Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Wednesday, October 28, 2009

Mio Nemico

Setiap daripada kita ada kenangan zaman kanak-kanak. 
Yang indah, yang pahit.



Namun semuanya menjadi indah bila dikenang semula. 


Yang pahit pon indah sebenarnya. 
Eh, tak tepat kot, memberi pengajaran mungkin.


Kenangan pahit di zaman kanak-kanak aku.
Wujudkah?

Berani derr buli aku yang budak ni. Tunggu  aku besar!                           

Ada...
Kecik-kecik aku selalu berniat dalam hati;


Aku nak cepat besar!
Nak kerja!
Nak hidup sendiri!
Nak ada duit banyak!
Boleh beli mainan TARO dengan APOLLO ROKA!


Puncanya; mungkin dibebel emak kot sebab selalu minta duit.



Bila dah besar, 
rasa tak layak pulak jadi orang dewasa.


Aku dah besar!
Orang panggil aku Kak Long sekarang!
Tapi...


Tapi sebenarnya hati aku tahu aku masih perasan muda,
perasan umur 12 tahun, perasan sweet 17 kadang-kadang.

Paling penting, my mother know la anak dia ni.
Tetap budak selamanya bagi dia.

(-_-'")



*************************************

DULU, aku tercari-cari OST drama The Cave of the Golden Roses.
OST tu : MIO NEMICO


Fantagiro : The Cave of the Golden Roses

Masa di sekolah rendah,
aku anggap aku membesar dengan cerita-cerita ni.
Aku sanggup tunggu TV2 tayang cerita ni walaupun dibebel mak aku.


Aku benci Ramualdo (hero lembik)
Aku suka Tarabas. (watak antagonis)


Kadang-kadang bila kita dengar satu-satu lagu tu,
kenangan melayang-layang p zaman masa kecik. 
Ye dop?


Lagu dalam kehidupan kita.
Pada aku, lagu zaman kanak-kanak aku; MIO NEMICO.
Konon...



LAGUNYA
Mio nemico

Powered by mp3skull.com


Kononnya masa tu feeling betullah dengar lagu tu,
padahal sepatah habuk tak faham.


Bila dah celik IT, pandai google, pandai cari lagu, dan jumpa.
Pasang headphone, dengar.


Inikah lagunya?
Lagu yang menggamit kenangan sangat tu?


Tapi sekarang ni,
aura lagu tu aku dah tak rasa la.
Kenapa agaknya.


Sebelum dapat cari lagu ni,
mati-matilah aku ingat lagu ni sangat best.
Dah dapat, perasaan tak adalah teruja macam masa tengah cari tu.
Manusia mana pernah puas,
ye dop?



Desire.
Tak dapat.
KEJOR.


Dah dapat.
JEMU.

p/s- Kawan aku, beriya nak beli hendepon. Dah beli, termenung tengok hendepon. Kan?
 

2 comments:

ckin comel said...

hemohhemohhemoh...sempat g duk ngutuk anim..huahuahua....betoi2...setiap individu ade zaman kanak2..yg pasti aku mmg wajib ade..banyak cte..dr katon sampai la ke cte jepun, cina, korea..sailormoon, dragon ball, with love, perfect love, non of ur business, journey 2 the wet..n sewaktu dengannye...mmg peberet aku...aku dok tengok dr dajah dua..konon2 praktis membace tulisan subtitle..bg lancar...almaklumla baru nak belaja mengeja...berkat aku dok tengok n membace salu tulisan2 subtitle tu la aku pandai n lancar membace...cakap sal lagu..huhu...lagu isabella, kau kekasih awl n akhir..ha..tu lagi petame yg aku pandai nyanyi...siap nyanyi depan tangge lagi kat makngah aku..umo baru 5 taun..ngah menyusu cap gantung g tu..huhu.....so,sesape yg xde cite zaman kecik2 yg bes mungkin la faktor bile bes die cepat tensen..huhu....adios

Bungakopi said...

huahua..mana ada kutuk anim..ni x ada 'bias2' k.
ye la, ko mmg hantu tv..sbb tu kepala terdongak je jalan. .wakaka