Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Saturday, April 3, 2010

Pertandingan Memanah UPSI

Jika ditanya tentang kekecewaan, hari ini aku kecewa.

Pertama, aku sangkakan lepas aku hantar buku log memanah, semua tugasan aku kira settle. Memang perkara itu yang ditunggu-tunggu aku selama ini. 

Kedua, hari ini aku kecewa kerana tidak dapat mug. Mug? Mug?? MUGG???


Ya, kadang-kadang hanya benda kecil sebegitu akan membuatkan perempuan kecewa. Ok, biar aku cerita daripada awal. Sudi ke nak baca ni?
http://emo.huhiho.com
Ok, aku cerita. 
Hari ini ada kejohanan memanah. Jadi, aku ni peserta. Satu kumpulan terdiri daripada empat orang wakil. Empat wakil ni akan shoot di lorong target face yang berbeza (nanti, jangan bosan dulu) Aku dapat lorong ke- 9. 


Waktu sesi pertama, aku dah aim bow/busur kat lorong yang akan aku guna nanti. Hai, kenapa nampak macam berat?

                                     Ini namanya beginner bow

Aku pun pergilah check. Oh tidak. Patutlah aku tengok budak-budak sesi satu macam terketar-ketar tarik string. Lepas release pulak, menonong je arrow tu pergi tempat lain. Missed. Poundagenya 28" 68". Berat tu. Biasanya, perempuan guna 22"  64". Baru mudah nak tarik string. 

Kemudian, bila sampai sesi kedua, turn aku yang 1st sekali. Sebelum tu, aku dah tanya budak-budak lelaki, tapi tak ada pun yang nak tukar bow dengan aku. Mereka lebih suka guna bow perempuan. Lebih mudah untuk kutip mata. Mencacak je panah tu pergi kat ring tengah. Macam gambar di bawah.

Kalau tengok kat target face tu, yang tengah sekali, yang betul-betul tepat tu, markahnya 10 tapi ditandakan sebagai 'X' dalam borang skor. Kemudian ring yang kedua nilainya 10 juga tetapi ditandakan 10 dalam borang skor, kemudian 9, 8, 7, 6, 5,4,3,2 dan 1. 

Kemudian, bila dah sampai turn aku, aku pun shoot selepas wisel  dibunyikan. Banyak yang missed. Sebelum ni pun memang aku tak terer. Tapi jarang sangat dapat M (missed). Z lagilah. Tak percaya tanya kawan-kawan aku. 


Seorang pemanah akan buat 6 pusingan dan dibenarkan sekali sahaja percubaan. Satu pusingan pula boleh shoot tiga kali sahaja. Tujuan percubaan? Untuk melaraskan sight target ikut keselesaan pemanah. Skor aku tadi, banyak Z dan M. Satu round yang aku buat tadi puratanya dapat skor 4, M & Z. Kalau aku guna bow yang poundage dia rendah sikit, yang sesuai dengan level perempuan, selalunya tak pernah dapat M atau Z. 

Ya, bunyinya macam nak salahkan bow pula kan? Memang pun. Kalau tak, tak mungkinlah markah aku serendah tu.  Frust juga aku. Tahu tak skor 4 di mana? Tu, kat ring warna hitam. Ring paling luar nilainya satu kemudian bertambah-bertambah sampailah 10. Oh, dah macam buku log pun ada entri aku kali ni, macam nenek berleter pun ada, meleret-leret. Ok, kembali kepada tujuan asal iaitu MUG.

Cuba tengok mug-mug ni, comel tak?


Bayangkan, untuk hadiah saguhati dapat mug comel ni, tapi untuk tempat pertama, kedua dan ketiga cuma dapat hamper. Tidak ke aneh? Kumpulan aku pula dapat tempat ketiga daripada 22 kumpulan.


Terkejut? Ya, kalau skor aku dah teruk, ini bermaksud skor kumpulan lain lagi teruk. Sepatutnya aku dapat mug dengan hamper sekali, baru fair and square. Bukan apa, isi hamper bukannya buku-buku and of course la makanan. Makanan pula bila kita dah makan menjadi taik tahi. Jadi, nanti tak adalah kenangan yang sweeett dengan sukan memanah untuk aku pertontonkan kepada generasi anak cucu aku nanti.

"Nenek dulu dapat tempat ketiga memanah tau.. "

Itu contoh. 
Perempuan fikir memang dalam. Itu bezanya yang membuatkan perempuan nampak lebih stress daripada lelaki.

Contoh lain yang boleh membezakan lelaki dan perempuan selain daripada bentuk fizikal ialah..

Perempuan kalau tak dapat isi dakwat printer, mulalah bengang. Cuba off kemudian on balik printer tu, tapi tak jadi juga. Esoknya cuba lagi, mulalah rasa nakhttp://emo.huhiho.com sambil-sambil cuci tangan yang dah comot.

