Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Saturday, March 13, 2010

Kisah Pohon Epal

Akhir-akhir ini hidup aku memang agak lembap. Kesibukan memang tak perlu diberitahu, tetapi sebagai seorang yang tidak berapa rajin berbanding orang lain, kesibukan aku memang agak dasyat fenomenanya. Itu bukan penyebab untuk aku membiarkan blog ini bersawang hampir seminggu, kerana sesibuk manapun aku, kalau mood untuk berblogging datang, aku tetap akan lakukan. Tetapi entah kenapa mood aku ibarat dipijak dan dihempuk ke dalam perigi buta yang paling dalam. Susah untuk diambil kembali.
Mood aku berkisar ke arah membuat perkara yang wajib, makan dan tidur sahaja. Aku hilang nafsu untuk berbuat perkara-perkara lain, termasuklah berbual.http://emo.huhiho.com ( jangan bayangkan)

Sedang aku bergolek kerana sedang ketandusan kerja untuk dibuat, aku tiba-tiba teringatkan kisah  epal yang sedap dimakan. Kisah pohon epal ni ada banyak versi, aku pun hairan kenapa. Sedangkan ada banyak lagi buah lain yang sedap-sedap macam buah manggis , buah naga dsbnya, tapi kenapa mesti epal? Begitu glamour apa-apa sahaja yang berkaitan dengan epal ni, termasuklah blogger yang bernama epal.

Kisah epal ni terdapat dalam tiga versi. Versi pertama, kisah pohon epal dan budak lelaki, versi kedua kisah seorang alim termakan sebiji epal tanpa kebenaran tuannya dan ketiga, kisah pohon epal dan wanita.

*****************************************************************************************

KISAH POHON EPAL


Wanita sering dikaitkan dengan pelbagai cerita. Tapi satu kisah yang menarik bagi aku ialah, wanita sebagai pohon epal. Secara metaforanya wanita seperti  buah epal. Buah epal yang berada pada dahan yang rendah, mudah dipetik dan mudah dibelek oleh sesiapa. Manakala buah epal yang berada di hujung dahan dan tinggi pula, memerlukan bermacam cara untuk mengambilnya.

Buah epal yang berada tinggi daripada tanah sering merasa bimbang kerana masih belum dipetik orang, sedangkan buah-buah yang berada pada dahan yang rendah begitu gembira kerana dibelek-belek dan sesetengahnya sudah dipetik. Oleh itu ada buah epal cuba merendahkan diri dengan menggugurkan diri sendiri di tanah, supaya dipetik orang. Tapi, buah yang gugur tersebut, langsung tidak dipandang kerana orang menganggapnya sudah buruk dan tidak berkualiti. Yalah, siapa mahu makan buah yang buruk sedangkan buah yang segar masih banyak? Hanya mereka yang malas sahaja akan mengutip buah yang sudah gugur.
                                       kategori cleaner wanita yang gigih

Buah epal yang menjatuhkan diri ke tanah merasa sangat hairan kenapa dirinya belum dipetik orang, sedangkan beliau sudah merendahkan dirinya untuk mudah dilihat dan mudah dipetik. Buah epal itu tidak tahu bahawa sewaktu beliau berada tinggi di atas dahan, beliau sering menjadi idaman si pemetik buah.

                                      gambar hiasan : aku peminat Liyana Jasmay
                                               tiada kaitan dengan buah epal yang rendah ok.

Wanita juga begitu. Mereka merasakan diri mereka tidak mendapat perhatian dan cuba merendahkan diri mereka agar mudah dilihat dan mudah dipetik. Mereka tidak tahu bahawa sewaktu mereka berada tinggi dan sukar untuk dicapai dahulu, mereka jauh lebih bernilai. Mereka tidak perlu membuat macam-macam cara untuk mendapatkan perhatian kerana hakikatnya mereka sangat berharga dengan kedudukan yang tersendiri.

Hanya lelaki yang benar-benar bijak, hanya lelaki yang benar-benar berusaha sahaja akan berjaya memetik mereka yang berada tinggi di atas. Sudah menjadi lumrah, benda yang sukar dicapai akan menjadi idaman semua orang, dan manusia juga akan lebih menghargai sesuatu itu jika mereka berusaha keras untuk mendapatkannya. Kamu, wanita, diberi kebebasan untuk memilih, sama ada ingin menjadi buah epal yang tinggi di atas (sehinggkan perlu mendongak untuk melihatnya) atau buah epal yang rendah (yang boleh dipetik terus dan dimakan kunyah dalam sekelip mata).

P/S-Aku kategori buah durian (sudah diakui oleh ramai orang semasa melakukan kaji selidik).

7 comments:

daun kesum said...

cikti pon same jgk,.

mmg tnggl blog mcm tu aje,.

lm2 baru tringt nk update

.: Si BungaKopi : . said...

cikti,
yelah, tak berapa nak tegar.

daun kesum said...

ye,.,

cikti ade akak kat upsi,,.
knal ke,.

cikti link kamu ye.,

Husna Hadzarami said...

aah la.. baru perasan, banyak cerita dia guna epal kan.. btw best la metafora ni :)

pisau belati said...

tegar tak bermakna kau harus mengupdate saban hari.

Anonymous said...

bagus entri ni cik durian
haha

.: Si BungaKopi : . said...

cikti,
apa nama kakak cikti n course apa ye?

husna hadzarami,
timekaseyy.

pisau belati,
tegar itu bagaimana ye bg anda?

monkey d luffy,
timekasieyy