dan pergi
masa aku bisu.
Aku bukan aku masa itu.
Aku bukan lagi aku masa kau sangka itu aku.
Buat insan yang bernama dia,
Sekarang ini aku bukan lagi seperti dulu
Seperti hari-hari sedih remaja aku
Hari aku dimarah emak
Hari aku rasa ingin segera kerja
Itu hari-hari sedih yang biasa
Hari ini,
hari yang sentiasa sedih
hari yang sedihnya tidak seperti dulu
yang aku sangkakan aku sedih sekali
hari yang aku sangkakan aku paling teruk
bukan,
bukan hari itu.
Hari ini adalah hari buntu.
Hari-hari sekarang
apa yang aku rasa
kaulah puncanya
kerana aku masih ingat,
aku tidak sesedih ini sebelum bertemu kau
masa aku sedih dulu
adalah masa bahagia aku.
p/s- kau bukan dia
No comments:
Post a Comment