu tengok rakaman cctv yang menunjukkan bagaimana kejadian tu berlaku, menangis la bapak tu....sedih sangat tengok. Aku pon rasa nak menitik air mata. 

If tak silap aku la kan, hari tu ada video perempuan pijak anak kucing dengan kasut tumit tinggi sampai mati anak kucing tu, juga di China.

Kemudian ada lagi video IKAN MASIH HIDUP dimakan begitu saja. IKAN tu MASIH HIDUP tergodek-godek dalam pinggan, kejam tak kejam orang boleh cubit isi dengan chopstick sambil gelak-gelak tengok ikan tu masih hidup. Diorang rakyat China jugak.
Mereka ni kejam dengan binatang, kejam dengan manusia.

Berbanding hantu yang cuma tahu mengusik, aku lebih takut dengan manusia.

Anda rasa bagaimana?
Nah, tengok la kalau nak tengok. Lepas ni hati-hati gi China, jangan nanti kita kena langgar, menangis mak bapak kat Malaysia tengok cctv. Huhu.


P/S-Eeeee.. manusia kejam sangat~sangat~sangat hinggakan aku...jadi (wordless wednesday).sObs.
P/S- Banyak komen kata rakyat China tak bermoral, tak berperikemanusiaan, tak itu tak ini.. bear in mind, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. huhu.

3 comments:

beautiful_rose said...

mana2 tempat pun sama....
rakyat malaysia pun ada yang macam tu jugak.buktinye banyak dan aku salah seorang yang pernah terkena.


susah nak cari "manusia" yang baik hati dalam dunia ni.

azalia hjsalleh said...

sentap jugak tgk video tuh.

.: Si BungaKopi : . said...

beautiful rose,
a'ah...kan..


azalia hjsalleh,
aku pon tersentap sgt.