Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Monday, April 5, 2010

Calon menantu terrBAIK (kalau nak percaya)

Kalau kamu semua berada di umur aku dan jauh dari anak buah dan adik-adik kecil di kampung, kamu akan teruja apabila kawan kamu melahirkan bayi. Apatah lagi kalau kamu turut serta melihat perkembangan bayi tersebut.


Memandangkan peperiksaan cuma tinggal dua minggu sahaja lagi, maka mahu tidak mahu bayi ini terpaksa dihantar pulang kepada ayahnya di Terengganu. Jika sebelum ini si mama bergilir-gilir menjaga bayinya dengan gadis-gadis yang terdiri daripada housemates dan coursemates, tetapi  jadual peperiksaan yang hampir serentak menyukarkan tugas untuk menjaga bayi.


Oleh itu, dengan perasaan yang berat gadis-gadis tersebut akan pos laju Hazreeq Iqhwan pada tengah hari esok.


Perpisahan ini mungkin agak lama (kerana cuti semester dua bulan), oleh itu engganlah mereka untuk melepaskan peluang untuk bergambar dengan bayi ini buat kali terakhir pada semester ini. Pejamlah mata kalau tak sanggup menjamu mata.
=
=
=
=
=
=
 Sifat keibuan mereka terserlah sekali, bukan?

=
=
Bertuahnya Hazreeq Iqhwan.

=
=
=
Aku cup budak ni jadi menantu aku. Panggil aku ummi sekarang!

=
=
=
Penyayangnya mereka ni? 

=
=
Setting bantal strawberri bagi nampak happening sikit.

=
=
=
=
=
=
Aku dah 22, tak boleh buat begini lagi..


Ok ok, mungkin ada yang dah tak sanggup tengok penderaan secara terang-terangan ni. Jadi, aku letak gambar terakhir.

Kenapa, TERUJA? 
Apa lagi, jomlah kahwin!
Kepakkepungkepakkepung..
http://emo.huhiho.com
P/S- Ada yang berminat nak buat calon menantu? Boleh tinggal komen k.

12 comments:

Jef Hadi said...

saya nak jadi menantu akak boleh??

bhahahahahahahaha!!

calon suami mithali said...

owah...bgus2..satu pengalaman yg bermakna..bertuah korang ade kwn yg dah ade anak..bleh belajar selok belok ilmu menjaga anak dgn baek...^_^

.: Si BungaKopi : . said...

sastraboy,
bukan jadi menantu akak, tp akak tengah cari mentua ni. haha

calon suami mithali?
sblm ni pun aku dah expertttt..

Shukri Mohd Ali said...

adakah undian telah dibuka??? =P

.: Si BungaKopi : . said...

shukri,
buka dah..copat copat

Unknown said...

ttibe rasanya post ni lawak gile..ingatkan ada tips nak jadi calon menantu terbaik..rupa2 nya ke lain plak perginya..

Unknown said...

ang nak jadi menantu mak aku tak..
~kekeke..

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

bulan tak berani pegang baby...

Shukri Mohd Ali said...

yeay! sy undi Husna! =D

.: Si BungaKopi : . said...

Rozuan Ismail,
nantikan entri pasal tips tuh..heheh


Bulan yang menggantung di langit osaka,
pegang je, pastu hayun tinggi2.


amarul,
awat lamar aku open camni? segan tawwwww.

shukri mohd ali,
undi apanya? org nak mak mentua. hadoi la

husna nabila said...

hahaha..alololo..cian nye bby tu..die tgh tido..comey..rse nk gigit pipi die..hahaha
korg tgkp gmba kaw2 nye laaaaahhh..nsib bek bby tu cooperate baik punye

.: Si BungaKopi : . said...

nabila,
hahah. kdg2 rasa kejam..