Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, November 19, 2009

Jangan! Salah Parking Hoi..

Kisahnya begini, petang semalam, seusai exam paper akhir, KAMI (aku & mereka) rancang nak makan-makan dulu sebelum balik. 

Bukanlah meriah sangat, tambahan pula kami terpaksa membatalkan rancangan untuk pergi cari kedai makan yang sedap-sedap dek hujan yang memenuhkan lubang tar yang sumpik (LALALA) tetapi sekadar meraikan hari yang penuh gembira bagi student tahun dua macam aku ni.

Hari last exam memang merembeskan banyak hormon-hormon riang. 
Sebab itu hujan turun untuk meraikannya. Sampai di kedai makan Esmail Tomyam, aku order, kawan aku order, meja sebelah pun order mengorder.

Kemudian, toleh sana toleh sini sambil libas kain aku yang basah di bawah kepada orang yang lalu-lalang (siapa percaya agak budus).

Nampaklah aku beberapa muka familiar sobat-sobat yang aku kenal. 
Lelaki.
Ok, hujan begini memang sangat sedap hirup tomyam. Kedai semakin penuh.
Aku mengambil kesempatan ini dengan berborak macam tak ingat sementara tunggu order aku sampai.


Coursemates aku pon dah tapau tomyam, kemudian belah begitu saja tanpa isyarat kening mcm biasa kalau terserempak dengan aku. Aku tak hairan, mungkin dia tak boleh jawab paper tadi.

Elok je order aku sampai, telefon bimbit aku berbunyi.

"Mr. X?"

Coursemate aku yg tapau tadi,
dah bertahun-tahun tak mesej aku.
Tiba-tiba telefon pula.
Walaupun hairan, aku angkat juga.

Melalui perbualan yang macam ayam dengan itik...
( kamu kena faham aku berada dalam restoran glamor yang sesak, hujan pula sederhana lebat di luar, Mr X bercakap dengan nada perlahan. Aku kerah cuping telinga. Rupa-rupanya Mr. X suruh aku adjust budak belakang meja aku untuk dia.

Aku pon toleh-toleh, memang grup perempuan yang makan di belakang aku. 
Dialognya begini.

AKU  :  Yang mana? (sambil pusing belakang)

MR.X  : Yang tudung biru, baju biru, belakang awak je.

Aku tengok, belakang yang duduk sebelah-menyebelah tu sama-sama boria baju warna biru.

AKU :  Ada dua, yang mana?

MR.X : Yang dekat dinding.

AKU : Ha...okeh-okeh. Insyaallah ha.. K aku makan dulu. Jap g aku minta. 
(ragu-ragu tapi aku iyakan dulu)

MR.X : Ok, tolong tau..(nada gembira)

Tiit. Letak.

Ok, got it. Aku pon kerling-kerling la muka budak belakang aku, nak tgok comel ke tidak, lumrah la tu kan, yang kawan aku kat depan dah tak senang duduk, muka pon penuh konpius. Mesej masuk pula.

MR. X : Akak XX, tolong ek. Tak berani sebab ramai orang. Kalau tak, memang boleh minta sendiri. Hehehehe.

(hamboih, dahla panggil aku kakak dari dulu-dulu, pastu nak minta tolong plak. Ini sudah lebey)

AKU : Yela yela, kalau dia nak bagi. Ko kenal ke dia? (apedaa soalan aku ni??)

MR.X : Dah maen mate ngan dia tadi. Hehehe. Cakap ada dak (singkatan budak) minat kat dia. Dak yang duk asyik tengok dia tadi. Pakai baju biru..

Aduss, bantut selera aku nak makan hoi. Tapi, sebab aku tak sampai hati nak kata TIDAK, maka mahu tidak mahu,
muka ditebalkan,
pusing,
telan,
tarik nafas,
hembus nafas, cuit.
Bila dia toleh, senyum. :)
Muka maintain slumber yaya ok.

AKU : Awak, perasan tak tadi ada mamat-mamat dok meja sana? Baru je keluar.
 (sambil buat muka mesra-mesra ayam)

DIA : Owh..yang meja situ ek..
(mula-mula terpinga-pinga, kemudian tunjuk meja).

AKU : A'ah...Situ-situ. (padahal sumpah aku tak perasan kat meja mana)

Adess... Aku rasa mcm aku plak yang nak berkenalan.
Sumpah malu-malu miaw rasanya. 
Kawan-kawan perempuan tu dah setat gelak-gelak.

DIA : Owh, kawan awak ek?

AKU : Yelah, kawan kenal gitu-gitu je, coursemate.

(dia plak..tgok muka kawan-kawan dia, tengok muka aku, sambil minta persetujuan kawan-kawan)

DIA : Tak bolehla.. Dah kahwin da...

Adus, terasa aku plak yang di reject Tapi takpe. Senyum relax.

