Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Sunday, July 18, 2010

Pasar Malam Tg. Malim dan dejavu.

Tadi aku pergi pasar malam. Betul-betul sesak hinggakan boleh berlanggar di sana sini macam accident. 

Kemudian selesai membeli-belah makanan yang sihat seperti buahan-buahan segar, susu segar, baldi dan ubat gegat untuk menghalau lipas, aku pun membuat keputusan untuk balik sahaja kerana duit yang aku baru tekan sudah tinggal beberapa keping sahaja note berwarna merah ( kenapa perlu diberitahu disini ya).

Sedang (jangan mulakan ayat dengan perkataan ini ya, kawan-kawan) aku terhegeh-hegeh mengusung baldi yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan pelbagai warna dan perisa, tiba-tiba mataku tertancap ( karangan darjah 5) pada kedai jam yang dah lama aku jadi regular visitor di situ. 

Kedai auntie Cina ya kawan-kawan. Oh ya, pernah dengar tak lagu ni. Lagu aiskrim Paddle Pop yang telah diubahsuai. Lagu nyanyian zaman sekolah rendah.

Cina buat....
Hindu jual...
Melayu mai beli..

Sungguh 1 Malaysia. Kita tak perlu diajar tentang 1 Malaysia kerana sememangnya kita muhibbah sejak dari dulu, kan?

Kembali kepada kedai auntie Jam, aku ternampak satu jam yang seakan-akan jam memori kenangan cinta luka zaman baru belajar basuh berak sendiri dahulu. Ya, waktu itu aku masih kecil dan selalu didukung ke sana ke mari tapi sudah mempunyai seutas jam yang agak mahal. 

Waktu tuh, abang ipar aku tengah berusaha keras memikat+ mengayat kakak aku untuk dijadikan isteri. Aku yang sejak kecil sudah menetap bersama kakak aku biasanya mendapat macam-macam objek. 

Semuanya dibeli oleh 'bakal abang ipar yang sangat pemurah lagi penyayang' (pada waktu itulah).

Sebagai seorang gadis melayu terakhir era Ella, kakak aku mempunyai beberapa stok simpanan calon suami. Walaupun usia aku baru sekangkang kera, kakak aku sering meminta pendapat aku mengenai calon-calon suami pilihannya. 

Aku pada waktu itu dengan tegas dan brengseknya telah memuji bakal abang ipar yang sering memberikan aku benda-benda material dan mengatakan,

Abang x0x0x0 calon yang tepat!!! sambil menunjukkan tanda bagus kepada kakak aku. 
Ok, kembali kepada cerita asal, pada waktu itu, aku tersangatlah gembira apabila Abang X0x0x membelikan seutas jam tangan yang sangat cantik pada mata aku. 

Zaman tu, akulah budak yang paling vogue di kampung kerana memakai jam yang fashionable. 

Aku still ingat, pada waktu pagi jam tersebut akan berwarna ungu dan petang pula berwarna oren dan beberapa warna yang tidak dapat dikenalpasti oleh mata kanak-kanak aku. 

Jam itu mendorong aku untuk cepat-cepat belajar membaca jam kerana aku hanya pandai membaca jam digital sahaja. Tapi jam itu telah hilang dicuri oleh seorang kawan kampungku.  

Semasa jam tersebut hilang, beliau yang membeli jam telah menjadi abang ipar aku yang sah, jadi cerekarama memancing hati adik untuk memikat kakak bukan lagi agenda utama, bermaksud abang ipar aku tidak lagi membeli perkakasan material untuk aku. 

Baru-baru ini, beliau berjanji untuk membelikan kembali jam tangan yang 'sejibik macam itu' untuk aku, tapi aku memahami keadaannya yang beranak' ramai itu. Jadi, aku telah beli kembali jam yang hampir mirip dengan jam kenangan aku itu di kedai auntie Jam. 

Kata aku pada auntie Jam, 

" Demi kenangan, bagilah diskaun auntie." Pujuk aku sambil menyengetkan kepala. Menggoda la konon.

"Aiya, no more discount  maa. Ini saja I boleh kasi U. Special price untuk student." Auntie tidak tergoda kerana dia juga SAMA macam aku.

Aku pun buat muka pasrah.

" Owh, ok lah. I datang lain kali je lah".

Aku pun angkat baldi dan ready untuk keluar apabila tiba-tiba aku dengar auntie tu cakap perlahan,

" Bolehlah..bolehlah. Ini hari saja. Lain kali kawan U plak datang, no more aa.." Muka auntie kelat. Benarlah orang kata;

IKHLAS ITU UMPAMA SEMUT HITAM DI ATAS BATU YANG SANGAT HITAM.

Dengan senyuman iblis, dapatlah aku seutas jam tangan dengan potongan diskaun 30 peratus.

Gini le ghupenye





6 comments:

UmmySheera said...

sentimental value la ni.. hehe

beautiful_rose said...

nostalgia sekali......

definitely.me said...

:)
sgt comel.
entry ni nice..

btw, memories remain forever aite?
n thnx, ur entry ni bagi saye ini senyum. =)

.: Si BungaKopi : . said...

shaheera nur,
sentimental la sgt. huhu

beautiful rose,
nostalgiya la jugak.

fza.ibrahim,
u re rite.Gembira dpt buatkan u tsenyum.:P

Shukri Mohd Ali said...

hoh dimanakah kedai tu? nak mintak special price jugak la =D

.: Si BungaKopi : . said...

shukri mohd ali,
lupa plak ada org tg.malim kat sini. kedai yg dekat dengan stesen bas tu