Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, August 10, 2010

Cara menangani alahan perasaan : Siri Kaunseling Amatur

Sekali tengok, macam cantik. Dah banyak kali tengok, macam tak cantik pulak. Biarkanlah dulu layout yang buruk ni (macam tuannya jugak, ececeh). Bukan penting mana pun. Lama aku fikir, rupa-rupanya dalam diri kita ni banyak benda nak kena format. Haaaah.. Serabut... Serabut (sambil kucar-kacirkan rambut. Kelumumur berterbangan ibarat daun-daun kering)

Apa yang nak kena format tu? Entah, cari sendiri. Tengok, kan dah menimbulkan persoalan.

Ok, aku ada satu method yang aku kira dapat menjauhkan setan-setan yang membuatkan semangat aku down. Tahu tak, lagi dekat dengan bulan Ramadhan, lagi banyak setan-setan ni cuba merusuhkan hidup kita. Maklumlah, nak kena kurung lama. Percaya ke tak, itu terpulang. Sebab aku tak suruh pun korang percaya. 

Hakhakhak. 

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, aku share dengan kalian semua tentang cara menyingkirkan batu besar di dalam dada. Ingat, batu ni tak boleh disimpan sebab kita bukan berada di tempat perkelahan yang mempunyai batu-batu besar yang indah. 

Wakaka.

Pertama, cepat bangun berdiri di depan laptop korang (atau boleh buat selepas habis baca). Kemudian, depangkan kedua-dua tangan dengan relaks dan kepala dongakkan ke atas sambil mata terpejam (ala-ala hirup udara segar)

 Pinjam foto, bang. Hehe.

Bukaan dada pula bagi luas sikit supaya tekanan dapat dilepaskan semaksimum mungkin. Kemudian, bersama-sama tarik nafas dan hembus nafas dengan tekanan yang tinggi seolah menolak batu besar terjun gaung (buat gaya Dragon Ball pun ok jugak). Waktu lepaskan nafas tu, sebut macam ni ;

Haaahh...!
Haaahh.........!
Haahhh...............!

Kalau nak hasil yang lebih maksimum, sebut Haah.. Haahh sambil terajang kiri kanan dengan sepenuh hati. Tapi ruang sekeliling korang mestilah kosong. Jangan terajang pinggan mangkuk orang pulak. Nanti tak pasal-pasal je kena berbuka puasa sorang-sorang. Maksudnya, terajang angin. Bukan objek. Angin (dahla tu sikit-sikit).

Macam mana? Ada rasa batu besar keluar dari dada korang tak?

Senamrobik (konon) yang aku ajar ni cuba korang buat dengan penuh perasaan dan amalkan selalu. Kalau jadi energetic semacam je, tu kira berjayalah tu. 

Bolehlah aku keluarkan buku dan jual di pasaran. Untuk korang, aku bagi murah la sebab jadi tikus putih aku. Amacam? Ada berani?

P/S- Sambungan Tragedi Cinta aku sambung pasni. Banyak betul sarang labah-labah dalam kepala otot (sopan la konon) aku ni. Dulu dalam majalah Gila-Gila tulis, ASKS YOUR HEADBRAIN. 

P/S 2: Perhatian. Masuk dashboard, edit balik sebab teringat sesuatu. Ini entri ke-100 aku! Yeay. Tiup Belon. Pumpamm. Pecah.

2 comments:

beautiful_rose said...

selamat berpuasa...
moga ramadhan pada tahun ni kita mendapat lebih keberkatan dr tahun sebelum ni...
tingkatkan amal ibadat =)

~uǝǝʇɐɟ said...

hai...dh tuka layout yer..sy pon dah tuka..btw,sudi lah lawat k..n kalau boleh,join my page kat facebook..thnx :)