Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Saturday, August 21, 2010

Tragedi Cinta II

Khamis. Hari ini merupakan hari ketujuh Salmie berulang alik ke hospital. Mohamad masih juga dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kata doktor, keadaan Mohamad kritikal kerana berlaku pendarahan di kepala. Tapi hari ini Salmie agak terburu-buru untuk ke hospital. Kata mak cik, tadi pagi tangan Mohamad bergerak-gerak. Salmie rasa mahu menangis mendengar berita itu. Ibu dan adik-adik tanpa apa-apa kata turut mengadakan solat hajat di rumah diikuti bacaan Yasin. Sejak lapan hari yang lepas, mereka langsung tidak membebankan Salmie dengan apa-apa kerja. Tetapi Salmie masih tertekan kerana tidak dapat mengalihkan perhatiannya kepada perkara lain.

" Miey, molek-molek jalan tu," pesan ibu dengan pandangan yang sarat dengan kasih sayang. Matanya mengekori langkah Salmie yang semakin menjauh. Hatinya bimbang, namun apakan daya, dia mengerti bagaimana rasanya kehilangan. Lagipun, dia kenal benar dengan Mohamad. Sudah empat tahun anak muda itu bersabar dengan kerenah anaknya itu. Anaknya yang degil dalam diam, anaknya yang penyendiri..

Lokasi : Hospital Sultanah Zainab 2

" Mak cik, Mohamad makin baik ke?"

Lontaran suara halus itu mengejutkan mak cik dari tidur. Sambil mengurut-ngurut bahunya yang sedikit sengal, mak cik tersenyum tawar.

" Tangannya bergerak, tapi sekali itu je lah. Doktor kata, sebenarnya keadaan Mad makin kritikal," Jawabnya sambil menarik tangan Salmie agar duduk di sebelahnya. Salmie menurut.

" Panas tangan kamu ni..kamu demam  ke?" Belakang tangan dibawa ke dahi. Panas. Mak cik tidak tahu berkata apa-apa lagi. Gadis ini memang dia kenal. Degil. Mereka berbual-bual pendek sebelum sama-sama masuk ke dalam wad kecemasan. Melihat Mohamad, air mata serasa ingin tumpah, tetapi ditahan dalam hati. Dia tidak boleh lagi menangis depan Mak cik, dia tidak mahu mak cik bersedih. Wajah Mohamad yang pucat nampak bersih hari itu. Ada sesuatu yang membuatkan hatinya tidak senang. Adakah mak cik cuba menyembunyikan sesuatu?

Gambar hiasan

 Salmie berpandangan dengan mak cik. Kemudian mata mereka sama-sama jatuh ke wajah Mohamad. Hidung mancung Mohamad kelihatan membengkok sedikit. Manakala telinganya kelihatan lembik. Dengan suara tertahan-tahan, mereka bersama-sama membaca Yasin di situ. Setahu Salmie, tujuan surah Yasin dibaca adalah untuk memudahkan urusan pesakit sama ada kembali sembuh atau dapat pergi dengan tenang. Selesai bacaan, Salmie bergerak ke telinga Mohamad.

" Jangan sedih, kerana saya tak sedih.." Liur ditelan. Kata-kata sukar sekali untuk diluahkan.
"Jangan risau, kerana saya baik-baik di sini. Kalau awak pergi, pergilah. Kita jumpa di syurga. Awak tunggu saya."

Sebak dada mak cik mendengar kata-kata itu. Tangannya mengelus-ngelus tangan Mohamad. Sejuk dan kesat. Doktor datang. Ada sebab kenapa hari itu mereka boleh berlama-lama berbanding hari-hari biasa. Salmie dapat merasakannya. Hatinya ingin berada di hospital tetapi nasihat mak cik dan panggilan telefon emak semasa dia selesai solat menyebabkan Salmie terpaksa akur.

Hari : Jumaat
Masa : 9 pagi

Salmie baru pulang dari kedai. Cadangannya untuk membuat majlis bacaan Yasin bersama-sama jiran terdekat disambut baik oleh ibu. Salam diberi. Kasut baru sahaja dibuka. Ibu datang menyambut di pintu apabila tiba-tiba telefon berbunyi. Kakak Mohamad.

" Miey.."
" Ya, kak.." Mata bertentang dengan mata ibu yang penuh dengan tanda tanya.
" Mad dah tak ada, dik.."

Hening. Satu dunia terasa sepi.

" Miey?"
" Bila simpan, kak? "

Manakala ibu yang mendengar perkataan itu mengurut-ngurut dadanya. Mulutnya menyebut sesuatu perlahan. Hatinya dapat membaca apa yang terselindung di sebalik kaca mata tebal anaknya itu.

Bersambung..


P/S- There are things that we don't want to happen but have to accept, things we don't want to know but have to learn and people we can't live without but have to let go.

5 comments:

UmmySheera said...

tetbe aku sedih.. =(

Shukri Mohd Ali said...

ada tisu lebih tak...

Jef Hadi said...

hm...

brader shuk. kalau ada tisu lebih. kongsi boleh?

nicelah kak (:

.: Si BungaKopi : . said...

shaheera nur,
meh umah aku amik tisunya

shukri,
saye pompuan yg xpakai tisu,

sastra boy,
sedih...?

Jef Hadi said...

ye kot, huhu,