Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Monday, October 26, 2009

Kenapa manusia berbeza pendapat?

Manusia ini aneh.
Kau aneh

Aku aneh
Dia aneh



Ni. Wo. Ta.



Ini bukanlah sesi luahan perasaan, juga bukan sesi memberi ceramah tetapi lebih kepada pendokumentasian daripada apa yang aku lihat dan apa yang aku baca.



Manusia  selalu mewujudkan keadaan yang sukar untuk diri sendiri.
Keadaan yang sukar untuk diri sendiri
~masalah~



Allah tidak membebani seseorang melebihi kesanggupannya.
Surah Al-Baqarah : ayat 286



Ada orang dapat menerima dengan tenang apabila ditimpa sesuatu masalah. 
Sehingga seolah-olah dia tiada masalah dan sentiasa gembira.



Ada orang menerima masalah yang serupa dengan cara yang berbeza. 
Menangis, menyalahkan Tuhan, menyalahkan orang sekeliling.



Mengapa manusia memberikan reaksi yang berbeza terhadap perkara yang sama?



Kita lahir daripada latar belakang yang pelbagai.



Kau daripada keluarga senang.

Aku daripada keluarga susah.
Dia dilahirkan daripada keluarga berpecah belah.


Namun ketiga-tiga kita ceria dan bahagia dlm erti kata tersendiri. 



Interpretasi insan yang lahir daripada keluarga yang perlu mengerah tulang 4 kerat utk survive, sangat lain daripada interpretasi keluarga yang berpecah belah dan keluarga yang kaya.



Bila di sini, aku melihat kita menangani masalah dengan cara yang berbeza.



Anak yang perlu berfikir panjang untuk meminta wang, 

berbeza dengan anak yang hanya mengambil wang dalam balang yang disediakan khas utk perbelanjaan seharian mereka


Adik yang bersaing dengan kakak2 untuk sama matang daripada segi pemikiran dan tanggungjawab agar tidak dipandang lekeh,

Berbeza dengan kakak sulung yang mencipta corak kehidupan sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa seterusnya dicontohi adik-adik.


Jadi, memang wujud sebab-sebab yang berbeza apabila kita menangani masalah yang sama bentuknya.



Mereka yang biasa hidup susah, lebih survive dalam kehidupan berbanding mereka yang hidup senang.

Orang yang susah ini, mudah dilabelkan orang sebagai tiada masalah kerana masalahnya tidak pernah muncul di wajah dan di bibir. 



Manakala orang yang biasa mudah hidupnya, senang mendapat apa yg dia mahu, mula merasakan hanya dia yang ditimpakan Tuhan dengan ujian yg gila bapak punya besar,



Tak ada orang ada masalah sebesar masalah dia

Tak ada orang semalang dia dalam hidup


Perlukah dituliskan semua masalah yang kita hadapi sekarang utk membuktikan bahawa bukan hanya dia yang mengalami situasi yang serupa? 
Perlu?



Boleh tak kalau kita terima masalah dengan tenang..?

Bagaimana untuk menerima masalah dengan tenang..?


Perlu ke mengalami hidup yang susah dahulu supaya lepas ini kita lebih tabah. 
Lebih cekal?



Kalau anda rasa hati anda kuat, mungkinkah anda memang pernah menghadapi dugaan yang lebih besar sebelum ni? 



Hinggakan masalah-masalah lain yg datang terasa kecil dan boleh diselesaikan dengan sebelah tangan.



Aku ingin menjadi insan itu. 
Golongan yang boleh menerima segalanya dengan tenang.
Bersediakah aku?
                                                      

4 comments:

ZAHILAL ZAHARI said...

satu entry yang menarik.
memeng ada perbezaan antara manusia yang lain tarafnye..
kadang2 benda nie menjadi pilihan atau kayu pengukur kepada kesenagan dan kebahagian..
jadi sebagai insan..
bersyukur dengan apa yang ada..

Bungakopi said...

kesusahan mengajar kita menjadi manusia lebih tabah. bak kata faisal tehrani, kehidupan itu memang sukar, dan kerana sukarnya kehidupan itu, kau dan aku menjadi lebih bermakna sebagai manusia.

budak comey said...

huhu...ni aku komen ni...mmg yg da biase susah hebat lam tangani masalah...tapi bukan kategori yg susah je.mungkin jugak individu tu da penah alami masalah n dugaan yg lebih hebat dari luar jangkaan...papepon...xsume masalah yg kite hadapi kene cte kat org..xpayah kepoh2..pk n tenung sendiri..huhu...
bg yg suke kepoh2 tentang masalah yg die hadapi, jgn salahkan takdir...jangan salahkan Allah sebab menguji..renung2kan kate hikmah ni...
'Allah sentiase menyediakan yg terbaik untuk hamba-hambanye'....chow chin chi

Bungakopi said...

betul tu bebeh...hidup kena cool. mcm ko kan?