Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Sunday, April 4, 2010

Wanita dan Angin Pasang Surutnya

Semalam, suasana di kolej aku iaitu Kolej Aminuddin Baki agak meriah walaupun hujan turun renyai-renyai. Pantang ada aktiviti kolej, mesti ada muka aku terpacul di situ. Tapi kata kawan aku yang dengki, pantang ada event makan-makan, mesti ada muka aku di situ.

Jadi, malam semalam berlangsungnya dinner kolej, Tapi, taklah gah macam universiti lain yang buat dinner di hotel dan sebagainya tu. Kami ni, open dinner je tahu.

Berbumbungkan khemah (kalau datang awal), berkerusikan plastik biru SAHAJA (amboi, detailnya). Ok, banyak betul desas-desus dalam hati aku sehingga menggalakkan banyak perkataan dalam kurungan timbul.

Kemudian, macam aktiviti lain yang meriah, bila kita jumpa kawan yang kita kenal, sambil-sambil cucuk sate dalam mulut (mana ada sate, imaginasi aku semata-mata. Padahal tujuan utama aku turun kerana terbau sate. ) kita pun nak hye-hye bye-bye sambil buat gaya glamour la sikit. Mungkin begini.

                                      hodoh jugak artis mat saleh ni

Bila aku nampak sahaja kawan sekursus aku, aku pun goyang-goyang tangan ke kanan dan ke kiri ala-ala artis. Sebelum ni aku dah buat, reaksi mereka positif. Kemudian, bila aku nampak kawan aku yang berbangsa India (lihat, betapa muhibbahnya aku), aku pun melambai-lambai dengan girang.


Malangnya, langsung tiada reaksi. Aku pun tunggu sesaat, kemudian aku melambai lagi. Tapi, tidak dibalasnya??


Jarak kami tidaklah jauh, mungkin dalam tiga depa. Kemudian, barulah aku terperasan kawan aku ni sedang mengelamun. Patutlah tidak nampak aku melambai.


Aku pun goyangkan tangan untuk menyedarkan dia, tetapi tidak tersedar dan terus mengelamun jauh. Lama aku melambai, tapi renungannya terus tajam menikam menembusi baju aku. Pelik aku.

                                   credit to google

Kadang-kadang aku rasakan perempuan memang begitu. Kadang-kadang mereka terlempar ke dimensi ke-4.
http://emo.huhiho.com
P/S- Kenapa agaknya perempuan begitu?

17 comments:

Aida Ali said...

Salam. U mana ni ye? UPSI ke?

Anonymous said...

Dari pemerhatian.. anda agak canderung untuk menjadi seorang lelaki..

-abeza-

.: Si BungaKopi : . said...

Cikgu Aida Ali,
ya, Upsi.:)

.: Si BungaKopi : . said...

abeza,
atas dasar apa kau berkata begitu?

beautiful_rose said...

dia PMS mungkin =p
sesetgh pompuan mmg begitu.kalo dh mcm tu aku mls nak layan blah jerk.....

.: Si BungaKopi : . said...

beautiful rose,
aha..ko mcm tu gak ke?

Aida Ali said...

Saya dulu belajar kat UPSI gak 2005 - 2007. PPGB mod intensif. Tinggal kat Kolej Zaaba sebulan-sebulan. Rindu zaman belajar dulu.

.: Si BungaKopi : . said...

Cikgu Aida Ali,
ahha..saya masuk thun 2008. Tak sempat la nak berjumpa.:)

Azrul Rabbani said...

hrmm...mngkin beliau sedng dlnda msalah.
@
tngah mnumpukan pndgn trhdp sswa2
ttpi trsa trgngu
@
mmg beliau sdg skt prut,nk blas lmbai 2 mcm ssh jer bg bliau..

.: Si BungaKopi : . said...

azrul rabbani,
takpe, saya tak kecil hati pun dgn beliau. haha

Jef Hadi said...

kenapa?

sebab tu lah wanita itu istimewa.Ceh!!

Ayat bodek ni.Haha.

Tapi bukan pompuan je ada masalah tu.Aku ni pun sama kot.Tapi kadang-kadang je.Dan tak ada lah jauh sangat aku terlempar.

Sampai dimensi ke-3 je.Malas nak jauh2.Takut tak boleh balik.Hehe

.: Si BungaKopi : . said...

the sastraboy,
tak bodek pon..huhu..
nape x p jauh? best apa

Husna Hadzarami said...

mungkin gak dia xnampak. rabun mlm.
ada kwn aku sorg mcm tu, bila dah dekat betul dgn dia br dia perasan kita..

definitely.me said...

aku pun kadang2 xphm psl pompuan ni walopn aku pompuan. huhu~

.: Si BungaKopi : . said...

Husna,,
aku tak terfikir lak kemungkinan tuh. huhu


Fza.ithu.Zazha,
kan kan kan?? ada gak fikir mcm aku.

Jef Hadi said...

kenapa tak p jao?

malas ar.

bukan ada kenderaan yang saya boleh tumpang.

tapi kalau saya dengan akak terlempar sama.takpe.saya tumpang akak.

sampai dimensi ke 500 pun tak ape.

haha.

.: Si BungaKopi : . said...

sastraboy,
betul gak, kalau pergi jauh, camne nak jwb stp..