Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Sunday, November 8, 2009

Hidup, panjang ke?

Pernah tak kau, kau dan kau merasakan bahawa hidup ini terlalu panjang?
Macam si Azura (bukan nama sebenar) baru-baru ni,
lepas Subuh, dia tak nak tidur.
Kononnya nak study la, dibawanya note pad yang penuh diconteng ke balkoni,
sambil lepak di situ, ambil angin Subuh sikit.
Kabul tebal betul waktu tu,
almaklumlah musim hujan kan~
Tiba-tiba,
There's something in the fog. 

Ok lawak bodoh.
Aku kembali ke pangkal cerita.


Disebabkan pagi masih pagi,
terdengar la suara imam surau kolej baca surah,
tiba-tiba si Azura mula feeling meeling dengar bacaan tu,
suara imamnya relax je, tapi Azura ni kata dengar macam mendayu-dayu je bacaannya.

Sebenarnya aku tahu si Azura ni rasa mendayu-dayu dalam hati je.
(adakah aku berada di tempat kejadian? Sebenarnya tidak)

Lepas imam dah selesai solat,
Si Azura ni cakap nak dengar lagi laa bacaan surah tu.
Tapi mana boleh,
dah Subuh pun dua rakaat je.

Azura pun mempamerkan riak kecewa la jugak kat muka dia yang tak berapa nak innocent tu.
Si Azura kata lagi sambil merenung jauh ke dalam kabus tebal
(cewah,  leh jadi penulis)

"aku rasa hidup aku ni panjang la.."

Hait? Aku pon nek heran. Kenapakah si Azura ini? 
(sila ingat bahawa aku tiada di tempat kejadian. Cerita diolah supaya menarik. Konon.)

Alkisah si Azura,
dia adalah seorang perempuan yang biasa-biasa sahaja. Maksud aku, dia bukan minah surau,
bukan juga yang suka turun untuk program-program keagamaan.


Baju yang dia pakai pulak,
tak adalah boleh dipakai untuk solat, kena pakai telekung macam rakyat Malaysia Muslim la.
Pendek kata, macam ini.
                                  gambar ini hiasan semata2. Tiada kaitan ngan Azura

Tak pakai stoking,
bajunya simple,
kasutnya simple,
pakai tudung bawal. 

Ha..pointnya yang aku nak cerita kat sini is.. aku tiba-tiba teringat benda ni, tah kat mana aku dengar.


'manusia ni fitrahnya baik..'

Walaupun si Azura ni biasa-biasa,
tak la baca Al-Quran setiap malam macam buku-buku lain,
tapi jauh di sudut hatinya Azura tetap mahu perkara-perkara kebaikan.

Dia rasa dia telah melalui kehidupan yang panjang (do you feel the same?) I do)
bukan bermakna dia dah ready nak pergi,
tapi aku rasa kesayuan dia tu sebab keinginan dalam hati untuk menjadi lebih baik.
Mungkin dia rasa dah penat menangani (tudia) masalah yang berpunca daripada diri sendiri.
Sebab tu kehidupan terasa panjang. Sebab jalannya sukar.

Almaklumlah,
contoh mudah sekali.
Kalau tunggu orang, kita rasa lamaaaaaa sangat.
Kalau keluar date dengan orang yang kita suka?
Kalau hari grad?
Hari bersanding?
Alahai.

Maksudnya, apa-apa sahaja yang membawa kepada ketidaksenangan dalam kehidupan,
akan membuatkan perkara tu rasa lama.
Setuju?

Tapi melalui peristiwa di pagi Subuh tu,
kalau Azura buat macam biasa,
dia akan kekal seperti biasa.

Kalau dia sedar dan berubah setapak ke hadapan dalam mendekatkan diri dengan perkara-perkara kebaikan, ALHAMDULILLAH.

Tapi lagi,
aku pun tak berdaya la sangat nak cakap semua tu kat dia,
kan aku pun biasa jugak.. ekekeke

Yang penting sekali, setiap hari mestilah LEBEY BAYEK.
Bak kata Mrs. MM di utara sana,
nak bersuka tidak salah,
tapi ingatlah,
 kehidupan bukan utk suka-suki.

you and me, kita semua kena la pandai handle hidup sendiri. Kan-kan..
TQ.

p/s-siapa tak setuju, sila angkat tangan!

15 comments:

Shukri Mohd Ali said...

hidup bukan utk suka suki. hehe =)

satu saja yg sy nk ckp...

"mati itu pasti, hidup ini insyaAllah."

bnykkan amalan sblum kita berangkat ke sana... =)

beautiful_rose said...

kehidupan terlalu singkat untuk di tangisi...nikmatilah kehidupan selagi ade peluang.dan x sume mende ynag kite nak,kite akn dpt.kdg2 ape y kite x nak mybe lbh bek dr pe y kite nak.ALLAH maha mengetahui pe y terbek tok hambanya...

=) thanks coz sudi dtg ke teratak aku dan thnaks gak coz sudi follow blog aku.owh ko minat lagu unintended gak ker? aku mmg layan lagu tuh skang...... =p

studnt UPSI erk? sem bape yerk? good luck 4 exam!

Anonymous said...

cun2.. aku bagi 4 bintang.. mahal 2..

abeza09

.: Si BungaKopi : . said...

shukri ; tepat skali. huhu..xtaula bila nak berangkat ke sana tu.

beautiful rose: layan ar, feeling je lagu tu. padan muka llki dlam lagu tu kan2.., a'ah upsi. sem 3. ko pon sama kan? gudluck for exam too. TQ jugak sbb follow blog nih..

abeza: bila ko nak update blog ko? t aku jd follower.huhuh

beautiful_rose said...

huhhu nop lah...aku bkn studnt UPSI.aku da keje da skang.study msh lg dalam perancagan..huhuh dah tue2 br sebok nak stdy fadan muke aku..waaaaaaaaa =p

x de hal punye nak follow mollow jnji org x wt hal dgn aku ok arr......aku kwn dgn sume org =P

.: Si BungaKopi : . said...

owh yeker...aisemen..silap plak wish exam..kukuku..tp muka awet muda nih..

Shukri Mohd Ali said...

bungakopi : cik azie ni mmg awet muda. tak tau la ape rahsia dia. bukan nk kongsi2 dgn kita...hehe =P

.: Si BungaKopi : . said...

sukri ni kenal ke ngan cik azie..?

Shukri Mohd Ali said...

haha. sangat kenal! kakak kepada kawan saya. selalu jugak jumpa kat tanjung malim... =)

beautiful_rose said...

hahahah muke awek mude??? x de lah mane de mude tue dah nieh.......huhuhu
kami saling kenal la cik bungekopi satu skolah lg... =p

to shukri : heheheh shukri nieh pandai2 jerk tau =p

.: Si BungaKopi : . said...

oooo.....bru ku tau..ptut la mesra~

1Malaysia Online 2014 said...

Gua tak pasti ni nak angkat tangan ker tidak..

Gua angkat turun, angkat turun aje lah.

.: Si BungaKopi : . said...

maksudnya lu..err..ko x setuju r..kk..gua..err..aku paham

1Malaysia Online 2014 said...

Haha.Gua bergurau aje lah.

p/s:Ayat gua serius erk? Mungkin pengaruh Wonder Pet ni. Sikit-sikit "ini seriussss".

.: Si BungaKopi : . said...

xde serius pon. klaka jerk..oo..ko dah tua2 pon minat wonderpet eh..leh kwn ngan anak sedara gu..er..aku. huhu.