Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Saturday, September 25, 2010

Tragedi Cinta III

Sebelum aku memberi jawapan kepada teka-teki aku sebelum ni (yela sangat), tiba-tiba mood aku on pulak untuk menyambung cerita tragedi cinta tuh. Jadi, hadaplah yer (err, sampai mana ye aku cerita hari tu?).

**************

" Masuklah Salmie. Erm, tak sampai lagi. Salmie boleh ke bilik dia kalau mahu. Ada mama asingkan sesuatu untuk kamu," Kakak Mohamad kelihatannya tidak sampai hati untuk menyebut adiknya sebagai jenazah. Akhirnya dia melucutkan perkataan 'jenazah' sehingga menjadikan ayat seolah-olah kehilangan punca. Salmie mengangguk. Selipar tinggi versi moden dilucutkan dari kaki.

" Ada apa mak cik suruh saya masuk bilik Mohamad, kak?"

Tapi belum sempat si kakak menjawab, kakinya lebih dulu melangkah ke bilik Mohamad. Maklumlah, dah biasa. Di dalam bilik, kelihatan mak cik sedang melipat baju Mohamad. Salmie melangkah masuk dan duduk di hujung katil iaitu di sebelah mak cik. Tangan mak cik dipegang dan digenggam. Mak cik mengangkat muka dan wajah mereka bertentangan. Kedua-duanya bermata merah dan sendu.

" Salmie tolong lipatkan semua ni. Mak cik nak uruskan kerja di luar pula. Boleh tak?"

Salmie pantas mengangguk.

" Hadiah-hadiah yang kamu bagi, kamu ambillah balik. Mak cik tak sampai hati nak buang atau beri kepada orang. Juga, kamu ambillah barang-barang dia yang kamu suka ya.." Mak cik berkata sambil melurut kepala Salmie. Salmie hanya mengetap bibir. Mak cik kemudiannya bergerak untuk keluar tetapi berpusing semula di muka pintu.

 " Ada jersey bola nak diberi kepada kamu katanya. Ada dalam timbunan bajunya tu. Ada dua saiz. Yang kecil tu saiz kamu," sambung mak cik sebelum beredar.

Salmie memandang timbunan baju Mohamad yang perlu dilipat untuk disedekahkan kepada orang. Kemudian, dia mengkucar-kacirkan baju-baju yang belum berlipat tersebut demi mencari jersey bola yang dikatakan. Akhirnya, sepasang baju berwarna merah berada dalam genggaman tangannya. Jersey bernombor sepuluh. Dipeluknya baju itu ke dada. Kenangan dua minggu lalu terimbas di kepala.

Udit, Alka - MERA MAAN KYUN TUMHE CHAHE .mp3
Found at bee mp3 search engine

(tiba-tiba aku pandai letak lagu)

Sebuah kereta Wira biru di tepi jalan membunyikan honnya. Salmie yang sedang mengelamun di tangga rumah hampir terlompat kerana terkejut. Lalu, dengan perasaan mendongkol kereta Wira itu dihampirinya.

" Baguss.. datang awal nampak?" Perli Salmie di luar tingkap kereta. Mohamad keluar kemudian dengan terhormatnya membukakan pintu kereta untuk si gadis. Taktik memujuk nombor satu. Salmie masuk dengan wajah cemberut.

" Bo bo la perli saya, komitmen banyak etek. Bukan awak sorang je awek saya."
(sudah-sudahla perli saya)

" Saya rasa saya tak silap dengar?" Soal Salmie dengan mata membulat. Beg Coach yang dihempaskan ke atas dashboard diambil semula. Kaki ingin melangkah keluar tetapi ditahan oleh Mohamad yang sedang ketawa kecil.

" Baranlah awak ni.. saya gurau jah. Masuk semula," perintahnya lembut. Sambil membebel cukup perlahan sehingga berdecit-decit bunyinya, Salmie akur dan pura-pura tertidur.

Kereta bergerak keluar dari perkarangan rumah Salmie itu. 

" Hari ni pergi wakaf Che Yeh ye?" Tanya Mohamad sambil membelokkan kereta keluar dari simpang kecil. Diam. Mata terpejam kelihatan berkedip-kedip.

" Waah..tak sabarnya nak pergi BBQ. Banyak bawa baju ke? Malam ni kita tak balik tau..?
Diam lagi.

" Erm, chalet tak cukup. Jadi, sesetengah pasangan terpaksa tidur dalam khemahlah Sanjay kata..."

Sambung Mohamad lagi sambil melepaskan keluhan. 
Khemah? Pasangan? Wth... 
Spontan mata sepet di sebelah terbuka luas.

" Apesal pulak kena tidur dalam khemah ni? Ingat g camping ke? Lagi...ingat kita ni apa nak tidur berdua-duaan pulak dalam khemah? Kawan-kawan awak tu tak faham ke sensitiviti kita ni sebagai orang Islam hah?" Marah Salmie dengan wajah kerepot tiga. 

