Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Friday, April 16, 2010

Kita boleh tipu orang lain, tapi bukan diri sendiri

Aku terasa seperti hendak menipu seseorang pula. Tengah aku bosan memahami page yang sama sejak tengahari tadi, aku rasa malas untuk meneruskannya lagi.  Entah kenapa tulisan  kelihatan semakin kabur dan semakin kabur..

Waktu yang sunyi begini memanglah terbaik untuk study, tetapi aku  prefer tempat yang tidak terlalu sunyi. Kalau terlalu sunyi begini, mulalah syaitan merasuk aku untuk memikirkan yang bukan-bukan. Nasib baik kali ini hanya teringat pada anak buah . Sebagai seorang mak buah yang masih rasa dirinya remaja, anak buah adalah medium terbaik untuk mengasah bakat kepimpinan diri sendiri. Bukan apa, anak buah sentiasa kagum dengan mak buahnya yang begitu banyak idea dan biasanya, mereka merasakan mak buah mereka memang best.

                                Sila abaikan mana-mana sisi kegemukan yang kelihatan

Tiba-tiba tanganku sudah menekan punat telefon. Bercakap dengan anak buah yang seorang ini memang rasa hilang semua kebosanan aku. Sudahlah aku ditinggalkan seorang diri di dalam bilik oleh roomate aku, jadi mulut aku tidak dapat tahan lagi untuk berbicara dengan seseorang.

Bungakopi : Hello, Hakim ke ni?
Hakim : Ya, kenapa? (amboi, budak-budak zaman sekarang)
Bungakopi : Hakim, Mak Su tak larat dah nak baca buku ni..
Hakim : Bacalaa..
Bungakopi : Tapi Mak Su tak larat dah
Hakim : Mak Su buat apa tak larat?
Bungakopi : Yalah, tiap-tiap hari Mak Su baca buku sampai tak larat.
Hakim : Baca buku sahaja, mak Su ada boyfriend kot, sebab tu malas baca.

Geram pula aku. Mesti ada orang suka mengumpat aku di belakang. Tak baik betul. Hilang imej bersih aku di depan budak-budak.

Bungakopi : Yalah, Mak su rasa rajin balik lepas cakap dengan Hakim. Hakim jangan tengok tv kerap sangat.
Hakim : Kenapa pula?
Bungakopi : Nanti jadi budak tak cerdik.
Hakim : Bukanlah, nanti tv terbakar.
Bungakopi: Yalah, assalamualaikum.

Aku pun meletakkan telefon. Apa halnya telefon anak buah yang berusia 5 tahun untuk mengadu yang bukan-bukan? Padahal aku sendiri tahu tahap aku belajar,  bangun tidur, bergolek sejam, termenung sejam, breakfast dua jam, lepak 4 jam, bancuh air dan kononnya melakar-melakar sikit sambil cicah roti dengan air, tumpah, bersihkan kesan tumpah, tunggu meja kering (padahal bukan basah manapun), buka laptop kejap, kononnya untuk 15 minit sahaja, akhirnya buka radio online, terfikir nak buka ym sambil buat invisible, kemudian berakhir dengan buat available.

Argh... mustahil untuk aku belajar sampai penat. Jadi, apa jadahnya mengadu begitu?  Even anak buah pun macam tahu perangai mak buahnya. Argh.. Aku memang hopeless.

 
                                      credit to Google

P/S- SELAMAT MENGULANGKAJI SEMUA.:)

15 comments:

najihah said...

comel betul dialog antara mak buah dan anak buah

:)

Shukri Mohd Ali said...

hoho...study, study...fokus, fokus...jgn putus asa k...orang kat sini dh lebam mata hah. huhuhu.

bagusla ada tempat utk bercakap. sekurang-kurangnya hilang tekanan. hehe.

.: Si BungaKopi : . said...

tukang kata,
sbb mak buahnya comel mcm anak buahnya.


shukri mohd ali,
tak tekanan sgt pon, pura2 je.

Shukri Mohd Ali said...

eheh...saaangaaaatttt comel =D

Unknown said...

alamak..terkena batang hidung sendiri..tu la pasal..kekadang anak buah plak jadi tempat kita mengadu..padahl diorg kecil lagi..x faham pape..

.: Si BungaKopi : . said...

Rozuan Ismail,
sbb dorang sebahagian drp hidup kita.

UmmySheera said...

haha..
sengal la ko.. cm la bdk tu paham jek..tp bdk bdk skrg cerdik cerdik tau.. Huhu..
aku pon tgh terdisoder nih..huhu

Unknown said...

hermm
~so sweet..

.: Si BungaKopi : . said...

shaheera,
weyh, kita senasib.

amarul,
aku ke yg sweet?

beautiful_rose said...

hohoho pulun2 selagi bole..
hadoi tgk org dok stdy sane sini
debar lak aku nk tgu final june nnt.......
good luck okay!

daun kesum said...

haha.,.


stuasi kita sama lah,.,.
cuma cikti x on9 ym..
fesbuk plak yg jadik hal,.,

mmg bhantu btol fesbuk tuh,.,.
dahla bace 2 minit,tmenung 2 jam,.
pastu ngntuk mata,.,

mmg mncabar lah jaman2 blajar nih,.
adoih

Kak Amy said...

Follow me on my blog for my updates! :)nice to meet u and have a good day!!

.: Si BungaKopi : . said...

beautiful rose,
thanks dear


cikTi,
sgt mencabar. heheh

Husna Hadzarami said...

haha tak pernah terfikir lak kalau tension2 nak call anak buah.
patut try la method ni, mesti hilang terus stress kan?
bagus bagus :)

.: Si BungaKopi : . said...

Husna Hadzarami,
Inilah method yg aku guna. hehe