AKU : Owh, yeke..Maaflah ek. Saja je saya sampaikan niat murni kawan. Erm, sapa nama ni? (Saja je aku)

DIA : Sem 4, erm..maaf la eh.. tak dapat nak bagi no.telefon. Cakap kat dia, dah mengandung pun...

(sambil kawan dia asyik-asyik angguk)

AKU : Okeh.. tak pe jer..(@#$%^!)

Dia pon angguk-angguk mesra, aku pon wat isyarat nak continue makan, pura-pura sambung makan nasi la. Dalam hati, cess..ye la tu dah kawin, alasan stereotaip...siap mengandung lagi tu..

Maklum sangat dah aku, tu memang alasan pompuan kalau  tak nak bg no.telefon. 
Aku pon terus bersangka yang bukan-bukan.

Pastu, aku baru je nak mesej kat Mr.X apabila (ayat..) minah meja belakang tiba-tiba bangun pastu bergerak melintasi aku ke kaunter, kawan aku yang ramah tamah tanya minah nama Ila tu (Ila ke Ina).

KAWAN AKU : Dah berapa bulan?

DIA : Dah masuk 5.(wajah keibuan yang sarat)

aik...aku pon join de club, sama-sama tengok perut perempuan tu,
Oh besar. Oh.
Jadi dia tak tipu aku.
Aku yang buruk sangka.
Kami saling berpandangan. Dia senyum.
Aku pun mesej Mr. X.

AKU : Oit, dia tak nak bagi. Dia kata dah kahwin. Huahua.

Tak sampai seminit..

MR.X : Haha.. takpe la. Cakap kat dia. Sori tak minta sendiri. hehe. Tapi macam tak caya lak dah kawen. Dia tipu tu...

AKU: Mr. X, dia mengandung la. Dah 5 bulan. Apa la ko (malu aku je).

MR.X : Yeke... cam tak pecaye.. haha

AKU : Aku tengok perut dia besar la, macam perut Dila (kawan kami yang tengah pregnant masa tu.) Bini orang tu.. sem 4.


MR.X : Sampai hati dia p kawen ngan orang laen. Hukhukhuk. Tapi kire ok gak dapat bini orang. Hehe. 
(sepatutnya dia cakap; tapi kira ok gak direject bini orang..kan kan kan)

AKU : Haha..... cover malu ar tu. Dia berseri sebab dia mengandung. Takpe, cuba lagi lain kali. Salam

MR.X: Ok. hehe.. Waalaikumussalam...(taip penuh lagi)

Mr.X...Mr.X...Kasihan. Malangnya nasib ko? 
Wakaka...memang SALAH PARKING ko ni.
Kata kwn aku, tadi si Mr. X melintas sekali depan kedai, mungkin nak tengok aku jalankan tugas ke tak..owh..yeke..mana aku perasan, aku membelakangkan kaki lima. kata kawan aku lagi, maybe Mr. X tak perasan perut si Ila tu yang tersorok bawah meja. Main mata la kunun..cess...perasan sorang-sorang.

Aku pon takde rezeki nampaknya. Kalau aku berjaya dengan sukses untuk dapatkan no telefon at least maybe dapat makan free ke, KepC ke.. dan mana-mana makanan segera yang dicucuk. (sigh)

PSST-Nasib baik aku tak perlu mengharungi hidup sebagai lelaki.

9 comments:

Anonymous said...

secara jujur.. ni la tulisan hang yg paling aku suke... teruskan..

abeza09

.: Si BungaKopi : . said...

TQ2..hns..hns..(kembang kempis hidung)

beautiful_rose said...

huhuhhu nasib bek die x mtk sndr..kalo mamat tuh mtk sndr gerenti kne gelak kaw2 dgn geng gurl td kan =p lalalalal

beautiful_rose said...

aku dh setting blik ruang komen tuh...hope2 dh ok lah........ak pon x prasan lak komen tuh x berfungsi,smpi la ko tego..trimass ehh bgtau.

Arisa Eriza said...

hoho memang best! byk hormon2 riang merembes kua bc cter bungakopi ni huhu. tanx ya buat saya sinyum haha

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

mamat tu ensem tak
??
bukan ape.. orang sini masih solo
huhuhuhuhu

.: Si BungaKopi : . said...

lah...ye ker? habis encik downut tu siapa? kecantikan drp mata yg menilai..kurus kering jerk orgnya. huahua...

Mr. Pok Pek said...

nie mcm citer ak je...hoiiii akak...alahai nape citer ku di post lam blog....hahaha...pengalaman nie telah membuatkn ku lebih berhati2...huhuhu..tp xpe laa...sonok gak bace citer kite nie...^_^

.: Si BungaKopi : . said...

hoi aqem jr,

siapa suruh ko minta tolong aku? kan aku dah wat bahan lawak dalam blog. xpe, ini suma pengajaran utk kamu ya.