Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, April 1, 2010

Beginilah, kalau petangnya hujan dan aku tidak boleh berjogging..

Kalau aku tidak salah, rasa-rasanya aku ditag oleh adik Shukri. Wah, malu juga aku. Baru je ditag, terus nak buat. Sungguh tak ada kerja ya. Bukan, aku ada satu lagi laporan belum hantar, satu lagi kejohanan belum settle dan satu lagi buku log belum siap. Eh lupa, satu lagi pembentangan. Alahai..ni yang lemah ni.. Tak apa, aku akan buktikan by the end of the week, aku akan setelkan semuanya. Haa...jangan ingat aku berbelog je kerjanya. Walaupun terponteng kelas tanpa sengaja pagi tadi, aku tetap memberi komitmen dengan tugas aku yang lain (rasanya la, hehe). 


Sini! Aku menjawab tag adik Shukri dengan gagah sekali.

  1. Siapakah anda di rumah?

Mak aku selalu mencirikan aku seperti tenggiling, cuma bezanya aku tidak dipanggil tenggiling. Keluarga aku semua perempuan, oleh itu kalau nak mesin rumput, insyaallah akulah orangnya. Aku pun takut juga dengar bunyi mesin tuh..tapi apakan daya..isk..isk..

2. Siapakah anda di samping rakan?

Aku boleh juga jadi penasihat cinta, tapi bukan penasihat rumahtangga. Aku mungkin juga pengkritik yang hebat, nasiblah kalau siapa tak tahan. Tapi percayalah, dulu-dulu waktu sekolah ramai junior ambil aku jadi kakak angkat sebab aku tak pernah buli mereka. Huahua.

3. 5 benda/perkara yang anda idamkan belum tercapai.


Aku pun tak pasti, tapi dah dapat soalan begini kenalah fikir nampaknya. Kalau tentang kebendaan, banyak gila yang belum tercapai, kalau kerohanian, banyak gila juga yang belum tercapai. Haih.. apa la yang aku buat selama ni?

4. Siapakah nama pasangan anda?

Malangnya tiada. Anda boleh bergembira. Silakan. Sebenarnya dia suruh kami merahsiakan hubungan kami, oleh itu aku terpaksa rahsiakan. Aku bagi hint je, ok? Gambarnya ada di bawah.

5. Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.


Aku sukakan giginya yang kecil-kecil tersusun, sukakan sikap pendiamnya, sukakan blablabla..
http://emo.huhiho.com
Arghh..itu semua khayalanku sahaja. 

6. Bilakah tarikh anda couple?

Kalaupun aku couple, aku takkan ingat tarikh-tarikh ni. Itu aku sangat pasti. 

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Aku andaikan banyak sekali. Chait. 

8.  Lagu tema cinta anda?
                                 ini abang nasir aku. Dulu dia selalu call aku sambil nyanyi lagu helai daun sirih.

9. Apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda?

 Entaahlah. Kalau aku ada bekas bf aku harap dia tak mengganggu aku lagi. (chaih, lari soalan) 

10. tag 10 rakan yang lain.
Aku tag setakat termampulah, takkan aku nak tag blog ustaz-ustaz yang aku follow pula, kan..Mereka yang aku tag ni, aku benar-benar nak tengok apa jawapan mereka untuk soalan pasangan tuh. So, silalah jawab. Bukan paksaan cuma godaan daripada aku je.

11. 8 things about me.

Ah..ni malas nak buat ni..hari tu dah buat. Ok, aku cakap satu je.
Bungakopi kadang-kadang kelihatan seperti loser terhebat di area ini tetapi kadang-kadang nampak seperti pengarah program yang berkaliber (ini kata kawan aku). Kesimpulannya, Bungakopi gadis biasa yang nafsu makannya kuat dan earning nuffnangnya belum mampu untuk menampung makanan ringan yang dikunyah semasa berbelog.
http://emo.huhiho.com
P/S- Semua gambar google mari(tiga kali aku silap taip google jadi goggles.)

12 comments:

Bulan Yang Menggantung Di Langit Osaka said...

arghhh tag soal pasangan... wawawa

bunga kopi.... huhuuhuh.... mcam mana bulan mau jawabbb... huhuuh
kalau bulan pasangan sama faizal tahir aci tak

Bungakopi said...

Bulan yang menggantung di langit Osaka,

boleh je...ngan m daud kilau pon bleh.

Shukri Mohd Ali said...

hahahaha...

bagus...

pantasnya jawab tag! =P

Bungakopi said...

Shukri,
amboi, gelak besar nampak

zaty fiziaty said...

alamak!
aku di tag....weeee~

enyheartsdiamond said...

tehee..mr khong bukan cina lah :))
nickname dia khong sebab dia mcm apek :))

tp tak kan???

mata dia seksi :p

Shukri Mohd Ali said...

hihihi... (gelak kecil)

oh, nampaknya saya sudah dapat pangkat adik.

yeay! (^__^) (rasa muda)

Bungakopi said...

zaty fiziaty,
jgn lupa jawab tau..


enyheartsdiamond,
owh...ingtkan cina..
sgt sepadanlah ngan eny..:)

shukri,
terasa nak panggil adik pula.

Shukri Mohd Ali said...

hehehe... (^__^)

baincardin said...

*al-Fatihah utk arwah Din Beramboi...

the sastraboy said...

cez! aku terlambat...huhuhuhuhu~

Bungakopi said...

shukri,
suka ek?

baincardin,
al-fatihah jugak.

the sastraboy
ala kira jawab ar tuh.