Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Monday, August 23, 2010

Isteri Solehah VS Suami Biasa-Biasa

aHaha.. ketawa dulu sebelum mula menulis. Kawan-kawan, apakah yang membezakan manusia? Iman. Taqwa. Tahu jawapannya, sila isi tempat kosong dalam fikiran anda. Macam-macam ya jawapan kita :)

Adalah satu perkara ni, aku memang tak ingin bercerita di sini pada mulanya, tetapi macam perlu je, at least supaya aku sendiri tidak lupa perkara ini. Pendapat aku dan roomate aku rupanya sama. Walaupun kami ni lahiriahnya berbeza.

Kenapa ya, kita selalu mendengar  "cari isteri ustazahlah, sejuk mata memandang," walaupun yang bercakap itu pon macam kutu berahak je gayanya. Tak tahu kutu berahak? Search dalam Google oke. Aku ingat lagi, dialog dalam filem Syurga Cinta, yang kawan kepada Awal dalam cerita tu cakap " Mak aku cakap, kalau nak cari isteri mesti yang bertudung" walhal wataknya dalam cerita tu pon usung awek, minum  dan sebagainya. Betul kan situasi ni, kau pergi jelah mana-mana. Kampung? Bandar? Pekan kecil, pekan besar, mesti akan dengar punya cakap-cakap yang lebih kurang sama maksudnya tu. Kalau kau tu soleh, tak apalah kan.

Katalah kita tak sejahat watak tersebut pun, tapi tetap demand nak isteri yang solehah la kan " nanti leh guide aku jadi suami soleh". Ok, bukan bias di sini. Perempuan pun sama sahaja. Mahu suami soleh yang boleh bimbing ke syurga katanya. Tapi diri sendiri, hmm..

Percayalah cakap aku, kalau anda jahat di sini, kemudian pulang ke kampung suruh ibu carikan calon isteri solehah, mungkin kamu berhasil mendapat isteri bertudung litup. Tapi, itu menjamin kesolehahannya ke? Solehah tu apa? Ruang lingkupnya bagaimana? (ces, macam berceramah dah gayanya)

credit to Google

Kenapa kita tak terfikir untuk jadi soleh dan solehah? Kenapa mesti tunggu orang untuk guide kita? Kenapa demand tanpa melihat diri sendiri dalam cermin  terlebih dahulu? Anda tu, layak ke dapat isteri solehah?

P/S- JADI SOLEH, BUKAN CARI SOLEHAH

12 comments:

Shukri Mohd Ali said...

kalau dapat yang tak solehah pun apa salahnya...sebagai seorang suami kena la bimbing bagi betul...tengok Amir, tak jugak kahwin dengan Tahani tapi kahwin dengan Nina... =)

.: Si BungaKopi : . said...

bagusla kalau awak berfikiran begitu..

al-mankaraqi said...

saya tahu saya x layak........

(pagi2 baca ceramah awk hehehehe)

Husna Hadzarami said...

you've a good point there.
sebelum nak set ciri2 pasangan yang kita nak, we better improve ourselves dulu.
perempuan baik untuk lelaki baik, and its vice versa.
cuma for me, istilah 'baik' itu very subjective dan tak boleh nak define semudah itu saja kot.
selamat berpuasa! :)

Sesumpah said...

cermin dri bru tgk org lain (:

.: Si BungaKopi : . said...

al-mankaraqi,
alhamdulillah, ada gak insan yg sedar. hehe

husna hadzarami,
betoi2..setuju.

sesumpah,
aha..ramai yg lupa nak cermin.

Jef Hadi said...

lumrah manusia kot. tunggu orang buat, baru dia nak buat gak.

macam kes ni lah. tunggu orang bimbing, baru nak jalan sekali.

( terasa dengan entri ni, sikit, tengs kak bungakopi! )

.: Si BungaKopi : . said...

sastraboy,
terasa ye? inilah kenyataannya..
sama2.

Ahmad Rafaie said...

walaupun bukan ustajah, klo budinya lebih ustajah dari yang ustajah, xperlu kot nak carik ustajah...

ape dah aku tulis ni... ok, full stop.

.: Si BungaKopi : . said...

Ahmad Rafaie,
betul tu usetaj.

hentakbelipat said...

nak carik yg solehah nk carik yg solehah nk carik yang solehah...

.: Si BungaKopi : . said...

hentakbelipat,
pandai provoke ye.