Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Wednesday, November 11, 2009

Demi cintanya kepada Ah Ching

Di pagi yang tak berapa nak hening,
dalam kelas yang tak berapa nak ramai pelajarnya,
adalah dalam lapan orang semuanya.
Lecturer pula belum datang,
maka gamatlah juga kelas dengan ulah pelajar-pelajar tua.

Tiba-tiba, seorang mamat berbaju kotak-kotak,
berseluar skinny kotak-kotak,
memecahkan kegamatan pukul 11 pagi itu dengan permintaannya supaya rakan-rakan brengseknya menolong dia yang tengah buat kajian tentang keberkesanan kursus di universiti tersebut.
Mereka bersetuju untuk membantu.
Dan soklannya ialah:

Ali : Apa tujuan anda semua ambil kursus Mandarin?

Senyap. Kemudian seorang demi seorang menjawab dengan penuh kondifen.

Abu: erm..aku ambil Mandarin sebab nak bantu jam kredit. Khabornya mudah juga nak score. 

Aminah : Aku pula, supaya bila aku mengajar nanti, tak ada student Chinese mengumpat kat aku depan-depan, tapi aku pula tak faham. Betapa lownya aku kalau tak tahu apa-apa..


Geng 8 budak hitam itu pun angguk beramai-ramai.Setuju la tu.

Ayu : Aku, sebab kursus ni ada ditawarkan dalam kursus-kursus wajib yang kita kena ambil sem-sem atas nanti. Jadi aku ambil siap-siap. Kursus ni paling ok kot.

Si Ali mencatat jawapan-jawapan tersebut di atas kertas dengan separa kusyuk. Kadang-kadang dia mengerutkan keningnya dan bercantum seolah-olah kening Fouziah Gous dalam cerita kening bercantum tu.

Seorang gadis bernama Azura tergedik-gedik ingin menjawab.

Azura: Aku pulak, bila aku pergi kedai Cina, tak ada la tokey Cina tu mengumpat benda yang aku tak faham. Kalau dia ngumpat, senangla aku nanti. Cari je kedai lain.

Zubir : Aku sbb suka.

Kelvin: Aku sebab Zubir ajak.
 (sambil memandang Zubir penuh kasih & sayang)

Semua org merasakan bulu di tengkuk tercacak sebentar melihat adegan itu.
Habis sudah semuanya menjawab soalan Ali. Tinggal lagi seorang minah bernama Rubiah yang belum menjawab soalan Ali.

Rubiah : Aku..err.. demi cintaku kepada Ah Ching~
Dan Rubiah tersenyum malu-malu miaw.

Org lain mengangguk-angguk terlopong dek jawapannya yang ajaib itu.
*****************************TAMMAT**********************************************

p/s-Niat belajar yang manakah betul?


6 comments:

Duan said...

sambung skit agi citer nh..
haha..
dari mana dtgnya Ah Ching nh..??

.: Si BungaKopi : . said...

salam~akan disambung selepas ini. rajin2 la menziarah.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

klako2.. haha

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

.: Si BungaKopi : . said...

Hi..salam putra al-maliki. bleh2..sedang menziarah blog anda juga ni.

beautiful_rose said...

huhuhu bole lak jawab mcm tuh ehh??? bdk2 zaman skang mkin bijak putar belit =p hehehhe

pape pon ske bce entry ko...

.: Si BungaKopi : . said...

putar belit sampai terbelit. tp x sedar2 jugak. huhu