Ok, tidak mahu membebel panjang, walaupun banyak lagi barang belum dikemaskan, nak juga update blog supaya ada entri bertarikh 1 Disember 2010 (tapi dah terlajak lagi) Ngehehe.
Anda peminat cerita Korea? Berminat mengisi masa lapang dengan ketawa berdekah-dekah atau sapu air hidung? Berminat mengeratkan hubungan anak beranak? Tak perlu susah-susah minta air penawar Tok Guru. Hanya se'bundle' koleksi cerita pasti mengundang tawa bersama!
( teringat pula masa aku sama-sama tengok cerita Full House dengan emak. Sampai jam 4 pagi!)
Tiba-tiba rasa ingin tunjuk sesuatu.
Tiba-tiba rasa ingin tunjuk sesuatu.
Koleksi cerita mengikut abjad |
Oh My Lady yang kelakar gila |
-Di sini anda boleh tengok semua drama dan filem Korea, Jepun dan Taiwan.
-Kalau drama, satu episod ada 5, 6 atau 7 part camtu. Maksudnya, kalau line internet tiba-tiba terputus, tak lah teruk nak loading balik sebab 1 part dalam 10 minit camtu je.
-Kualiti : Ok laaah
- Cuma koleksi cerita Korea.
- Tak ada part 1, 2, 3. Maksudnya kalau klik video tu, straight 1 episod terus beb. Jadi, kalau internet slow, terputus, atau anda decide nak sambung tengok cerita tu di lain hari waktu dah sampai di tengah-tengah episod, teruk la pula nak loading semula cerita tu nanti.
-Kualiti : Gambar sangat cantik dan clear. Kalau nak besarkan penuh satu skrin laptop pun, pixel dia tak berterabur.
- Kesian aku. Aku baru tahu je link ni.
-Sini pun sama jugak. Ada koleksi cerita Korea, Taiwan dan Jepun.
-Sama macam Mysoju, satu episod ada banyak part. Kelebihan pun macam MySoju juga.
- Ceh, ini semua orang tahu. Ok. Ok. Saja je nak tambah lagi kasi nampak banyak. Huahua.
-Senang je nak cari, taip Cinderella Man with eng sub episod 1 part 1, keluarlah dia. Siap main cak-cak lagi.
Sebab apa kena guna banyak link? Oklah. Kadang-kadang kan, ada beberapa video missing atau broken waktu tengah syok-syok layan cerita. Baru je hingus nak turun, terus jadi macam spring naik atas balik. Hilang feel kalau skip-skip ni. Jadi, kena bagi banyak pilihan.
Sebagai seorang warga Malaysia yang prihatin, terpaksalah aku beritahu
kesan negatif kalau rajin sangat menonton drama bermata sepet ni.
sangat NEGATIF
sangat NEGATIF
1- Punggung anda akan menjadi lebar.
(mana tidaknya, bersila setambun satu tempat dari malam sampai ke pagi)
(mana tidaknya, bersila setambun satu tempat dari malam sampai ke pagi)
2- Banyak kerja lain tergendala.
contoh :
mak : Man, basuh baju!
Man : Kejap la mak.
3- Anda pun berangan supaya kisah hidup anda jadi fun dan thrill macam dalam cerita.
4- Otak akan menjadi lembap beberapa saat waktu mula-mula nak study.
POSITIF sangat
POSITIF sangat
1- Hidup anda menjadi lebih indah dan ceria ( tudia janji iklan)
2- Kulit anda akan menjadi putih lalu masyarakat sekitar bertanya, apa rahsianya?
Bukan jawapan anda : Cuba dua-dua ( kata heliza dalam iklan garnier).
Pasti jawapan anda : Rahsia saya? Tengok cerita Korea (macam Nora danish dalam iklan halia tu)
4- Anda boleh mengeratkan sillaturrrrahim (insya'allaah-ikut cara maher zain)
5- Awet muda akibat terlalu banyak ketawa
Aku? Kalau aku, aku suka tengok di maadu.com sebab kualitinya baik. Boleh view penuh satu skrin. Boleh tengok sambil berbaring atau sambil makan jajan.
Mysoju pun ok. Dramasub pun ok. Youtube pun ok.
Baju bertimbun di bawah, biarkan dulu.
Mari kita enjooooooooy...................!! Yiiiiiiiiiiiiihhaaa
(sambil bergayut pada tali pokok)
Mari kita enjooooooooy...................!! Yiiiiiiiiiiiiihhaaa
(sambil bergayut pada tali pokok)
Amaran- Pastikan kerja rumah siap sebelum menonton
14 comments:
seronok ronok la ko exam dah habis eh...
happy holiday!
oit2 kemas barang2 dulu sebelum mengulor..... =p
Wah terima kasih bagi maklumat sellau tengok kat youtube tapi tx tersusun tapi cita Ih my lady tu mmenag best ah
salam..dan cikgu dok update noh..saya nak buat satu cerita pon kematu habis urat kepala..huhu
beautiful rose,
hehe.tgh mengemas ni.
zanna,
sama2.:)
mohd fikri abdullah,
wsalam. urat kepala kematu?? msti xde rmbut tu.
perghhhh!!!ini link yang paling masyuk! thanks!
tak layan lah cerita korea.. tp, mcm satu kerugian pula.. tehee..
tak apa lah!
enjoy ur life! <3
pergh...fanatik giler tgok movie..hikhik
hentakbelipat,
no poblem.
enyheartsdiamond,
yeke? rugiii
aresaliyana,
tidakla fanatik, ilangkan bosan boleh la
saya pun peminat korea jugaa..
hee
k-pop rawwkk~
sy minat korea!!
tp kdg2 cite lmbat load la..~~
dramacrazy pon ok..=)
ara,
baguih, kita geng okeh!
aina,
demi minat, load dulu- mandi,makan pastu baru tengok.
balqees amanda..
o..akan dicheckin!tq.
bgus btol ad geng y mnat korea nie. by the way, jd la follower kte. huhu~
dun ask my name huhu
wht is ur name?
Post a Comment