Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Sunday, October 23, 2011

Anjing Vs 18 Orang Rakyat China

Aku bukan nak suruh anda semua bela anjing pulak lepas baca entri aku ni (macam yang sebilangan artis Malaysia buat). Tapi sajalah aku nak tunjuk. Tak perlu untuk aku elaborate, sebab readers masing-masing ada akal yang boleh faham lepas sekali je tengok gambar.

Kadang-kadang aku tengok anjing ni memang binatang yang cerdik. Dia (BM tak cemerlang pomm T_T tak macam lembu, pakai ikut suka hati lintas jalan dengan lenggang-lenggok.

 Kalau tak percaya ang tengok signboard. Tak pernah lagi aku tengok signboard gambar anjing kendian kat bawah dia tulis AWAS! BINATANG MELINTAS. 


Ada ang tengok dia lukis gambar anjing, ada? Biasanya gambar lembu, kanggaru, itik, gajah...etc.etc.

xdak kan? xdak. amboih pulun aih aku ni

Hari tu aku stop kat trafik lite, ada sekor anjing kaler perang tengok kiri kanan kemudian lintas dengan cergas. Fuyoh fuyoh...cerdik...kata aku dalam hati. 

Pom!Pom! 
Terus ada orang hon aku di belakang sebab ralit sangat tengok hanjeng tuh. Cis.

Ok, kembali kepada cerita hanjeng, anda tengok la picture ni. Aisehmen.

Terus aku rasa nak bagi anugerah kemanusiaan kat hanjeng ni.

Kesimpulan : Anjing ini lebih berperikebinatangan daripada manusia yang tak berperikemanusiaan. Sadis..sadis.

8 comments:

Ekmi Rabat said...

pergh..anjing lagi mulia dr manusia2 itu

F U N F A B U L O S I T Y said...

kalo sugar glider?takderr kan?kan?hehehe.

.: Si BungaKopi : . said...

Ekmi Rabat,
kan kan kan..

Dex,
sugar glider kecik sgt...kalau dia lintas jalan kena penyek pon xde org tau. huhuhu

RJ Beena said...

singgah pagi ....
erm dunia akhir zaman, binatang lebih ber'otak' dan perikemanusiaan dari manusia :)

Shukri Mohd Ali said...

inilah jadinya bila banyak sangat rancangan candid camera kat tv.

.: Si BungaKopi : . said...

RJ Beena,
slamat singgah :).
binatang ada hati yg murrrrni. hehehe


shukri,
a'ah kan..

ZURAINI said...

malu la ngn binatng. diorg x der akal tp still boleh behave like they have. still ada rase kesian tp manusia? bukn sumeye ada. kn?

.: Si BungaKopi : . said...

you are soooooooooo true zuraini..itula maksud di sebalik gambar. ehehehe