Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Monday, April 23, 2012

Mungkin ini sekadar sampah, tetapi tetap menggembirakan aku

Semalam tidur lewat kerana menonton cerita Korea yang dah lama terperap dalam external hard disk.

Sungkyunkwan Scandal.
Masih ada 1 episod.

Aku sebenarnya sibuk.
Kesibukan aku mungkin kerana aku mengajar subjek yang tidak pernah aku belajar di sekolah.
Kedua,
subjek yang tidak aku minat semasa sekolah dulu.

Melihat mata bening pelajar-pelajar aku, sungguhlah aku tidak sampai hati menghampakan mereka dengan mengajar hele kebele (melepaskan batuk di tangga).

Oleh itu, aku terpaksa mencambahkan minat aku. Sekiranya minat aku itu ibarat sepohon pokok, mungkin pokok itu ialah pokok kering yang tiada daun. Walaupun aku siram-siram-suri ram ram ram tiap-tiap hari dengan memotivasikan diri sendiri, pokok itu tetap tidak berdaun.

Setiausaha.
Aku bukanlah kategori wanita yang suka buat filing seperti kebanyakan wanita lain yang begitu teliti.
Akhirnya aku menjadi setiausaha.
Cis, banyak sungguh kerja. Tambahan pula, bendahari tidak datang. Jadi aku merangkap s/u dan bendahari bekerja siang malam.

Hampir ratusan surat yang perlu dipos. Sepanjang aku melekatkan gam pada sampul, menyapu air pada setem, dan menulis alamat pada sampul, hati aku semakin lama semakin sakit.

Tambahan pula, kerjaku itu bermula tengah hari dan belum berakhir pada pukul 10:00 malam. Memanglah aku memberontak seorang diri.

Aku teringat zaman belajar yang best. Aku teringat zaman belajar, aku banyak ponteng.Aku boleh tidur di mana-mana tempat yang aku suka.

Hasil pemberontakanku itu, walaupun ada berdozen-dozen lagi kerja menunggu, aku mendegilkan diri dengan menonton cerita Korea. Kononnya aku berkata padan muka kepada orang yang cuba menyusahkan aku.

Aku melihat wajah sendiri di cermin.
Tiada seri.
Kenapa?
Aku sering bertanya sebab aku tidak enjoy dalam pekerjaan aku.
Kenapa aku tidak boleh enjoy dalam kerja aku seperti orang lain?
Garis-garis tua kelihatan di sekeliling mata.
Perlukah aku mengorbankan zaman mudaku dengan bersusah hati begini?

Alangkah sedapnya bermalas-malasan di rumah sambil bergurau dengan lembu emak aku. Coklat namanya.
Baiklah, aku beredar dahulu.

Tata.

2 comments:

beautiful_rose said...

samela kite...bile terpakse buat kerje y kite tak suke,memang hati rasa mcam tak gembira je.

.: Si BungaKopi : . said...

betul betul betul!