Melihat respon Salmie, terus Mohamad ketawa besar. Salmie yang terkebil-kebil pada mulanya mula faham taktik Mohamad. Mula-mula ingin marah, tetapi akhirnya dia hampir tersedak kerana menahan tawa.

" Yelah, ketawalah.. Awak datang tak pernahnya sharp on time. Mana saya tak marah.." Bebel Salmie tapi bukan lagi dengan nada marah. Mohamad menggeleng.

" Bukan, awak yang kena buang sikap baran awak tu. Nasiblah ada saya ni untuk awak, nak harapkan lelaki lain, mesti tak berani nak dekat punya. Yelah, baru je pandang awak dah tengking. Apa tengok-tengok??" Ajuk Mohamad sambil membuat suara halus. Siap dengan gaya lagi. Salmie ketawa walaupun sakit hati.

" Ada baju saya belikan untuk awak. Cuba tengok seat belakang," 

" Iye??" tanya Salmie teruja. Kemudian tanpa membuang seatbelt, bungkusan plastik di belakang terpaksa dicapai dengan terkial-kial. Sekali lagi Mohamad ketawa.

" Ni baju apa ni? Ni spentot awak ni??" Bungkusan tersebut diikat semula kemudian dilemparkan ke arah Mohamad. Mohamad terpinga-pinga.

 "Eh, ada la....spentot tu pun ade juga, tapi plastiknya lain-lain.." Beritahu Mohamad. Sebelah tangannya cuba membuka bungkusan plastik yang jatuh di ribanya. Terbuka.

 " Ye, memang spentot. Kat belakang tak ada lagi?" Tanya Mohamad.

" Mana ada!" Marah Salmie lagi. Badannya dipusingkan ke arah tingkap.

" Ehem, tak boleh biar ni. Bayar lima ringgit sebab tengok spentot saya."

Bibir Salmie bergerak-gerak kerana menahan tawa dan mulutnya ingin membantah tetapi ditahan kerana ingin jual mahal lagi.

" Adalah bajunya tu..minggu depan saya bawa k. Senyum sikit, sayang," usik Mohamad sambil memandang Salmie di sebelahnya.

" Pandang depan tu, kang accident kang.. tak sempat nak kawin," kata Salmie. Nadanya sudah mula bergurau.

" Kawin dengan saya ke?"

" Taklah, dengan kambing gurun,"

" Er? Mana awak berkenalan?" tanya Mohamad memprovok.
Tiba-tiba satu cubitan kecil singgah di pahanya.

" Tadi kata nak kawin dengan kambing gurun.." Perli Mohamad. 

" Nak tahu tak?" Soal Salmie tiba-tiba dengan nada suspen. Melihat Mohamad yang memandangnya, dia menyambung ayat.

" Sebenarnya, awaklah kambing gurun tu,"

" Owh ye ke...nanti nak makan kat mana ni?" Tanya Mohamad tiba-tiba.

" Kenapa awak ni, mana-mana restoran pun boleh. Jangan restoran mamak je,"

" Bukan, saya risau ni. Ada ke restoran untuk pasangan kambing?" Soalnya dengan senyuman kecil di bibir.

Salmie malas melayan. Geram juga dia dengan Mohamad ni. Langsung tak boleh menang. Matanya memandang ke depan. Rasa-rasanya ini bukan jalan ke wakaf che yeh..bisik hati Salmie.

" Awak nak ke mana ni?" Tanya Salmie hairan.

" Wakaf Che Yeh lah.. kan nak tengok baju?"

" Eeei... ini silap jalan ni. Awak nieee.."

Bersambung..

(cerita ni ok tak? Kalau tak ok aku malas nak sambung dah) Ceh, bajet merajuk

7 comments:

UmmySheera said...

aku bc sambil terbayang.. sedih la.. huhuhuhu..

abeza09 said...

berape banyak punye sambungan da..
jawapan untok teka teki.. clue die 'lewat'

Ruby said...

pandai jugak ko tulis cerita ea??cpatlah sambung...nak baca...*berkobar-kobar ni aku nak baca*

black_mel said...

cerita tu bersambung2 ker?naper x letak link tragedi cinta 1,2 kat entry ni..leh gak tengok cerita sblum ni...

beautiful_rose said...

weh,ni cerpen ke hape?
citer tergantung ...huhuhuhu =p
sambung cepat.

pisau belati said...

kenangan akan tetap terpahat dalam hati biarpun jasad itu telah reput di mamah bumi.....

.: Si BungaKopi : . said...

shaheera,
nangis cepat!

abeza09,
k0 cemuih ke bace?

ruby,
janganla pujie..hehe

black mel,
ader..sile lihat linknye di sidebar, timekaseh.

beautiful rose,
based on a true story dear..

pisau belati,
ye, anda betool..