Kadang-kadang,
tidak tahu apa salah kita
wajah kitakah
atau sikap kitakah
yang buat orang benci kita
Kadang-kadang
kita cuma suarakan kebenaran
Selalu juga
kita hairan kenapa ya?
yang mengampu itu ramai kawan
adakah itu dikatakan beramah-tamah
kita hairan
Walau berapa kali pun kadang-kadang itu
terfikir juga kadang-kadang
mungkin ini saatnya
saat Dia tidak mahu sesiapa tolong kita
supaya kita kuat
supaya tertebus dosa-dosa kita
dengan duka yang tak terhitung
Kadang-kadang terfikir
Mungkinkah kemungkinan itu?
2 comments:
sukar untuk baca fikiran orang.bersangka baiklah itu jalan yang lebih baik dari terus terusan paraniod terhadap orang lain..
*sigh
aku bilang untuk diri sendiri
yer..aku akan cuba untuk bersangka baik. mungkin aku yg teruk kot
Post a Comment