Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Friday, March 4, 2011

Kesudahan Cerita Doraemon

Assalamualaikum.
Salam seantero dunia buat peminat-peminat siri Ang. Ang. Ang. Semoga kita semua sejahtera belaka.
Sesiapa yang masuk page ini kerana terbaca tajuk entri aku simpulkan sebagai peminat Doraemonlah, benar? Pernahkah anda terfikir kesudahan cerita Doraemon? 


The truth is...
Doraemon tiada penamatnya kerana pengasas Doraemon iaitu Fujio F. Fujiko meninggal dunia pada tahun 1996. Tetapi,  ada tiga penamat yang telah diperdebatkan oleh para peminat Doraemon (yang dihasilkan oleh peminat Doraemon sendiri).


Baiklah. 
Mari kita kaji sebentar.
1. Siapa di sini  pernah buat-buat lalu lalang depan tv sambil korek gigi waktu anak buah tengah fokus tengok cerita Doraemon sila angkat tangan!
2. Siapa pernah tengok ending Doraemon angkat tangan! Ader? Ader?


Penamat pertama oleh Nobuo Sato.
Anatomi Doraemon- pasni leh ar try cipta Doraemon


Doraemon adalah robot kucing dari abad ke-24 yang tiada telinga kerana digigit tikus dan yang  menyokongnya untuk hidup bukanlah kuih Dorayaki sebaliknya bateri yang tertanam dalam tubuhnya.


Pada suatu hari...gaya bercerita kanak-kanak
Bateri Doraemon akhirnya 'kong' dan Doraemon jadi keras beku (frozen). 
Waktu ni Nobita tengah rungsing, sian dia


Nobita ada dua pilihan untuk menghidupkan kembali Doraemon. Pilihan pertama, tukar bateri Doraemon yang akan menyebabkan semua memori Doraemon bersama Nobita kembali ke titik kosong. Pilihan kedua, tunggu technician robot yang mahir yang mampu menghidupkan kembali robot kucing tersebut satu hari nanti.


Jadi apa pilihan yang Nobita ada? Nobita kemudiannya bersumpah pada hari Doraemon telah menjadi beku tersebut untuk bekerja keras di sekolah, lulus dengan cemerlang dan menjadi technician robot yang mahir. Syahdu, Nobita akhirnya berjaya menjadi profesor robot serta sukses sebagai pengasas Al (apadia aku pon tak tahu yang ni) dan hidup bahagia selama-lamanya bersama Doraemon dan membayar hutang-hutang keturunan Doraemon iaitu penyebab utama Doraemon dihantar ke dimensi dunia manusia.


Penamat kedua
  
Rupa- rupanya Nobita menderita autisme dan semua karakter termasuklah Doraemon hanyalah khayalannya. !@#$%^&!!
Nobita hanya seorang kanak-kanak berpenyakit yang terlantar atas katil dan suka berilusi untuk mengurangkan tekanan dan kesakitannya. Reaksi peminat-peminat Doraemon, memang marah gila bila tahu ending ni. Hampeh ler. Penat je kita tengok Doraemon kan? 
Bantah ending kedua! Bantah!(sepanduk)


Penamat ketiga
Dapatkah anda terima kenyataan baca ending ketiga ini?
Nobita terjatuh dan kepalanya terhantuk di batu. Kemudian, koma pulak dan orang kata jadi human vegetable. 
Doraemon, dalam usaha untuk menyelamatkan Nobita telah menjual semuaaa peralatan dalam poket empat dimensinya itu. Cuma satu barang sahaja yang dia tak jual sebagai pilihan terakhir (tadi kata jual semua) iaitu alat yang membolehkan Nobita yang koma itu untuk pergi ke mana sahaja yang Nobita ingin pergi. 


Akhirnya, tempat yang Nobita ingin pergi adalah syurga. T_T


(selingan)
Emak   : Kenapa kau nangeh macam mati laki ni?
Aku    : Nobita ni.. dia mati srroooottt
Emak   : Tesis kau dah setat?
Aku    : ......


Mana boleh cerita yang penuh dengan semangat optimistik dan setiakawan ni berakhir begini. Tak boleh. Tak boleh.


Akhirnya, kata sepakat telah dicapai oleh peminat-peminat siri Doraemon (termasuk aku dan anda juga??) bahawa ending yang paling boleh diterima akal adalah ending yang pertama kerana ia menunjukkan nilai persahabatan antara Nobita dan Doraemon. Lihat, betapa Nobita sanggup buat apa sahaja untuk mempertahankan kawan baiknya :') srrooottt sroott tarik hingus


Nobita! Kawai...
watashi wa arigato te..
aishiteruuuu
Paham idak?
Tak paham tak per tak per..
sebab aku pun tak paham. Harharhar.
ending pertama : click for larger view


"Aku ingin begini
Aku ingin begitu
Impian ini impian itu
Banyak sekali impian aku
Semua impian itu
Kau jadikannya berhasil dengan poket ajaibmu
Aku ingin terbang bebas di langit " Hey, buluh terbang!" An An An
Aku suka sangat dengan kamu Doraemon
Aku sayang kamu sangat-sangat Doraemon"
sumber : Google


p/s- Curious, ending Doraemon ada tayang kat Malaysia tak?

8 comments:

FR said...

ok setuju jugakkk dgn ending yg pertama tu :D tapi doraemon ni mmg legend laa Y___Y sob sobb . tipu ah tak pena nangis bc doraemon niehh . tp kalau cite pnjg je la . siri biasa nie nobita kdg2 jahat gakk . haha

.: Si BungaKopi : . said...

memang nangis la kalau baca siri panjang doraemon. kat page hujung msti ada kata2 indah yg sedih. kan kan. huhu

Shukri Mohd Ali said...

hai ana kupu kertas! ;)

err...berbalik pada komen. sedih woo ending dia T___T tapi mana nak carik ek?

.: Si BungaKopi : . said...

Shukri,
kalau ada versi cetak, bgtau. nak jugak.

cik zaty fiziaty said...

husna..
ko ada komik doraemon x..??
kalo lam komik online ad x..??

.: Si BungaKopi : . said...

to fiziaty,
kcik2 dlu aku de byk siri pngmbraan pnjg dmon,tp dh byk tcbut kulit..skng bc online je, ada byk web boleh bc, ko taip je doraemon manga ke doraemon comic ke..mmg byk tmpt leh bc.aku pon dok bc rilek2

timeline for formulation of regulation said...

sedih.............
baru tu cerita doremon ada ending

.: Si BungaKopi : . said...

jangan sedih2 ye faudzan...