Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, August 5, 2010

Tragedi Cinta

 Masa : 10 pagi

Lagu Leona Lewis, Better in Time kedengaran rancak berkumandang di telefon bimbit berwarna merah hitam Nokia itu. Hati ingin melayan lagu mengikut rentak, tetapi punat hijau ditekan terlebih dahulu.

"Bakpo dop sapa lagi?" Suaranya tegang.
"Soba la, on the way doh ni.." Si jejaka bersuara perlahan.
" Bakpo dari tadi agi dok on the way tapi tak sapa-sapa lagi?"
" Nak sapa doh..Soba k..g bace surat khoba dulu ke..hakhakhak"
" Seje lebih doh ni..awok jange bagi saye maghoh, laratkan nak tunggu awok sajo dari takdi" Marah Salmie kecewa.

Mohamad kalau berjanji selalu begini. Jarang tepat pada waktunya. Sedangkan Salmi pula cukup mementingkan ketepatan masa. Semua orang tahu. Mohamad pun tahu itu.  Tapi, itulah yang sering dilanggarnya. Suasana hening. Salmie dapat membayangkan reaksi Mohamad yang fokus dalam pemanduan. Kemudian terdengar ketawa kecil Mohamad.

"Ala..awok jange gini..ore nak jupo dio, jange la maghoh2..ore janji ni last time ore lewat,janji.." Sebelah tangan terangkat seolah berikrar padahal si gadis bukannya di depan mata.

" Panda la tu dok berjanji kosong sokmo. Awok dengar ni, kalau awok tak sapa, dale 10 minit, saya meme tok maafkan awok.. biar kite tak berkawan takpo.."
Ugut Salmi seperti biasa. Hanya sekadar ugutan sebenarnya. Itu pun Mohamad tahu benar.
Tang! Terdengar seolah-olah handset Mohamad diletakkan dengan keras di dalam dashboard kereta. Merajuk plop.. getus hati Salmi. Aku yang sepatutnya merajuk. Buke dio. Aku! Penat jah bereje-reje tunggu. Tok pernah nak berubah. 

Sambil membebel, Salmie membuat panggilan semula ke nombor Mohamad tapi tidak berbalas. Berbelas-belas kali punat hijau ditekan tetapi tetap tidak diangkat. Manakala panggilan yang terakhir pula disambungkan ke peti simpanan suara. Salmie bengang.Ok, fine. Getus hatinya. Hentak kasar secara tidak sengaja menyebabkan lantai papan rumahnya berkeriut.

" Dop jadi g ke, Kak Mie? Mulut muncung buleh buat ikat rebeng" usik Salina yang sedang menelaah buku teks Tingkatan 5. Mungkin dari tadi lagi memasang telinga.

"G mana, Kak Mie? Jangok molek..tapi mace nak gi dapur jah.. Hahaha.." Perli Faizal, si bongsu.

"G masak. Supaya adik-adik aku tak kebulor." Balas Salmie selamba membuatkan kedua-dua adiknya terdiam.

Masa : 1 petang

" Kak Mie, talipong dok bunyi dari takdi lagi.."
" Biar ar.." Balas Salmie sambil menghidangkan makanan di atas meja.
" Bakpo Kak Mie buat gitu.. Siye Abe Mohamad.."

Masa : 2 petang

Telefon Salmie berbunyi lagi . Hatinya tergerak untuk menjawab panggilan tersebut. Nombor luar..bisik hati kecil Salmie sewaktu handset dicapai. Fikirannya jadi curiga.

" Hello."

" Ya, Hello?"

" Saudari kenal dop saudara Mohamad..?"

" Ya, kenal...kenapa? Encik ni siapa?" Masih bernada formal.

" Saya ni polis. Saya harap saudari bertene..sebelum saya khoba sesuatu.."

" Ya, khoba gapo?" Jiwa resah.

"Encik Mohamad accident.. Sekarang ada di spital.."

Tap. Telefon diletak sebelum sempat si polis menghabiskan cakap. Handset ditekapkan di dada sambil mata terpejam. Ya Allah...betul ke nie? Jiwa berombak. Tidak ingin membuang masa, Salmie bersiap tergesa-gesa. Sampai di motor, dia tersedar sesuatu. Hospital mana? Wad mana?
Sekali lagi, nombor asing di dalam handset dicari.

 " Maaf, saya Salmie yang awok.. call takdi.."

" Saudara Mohamad skrg di Hospital Sultanah Zainab 2, wad kecemase.." Balas si polis yang tidak bernama tersebut. Laju.

" Maaf takdi..saya tak ready.."

" Tak ape, saya pehe."

Terasa ada air panas perlahan mengalir di wajah tatkala enjin motor dihidupkan. Sambil menangis, motor dibawa seadanya. Dalam hati tidak henti-henti menyesal kerana memarahi Mohamad tadi. 

Akukah penyebab Mohamad kemalangan?

Entah bila dia tiba di hospital, kemudian berlari-lari anak mengikut kaki yang tidak bermata sehingga sampai ke tempat yang dituju. Betapa ramainya ahli keluarga Mohamad sedang menunggu di ruangan kaki lima tersebut, tapi hanya satu wajah yang menarik kakinya menghampiri. 

" Mak cik, gano Mohamad?" 

Tidak berbalas. Mak cik hanya memandang bisu. Matanya bengkak. Tidak apalah. Salmie mengerti. Ternampak kakak Mohamad yang berusia 25 tahun.

" Kak, gano Mohamad kak..?" Tanya Salmie. Mendayu suaranya.
Mereka bertentang mata. Kening berkerut, tangisan pun pecah.

                                               credit to google.
Bersambung..

P/S- I've seen fire and I've seen rain. I've seen sunny days that I thought would never end. I've seen lonely times when I could not find a friend, but I always thought that I 'd see you again.

7 comments:

UmmySheera said...

best cite mung ni..
xsaba nk tunggu sambungannye..
hoho

al-mankaraqi said...

fuhh kemain citer hehehe.....

abeza09 said...

mu blaja manno kecek qlate..??

beautiful_rose said...

sedihnya....
acident hope2 sumenye selamt.

.: Si BungaKopi : . said...

shaheera,
tunggu aku balik kg dlu.

al-mankaraqi,
sedih ke x ni?

shukri,
nah sapu tangan.

abeza09,
saen aku qlate blako

beautiful rose,
kita tungguu.

aiman said...

org yg tanggung lg sedih..dedikasi 4 aiman

Jef Hadi said...

sambung ye.

xoxo : ingat salah blog. haha!