Lelaki pula, tak dapat isi dakwat printer, cuit sana cuit sini tapi tak ok jugak, start motor lepak kedai mamak. Air segelas tahan untuk dua jam. Hebat tak?
http://emo.huhiho.com

Sehingga ke saat entri ini dikelentong oleh aku, isi hamper dah tinggal separuh, sedangkan kawan-kawan aku yang lain mugnya masih begitu juga. Tak luak pun.

Tak apalah, itu tidak kecewa sangat pun, saja nak membesar-besarkan cerita. Biasa.
Lagi satu yang tak best, sebelum ni aku dah tanya lecturer aku, boleh tak saya hantar buku log bertaip? (sebab saya rajin mengadap laptop). Beliau jawab, boleh-boleh-boleh. Berkali-kali aku tanya, jawapannya tetap sama.

Tapi, hari ni, bila aku dah print dan binding comel-comel buku log memanah aku, tiba-tiba instruktor ni cakap, tidak boleh tidak, kalau tak mahu markah kurang, kena sisipkan diari memanah dengan bertulis tangan. Sudah. Penat je aku. Aku pun cubalah menggoda buat sesi kaunseling dengan instruktor tu.  

Tolonglah encik, tolonggglah. Hari tu cakap boleh, sekarang cakap tak boleh. Mana aci? 

Kemudian, encik instruktor tu balas,  
yelah, kalau awak nak hantar begitu juga, boleh. Tapi saya khuatir markahnya kurang..

Amboi, ugut sopan nampak? Kemudian dia berkata lagi,  
tujuan suruh tulis tangan ni bukannya apa, ini untuk mengelakkan terjadinya copy and paste. 

Aku pun balas la, encik, saya ni jujur ikhlas, tiap-tiap minggu buat buku log tak pernah missed untuk update, mana mungkin saya meniru?? 

Waktu tu tepi padang baru lepas kejohanan memanah, punyalah berjejer-jejer peluh aku waktu tu. Sudahlah baju memanah berlengan pendek jadi terpaksa pakai inner kat dalam. Matahari pula berputar-putar atas kepala, tengok tar pula nampak berbayang air dah waktu tu. Punya panas. Tambah lagi dengan kepanasan yang tercetus secara tiba-tiba. 

                                                 credit to google, boleh?

Tapi, tengok muka encik instruktor macam dah tak boleh blah, tak nak, tidak mahu berkompromi dengan aku, maka aku pun pergi belasah bihun sungguh-sungguh, kemudian belasah nasi ayam pula, kemudian air oren, teh o ais, air laici. Sebelum bihun aku dah breakfast nasi dan teh ais. Ambik. Puas hati aku.
Perasaan aku?
http://emo.huhiho.com
P/S- Mari kira kalori : nasi putih+sayur petola+fishball+teh ais+bihun+teh o ais+nasi ayam+ air oren+laici+keropok lekor sebatang. Wui..banyak..banyak..

14 comments:

Shukri Mohd Ali said...

tadi di upsi memang ada sukan ya? masa saya lalu lalang ramainya orang kat padang...

aiyok! banyaknya makan! hehehe...jaga-jaga...sudahla petang hujan, tak dapat joging. hehehe... =P

.: Si BungaKopi : . said...

biasalah, hujung sem, semua aktiviti ko-ko nak setelkan kejohanan.

tu la..dah gemuk tau.

Unknown said...

nak tak mug dinner HOYA 2010..??
~heheh..

FR said...

fuhhh panjang gila , tahniah utk ana sbb bjaya habeskan :D:D

cm syok je memanah kan ? hehe
akak , pegi la tukar hamper tuh ngn mug . cute sgt tuh :D

.: Si BungaKopi : . said...

eh amarul..
ang ada blog eh? dua kali dah tnya aku ni, nnti aku jawab nak baru tau.

ana,
tahniah2. hehe.. hamper dah makan mana leh tukar dik.

Unknown said...

alah klu nak bayar la..
~xleh la bg free..heheh..
ak xdak blog..comment ang pki google akk ja..

Unknown said...

alah klu nak bayar la..
~xleh la bg free..heheh..
ak xdak blog..comment ang pki google akk ja..

.: Si BungaKopi : . said...

amarul,
wa..ang dapat free je pun mug tu..taik idung masin.

Unknown said...

ingat a.ari tak..??
~supervisor shif B tue..
bkk la blog dia..
http://www.bekaskecil.blogspot.com/

.: Si BungaKopi : . said...

abg ari??
weyh yg kening tebal tu ka? aku buka dah tp xdak pon pic dia?

Unknown said...

hahah..
~ya la yg kening tebal tu la..
dia mmg style x mau expose gbr muka..

.: Si BungaKopi : . said...

amarul,
aku nak follow dialah

Unknown said...

follow ke mn..??

.: Si BungaKopi : . said...

amarul,
ang masuk page dia, tengok kat follow tuh.