Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, November 19, 2009

Hujan di Tg. Malim

Aku bukan benci.
Jauh sekali menyalahkan takdir.
Tapi kadang-kadang geram juga,
disebabkan menetap di kawasan yang dekat dengan Banjaran Titiwangsa, tiga kasut aku lekang.

_sandal murah (ok, fine)
_kasut bermotif jeans (memanglah)
_kasut bertutup hitam.

Ha..jangan kata skema.
Sememangnya bukan jenis aku pakai kasut bertutup tapi cuma ikut peraturan.

Mengenai kasut aku, walaupun tidak se'branded' kasut orang lain,
tapi sekurang-kurangnya berkhidmat la kat aku at least one year,
janganlah jadi cap ayam sangat.

Ini tidak, yang kasut hitam tu aku pakai tak sampai 4 bulan,
yang biru tak sampai satu sem,
tengok-tengok dah lingkup sebab aku tinggal di kawasan kedua,ketiga lembap di semenanjung.

Aku sedar,
kasut aku tu menjadi mangsa kepada jalan yang berlubang-lubang seterusnya menyebabkan air bertakung merata-rata dan kadang-kadang aku terbabas ke dalam air kerana brek  kaki yang licin.

Aku juga tahu,
kasut aku sudah pitam dan sengal-sengal ayam dek cuaca yang merajuk.
Akhirnya, lekang.

Aku cuba bagi bantuan dekat kasut aku, beli gam gajah sampai lima. Tapi, bila aku belek balik kasut aku, nampaknya memang tiada harapan.

Memang sedih, aku pokai.
Akhirnya, aku menyusun kasut aku di tepi tong sampah besar.
Selamat tinggal kasut-kasut sayang.

Psst-sudah terhantuk baru tengadah

5 comments:

beautiful_rose said...

betol ckp ko...bile asek2 ujan kasot cpt rosak.aku msh lg lom beli kasot baru.kasot kesygan aku dah tanggal tapak.nak beli baru byk y x berkenan kt hati.bukan sebb byk songeh tp aku pentgkan keselesaan walupn kasot aku murah jerk...

.: Si BungaKopi : . said...

tau xpe. nak pilih kasut yg selesa n berkenan skaligus bukan senang..tp knp aku xleh bg komen kat page engko eh? dah puas aku try

definitely.me said...

adeh.
ku pikirkn ape td. hehe.. :D

.: Si BungaKopi : . said...

saje..bg gempak..huhu..thanks ziarah:)

beautiful_rose said...

x bole komen??? yeke?
ermm pelek pulak...x pe nnt aku chek.