Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Wednesday, March 17, 2010

Ada Kita Orang Kisah?

Kadang-kadang aku ini jahat, tahu?

Bukannya nak menghebohkan kepada orang sisi kejahatan aku, tetapi lebih kurang begini.

 Apabila aku dengar ramai yang meluah perasaan di YM, dan luahan itu berbentuk menjengkelkan, hati aku terdetik macam-macam. Contohnya,
http://emo.huhiho.com
" macamlah aku kisah.."
"penyakit betul la dorang ni"
"apehal la budak ni.."

Contoh status yang menjengkelkan bagi aku, apabila kedua-duanya kawan aku, dan kedua-duanya meletakkan status bergaduh seperti :

" Lantak ko..lah..malas aku nak ambil port lagi"
balasan yg seorang lagi pulak.
"pedulik hape aku. pegi mampos la lagi baik"
(sebenarnya lagi dasyat, tapi demi kebaikan bersama maka aku tapis)

Aku tahu mereka berkawan baik, selalu nampak berlima walau di mana-mana pun. Tetapi, bila mereka letak status begitu, nampak sangatlah kan bahawa hubungan makin renggang. Aku lebih suka jika membaca status yang happy walaupun kadang-kadang bunyinya macam 'ngong' sikit. Contohnya,

"hariey ni I pegiey jalan-jalan. Sheronok thaww...."
"Ih...tak shuker..tak shuker.."

Lagi, yang membuatkan aku jengkel sedikit, bukan sepasang yang tulis status begitu, tetapi berpasang-pasang.
Contoh lagi,

"Lepas ni tak ingin masuk campur hal sesiapapun lagi!!
Balasannya..
" Aku tak ingin lagi hidup dengan dia!!

Lagi..
" Aku SAKIT dengan semua orang di sekelilingku!!

Lagi..
Mamposlah ko orang yg bz body.

Status-status sebegitu benar-benar membuatkan aku rasa....
apa kesnya budak-budak ni?

Tapi, dari satu segi, ada juga kebaikannya pada diri aku. Bila aku rasa tak berapa nak best, status-status tu selalu membuatkan hati aku terdetik,

ada lagi situasi yg lebih tak best daripada aku. Kemudian, hati aku pun akan lega.

Wahai orang yang tekanan perasaan, ikut sukalah apa yang kamu nak tulis kat status tuh, aku tak kisah. Tapi, cuba fikir untuk diri sendiri. Bila tiap-tiap minggu status kamu begitu, itu melambangkan kehidupan sosial kamu yang tidak sihat dan menimbulkan persepsi negatif kepada orang yang membacanya. Bayangkan, satu hari apabila kamu terpaksa bekerjasama dengan orang-orang lain dan timbul masalah, orang akan berkata begini,

"dia tu dengan siapapun problem.."

Bukan apa, bagi aku bila mereka buat begitu, banyak lagi kesan ke atas diri mereka juga. Bagaimana kesannya itu tidak dapat aku terangkan di sini. Nanti makan masa berjela pula. Tetapi masing-masing sudah besar panjang, jadi...FIKIR SENDIRI.
http://emo.huhiho.com
P/S-Sekali lagi, aku sebenarnya tidak kisah pun.

15 comments:

husna nabila said...

hahaha..wat bodo je..dorh yg plih jlln nak jejas khidupan sosial dorg

.: Si BungaKopi : . said...

nabila,
kasihan kan?

Husna Hadzarami said...

kalau aku macam bosan sikit bila tengok status ym dia tak habis habis,
"peningnya kepala hari ni"
"rasa macam nak demam la, macam mana ye"
"sakitnya tekak"

hari hari pun status dia tengah sakit..

.: Si BungaKopi : . said...

haha..

CITY® said...

salam bungakopi,

lama tak singgah sini

bagi ahkak,

ada masa kita kena ambil port
ada masa kita boleh wat derkk
ada kes kita malas layan
ada kes kita kena ambik gak tahu
ada org yg kita tak perlu layan
ada org yg harusss... dilayan
heeeeeeee

so,
tanya diri kita
kalau nak, layan jerk
kalau tak,

suka hati aku la

haaaaaaaaa


jaga diri dik
xoxo

.: Si BungaKopi : . said...

bluecity,
thanks akak.:)

daun kesum said...

em,.,

kalo tulis status mcm tu,,org yg xtahu pon,jadi tahu,.
emo semacam la tuh.

tp kan,lama2 orang yg tengok status tu akan meluat kalo kerap sgt ade bnda yg x kena..
berpada2la kan,.

Shukri Mohd Ali said...

ada saya kesah? hahaha...

status yg agak dibenci :

"aku rindu dia..."
"thanks sayang belikan i cokolat..."
"Tadi gi dating dgn darling...besh sgt!"
"adoi...demam ni. nk buat ape ek?"
"sakit gigi ler...takut nk gi klinik..."
"yay! kami dh couple!"

motif?

.: Si BungaKopi : . said...

cikti,
berpada-pada yg pling tepat. tp biarjelah kan..

shukri mohd ali,
lama tak mengomen di sini.sibuk ek?
motif: entah.

Anonymous said...

uit
ni perang status namanya
haha

.: Si BungaKopi : . said...

luffy,
sukanya dia.

beautiful_rose said...

aku lebih selese menginvikan diri skang.dan hanya jadi pemerhati pada status yang pelbagai....

Shukri Mohd Ali said...

siiiiiibbbuuuuuuukkkkkk sangat.

Ya Ampun!

uhhhuuuu... (T_______T)

.: Si BungaKopi : . said...

beautiful rose,
kdg2 manusia ni aneh kan..tmasuk aku.


shukri,
jgn nangis dik.:)

Shukri Mohd Ali said...

hihihi...

iya kak, sy dh tak nanges (^__^)