Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Saturday, August 21, 2010

Wanita 2010

Hai, aktif betul budak-budak rumah aku ni. Sampai sekarang tak balik-balik lagi. Tinggallah aku seorang tercangak-cangak ke hulu ke hilir dalam rumah. Sekejap belek periuk nasik,  baca jampi serapah hembus ke nasi untuk sahur esok, habiskan keropok yang tersisa, bilang parut jerawat, bulu hidung,. Ok, semuanya dusta.

Aku kan orang bujang. Waktu free mestilah makan sambil layan story.  Kan berfaedah tu? Apa-apa yang ada atas meja, sapu je semuanya. Semester ni, memang aku banyak layan perasaan seorang diri di rumah/ kolej nih. Dapat pula housemate yang cergas-cergas macam anak kucing.  Haih..kenapa? kenapa?? (sambil merenung dada langit)

Banyak merepek, apa kata  kamu berkenalan dengan kawan-kawan aku yang cergas-mergas ni, mahu tak? Manalah tahu, kalau-kalau aku hilang.. tak balik ke hapa ke, bolehlah report kat mereka sambil minta nombor tepon (walaupun mustahil sekali untuk berjaya).

Kali ini, mari aku perkenalkan barisan kepimpinan Blok E 204. 
Dari kiri cepat jalan (baca dalam nada kawad)

UMIE

Umi Hani - roomate 
Umi memang sangat cergas ya tuan-tuan. Walaupun beliau kelihatan lemah lembut, tetapi jangan pandang enteng sebab hal-hal sukan memang sangat cergas dan antara atlet sopan yang pernah aku jumpa. Sangat cergas juga aktiviti-aktiviti lain, rakan surau, rakan penggerak addin dan banyak lagi.

Aku hanya jumpa dia waktu Sahur-Subuh, kemudian aku akan menjadi nyawa-nyawa ikan, kemudian padam. Jumpa pula pukul 12 malam, selepas dia balik daripada meeting. Nampak tak betapa bilik itu diconquer oleh aku seorang?

SAKINAH

Sakinah- amboi..cantik beskal

Sakinah juga gadis yang agak cergas. Boleh nampak kecergasannya melalui gambar di atas, kan? Setiap hujung minggu memang sukar sekali untuk aku nampak kelibat hidungnya di rumah. 

Ikhlas mengaku di sini, beliau tahu membuat keputusan dan tidak teragak-agak dan musykil seperti aku semasa membeli barangan keperluan rumah. Sebab itu, kebanyakan waktu sahur, Sakinah yang akan memasak diikuti gadis-gadis yang lain. Maklumlah, kalau aku masak kang, asyik musykil nak masukkan ketulan apa dalam periuk, terkejar-kejar pulak kami sahur nanti.:P

NANA
Nana- roomate Kinah
Ha, tengok. Kalau pandai cuba teka bangunan apa kat belakang tuh?  Ini Nana. Nana ni nasib lebih kurang sama je dengan aku. Kami sama-sama tercangak bila semua orang keluar rumah. Meeting itu, meeting ini.. kenapalah kami tak ada meeting? 
Pembetulan, kurang meeting.

ZAHRA ZIEHA

Sopan la tuew
Zieha. Kelakar. Sungguh aku tak sangka. Itulah.. orang cakap don't judge a book by its cover. Beliau sungguh aktif macam belalang.

INI....

Tadi Nana... sekarang?

 Ok, tahu kamu semua memang tak pandai bab teka meneka. Ini Nani. Kulim mari. First time aku tengok beliau waktu aku sem satu, aku dah tahu yang dia ni lagi muda dari aku dan berasal dari Kedah. Waktu tu, kami sama-sama  hijau macam daun pisang lagi kat Upsi ni. 

Waktu kami duduk bersebelahan dalam bas, aku pun tanya dia dengan gengster sekali. "Asal mana nih?" "Saye asal Kedah..awak? "jawabnya.Tengok, kan betul aku teka walaupun waktu tu beliau cakap bahasa standard. Setakat berbasa-basi dalam bas selama beberapa sem, dan tak sangka kami jadi housemate pulak sem 5 ni, iaitu tahun ketiga aku di sini. Nani ni, aku perasan, kadang-kadang dia sering tersepak something dalam rumah. Maybe sebab power spec yang tinggi kot. Haha. Macam kakak aku jugak (tiba-tiba teringat kakak aku pernah terlanggar tiang sebab tak nak pakai spec).

Ada lagi gambar mereka ni. Since mereka bagi banyak gambar untuk aku update dalam belog, jadi kena la letak banyak-banyak.

Sakinah.
Aku nak tanya ang, macam mana kita boleh jadi housemate sampai sekarang walaupun selalu bergaduh? Hmm (herot-herotkan mulut)



Nana. Nak tanya sikit. Apa nama betul ko? Hmm ( mulut lagi herot)


Sori Nana, aku letak gambar ni.
Nani. Anak rusa nani baru tumbuh ekor. Apa salah kami lalu tidak tegur.?

Mak ai, bersinar-sinar
 Umi.
Kau mesti jengkel tengok aku kuat tidur kan? Tambah-tambah lepas Subuh. :(

Jangan kau tinggalkan aku terlalu kerap dalam bilik ni sorang-sorang ye..
 Last but not least, mestilah gambar aku sendiri. Tattara..

Gelek mak ngah gelek.

Maaf ye, aku pun tak sedar gambar aku disnap oleh makhluk-makhluk halus mana entah. Paling menyedihkan, sem ni aku tak tangkap lagi gambar aku sendiri. Sobsob..

P/S- Bulan puasa ni, mood nak pedajal orang jadi kurang. Betullah, setan hasut aku sebelum ni.

3 comments:

beautiful_rose said...

sudah tukar layout dan header ehh...

memang bosan pun kalau selalu ditinggalkan sorang.tapi kadang2 best juga bila dok sorang2 kat rumah baru boleh layan blog =p

aresaliyana said...

wahh, awex mana tue yg gelek2..hua3...

.: Si BungaKopi : . said...

beautiful rose,
tau xpe..ini yg layan blog nih..

aresaliyana,
ntahlar..awex tu mcm kenal jer..huhu