Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Saturday, October 9, 2010

Saya takut lecturer, anda?

Sambung kisah mengenai lecturer aku tu (link), walaupun hari tu feedback daripada pembaca tak lah banyak pun, hehe, tapi dah janji nak sambung kenalah sambung jugak (yang sebenarnya aku nak masukkan entri lain pulak).

Nak sambung ni..sila pegang pinggang aku kuat-kuat. Ayat abang kepada aweknya sebelum tonggeng motor.

Kat mana aku cerita hari tu? Sama ada situasi satu atau dua kan? 
Jawapannya..... Jengjengjeng...!!

Aku berjalan laju ke lab. Masa tu dalam hati aku terfikir, agak-agak jawapan aku ni dia percaya ke tak? Think positive.. think positve.. macamlah tak biasa buat, bisik hati kecil aku tika itu (cewah, gramatis gak ayat aku ni).

Sampai sahaja di luar lab, aku lihat kasut sedang lintang pukang di hadapan pintu. Aku pun cari kasut Prada berwarna krim lusuh yang sentiasa dipakai oleh beliau, my gorgeous lecturer tu. 

Kiutnya bijik mata, Miaww(^^)
Mana ni..
Mana ni..
Tak jumpa pun?

Mungkinkah hari ini dia pakai kasut lain?
Tapi, aku pasti kasut favouritenya hanyalah Prada itu!

Kemudian aku pun terhendap-hendap pada cermin di sebalik pintu. Ya Tuhan.. punyalah tunggang langgang tutorial hari tu. Rupa-rupanya beliau belum datang. Lega hati aku. Kemudian aku pun masuklah dengan macho.

" Hye Guys, I'm back...!" kataku kepada kawan-kawan yang sedang hiruk-pikuk itu.

Maka, tamatlah sudah sebuah drama Cathay Keris. Ku ulangi...

******************************TAMMAT************************************

p/s- Buat blogger yang riuh meneka tu, maafkan ya. Kihkih.

3 comments:

Jef Hadi said...

ngeh ngeh.

so, jawapan dia, bukan mana mana yang di atas lah ye.


hahahaha!

.: Si BungaKopi : . said...

sastraboy,
bukan dik.kena tipu. huhu

Jef Hadi said...

cis!

gua ditipu! haha.

selamatlah akak an. kalau tidak, konfem bergegar telinga. haha.