Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Tuesday, March 30, 2010

kerana hidup ini untuk belajar

Hari ini dan semalam, adakah kita tetap insan yang sama?
atau sudah berubah? Bagaimana dengan hati?
Hati dulu dan hati sekarang. Apa bezanya?
Adakah masih di situ letaknya? Adakah masih begitu kesuciannya?


                                    credit to http://www.flickriver.com

Bagi budak mentah seperti aku, semakin hari hati semakin bertukar warna.

Aku selalu terfikir, kalau sekali kita membuat dosa, kemudian kita meminta ampun bersungguh-sungguh, adakah hati yang gelap akan jernih kembali?

Tapi kalau pun boleh diputihkan dengan membuat kerja-kerja kebaikan, sejarah yang pernah kita lakar tetap akan kekal, tetap akan diingati orang sampai bila-bila.

Malah kita sendiri tetap akan dapat mengingati sedikit sebanyak tentang perkara jahat yang dilakukan, perasaan semasa membuat sesuatu yang tidak baik, tetap kita ingat.

Bagi aku, itulah natijahnya yang kita terpaksa tanggung atas sesuatu yang telah kita buat. Walaupun kita sudah insaf, kesannya tetap ada. 

Ramai orang bertanya, mengapa aku masih malang walaupun aku sudah bertaubat. Itu semua adalah hasil yang dituai daripada dosa-dosa masa lalu. Oleh itu kawan-kawan, fikir sebelum berkata-kata.  Juga, fikir sebelum membuat sesuatu. Sekali kata-kata yang kesat keluar, pandangan orang terhadap kamu akan terus berubah.


P/S- Mulut tak perlu jadi pedas untuk menunjukkan kehebatan diri sendiri

5 comments:

Anonymous said...

semua org buat silap
tp bukan semua org belajar dr kesilapan

jd belajarlah biarpun ia tetap tidak akan luput dr sejarah

Shukri Mohd Ali said...

owh...

.: Si BungaKopi : . said...

timekasih kapten..


shukri,
nape owh ?

Husna Hadzarami said...

aku pernah dgr:
sekali kita buat jahat, satu titik hitam akan lekat di hati kita. bila kita bertaubat dgn sungguh, titik tu akan hilang. kalau kita terus menerus buat jahat, tu yg hati jadi hitam legam.

tapi betul, macam mana kita cuba tebus balik kesilapan, benda tu tetap akan menghantui kita kan..

.: Si BungaKopi : . said...

Husna,
itulah.