Tanpa mukadimah.
Betapa hampehnya mereka yang mengutuk UPSI aku.
Sini tempat aku belajar, I love UPSI walaupun Pekan Tg. Malim, Perak ni banyak tahi burung (walaupun tidak berkaitan)
sumber: Google Image
Hati aku sebagai pelajar UPSI terluka apabila terlalu banyak hinaan ke atas pelajar UPSI rentetan cetusan Adam Adli, pelajar Tesl semester 5 yang famous amous itu.
Siapa Adam Adli?
(Wikipedia aku : Adam Adli adalah pelajar UPSI yang meminta dimansuhkan AUKU. Beliau menurunkan bendera Perdana Menteri selama lima minit, beliau juga..tetett tetett...maklumat tidak mencukupi..sila Google sendiri)
Komen-komen yang dikutip dari video ini (klik)
Orang bijak 1 # yang mungkin ambil triple degree. :)
Orang bijak 2#.
Orang bijak 3# yang eja 'bangang' dengan lebih cerdik.
Aku sebagai seorang mahasiswi tipikal yang suka bergambar sambil buat duck face, layan blog-blog hiburan, facebook 24 jam, manga, download movie dan lain-lain ini rasa begitu terharu dengan cercaan mereka.
Persoalannya :
Adakah komen-komen yang aku ambil dari laman youtube ini menggambarkan orang yang lebih bijak daripada kami, pelajar UPSI ini?
Kenapa aku terkilan :
UPSI adalah sekolah kehidupan aku. Bukan sekadar tempat aku belajar untuk mendapat CGPA yang tinggi, tapi tempat aku belajar untuk bersabar, bertolak ansur, berjimat-cermat, dan berjuta-juta 'BER' lagi.
Pandangan aku yang tidak bijak berbanding anda :
Dalam dunia ni, tak semestinya orang yang bijak akademik sahaja akan dipandang tinggi, tapi orang yang bersosial dengan baik LEBIH MUDAH untuk survive.
Kesimpulannya, kepada anda, orang-orang yang lebih bijak daripada pelajar UPSI ini, bersikaplah down to the earth kepada semua orang kerana (tanpa mengira status) orang yang bongkak tidak akan masuk syurga malah akan dibenci di dunia.
Hm. Itulah. Memang tidak akan masuk syurga. Tak takut?
p/s- Aisehkamen...takut melihat orang-orang bijak berkomen-komen. Biarlah aku yang tak berapa bijak ini mengundur diri. Wassalamu. :)
3 comments:
dan kerana itu, maka habis semua mahasiswa yang mengambil pendekatan untuk tidak berdemo, dituduh sekadar suka baca blog hiburan, baca novel jiwang, tengok gambar seksi, join konsert...padahal itu sebahagian kecil saja. ramai lagi mahasiswa yang bijak dan berfikiran kritis. jangan kerana tak mahu turut serta berjuang, dituduh yang bukan-bukan.
marah sebab nama baik mahasiswa tercemar. grrrr.
to shukri,
satu sudut pandangan yg menarik.:)
huih, aku tak sangka juga dpt jumpa kau bunga kopi!hehe. bila aku masuk lab tadi, terus dah cam kau. kau nmpak lagi comel kat luar. muka serius. aku kau tak payah ckp pape, aku tahu. aku lagi comel. haha
Post a Comment