Pagi-pagi buta tadi, selepas aku habis menonton cerita woman with a turban bersama rumet aku, hati aku berkobar-kobar dan menjadi feminisme sekali. Oleh itu, aku telah bermimpikan cerita tersebut sehingga terlewat untuk ke kelas.
Sewaktu aku kelam kabut bersiap, hati aku merancang-rancang alasan untuk aku bentangkan kepada beliau di kelasnya nanti. Beliau ni, aku describekan sebagai seorang yang sangat tidak pernah dijumpa sebelum ini. Percayalah cakap aku. Kamu takkan jumpa punya lelaki macam lecturer aku nih. Tak payahlah aku terangkan di sini. Bimbang spy beliau tengah skodeng blog aku ke, kang tak pasal-pasal je.
Situasi 1
Aku melangkah masuk ke dalam makmal dengan perlahan-lahan dengan harapan tidak dilihat oleh beliau, malangnya..
"Hey yuuu!! Hey! girl over there! WHY are youuu late?!" (dengan suara yang amat-amat tinggi)
" I'm sorry sir, I took the wrong bus." (cuba buat muka slumber. Sebab kalau buat muka bersalah, lagi sioklah dia nak kerjakan aku)
Beliau terkebil-kebil, kemudian dengan gaya isyarat tangan yang melecehkan, menyuruh aku duduk.
Situasi 2
Aku mengendap dulu melalui cermin kaca gelap di luar. Oh, lega. Beliau tidak berada di depan sebaliknya sedang berjalan dari meja ke meja untuk melihat perkembangan projek yang dibuat oleh kawan-kawan aku. Ini peluang baik..bisik hati aku. Lalu, dengan perlahan-lahan aku melepaskan kasut getah di kaki dan membuka pintu dengan sehabis perlahan. Kemudian aku menyelitkan badan dengan berhati-hati dalam keadaan mencangkung dan separa merangkak. Tengah aku syok berjalan itik untuk ke meja aku dibelakang, adalah juga beberapa pasang mata yang menggeleng-geleng melihat kegeligaan otak aku itu. Kaki aku semakin lenguh, ditambah pula dengan beg tepi yang diseret bersama menyebabkan aku hilang fokus dan..
" Hoi perempuan, kau buat apa tu??!" Aku yang masih dalam keadaan mencangkung berpaling. Matanya membulat dengan wajah macam...macam...singa betina. Aku tersengih pucat.
" Bangun!!" jerkahnya lagi. Aku perlahan-lahan bangun sambil menyapu bontot. Sendi lutut terasa longgar.
***********************************
Agak-agak kamu, aku berada di situasi yang mana satu?
10 comments:
situasi dua.
haha.
kedua2 situasi kot.......
kedua2 situasi kot.......
sastraboy,
hehe
beautiful rose,
mana leh dua2..
situasi 1 kot...mcm sesuai jer..
betul tak? hehe.
both pon possible :D
black mel,
ye ke? xpe cube lg.
sastraboy,
bdebar x?
eny,
mana bleh..kena satu je.
situasi 1
dyla adila,
salahh. huhu
Post a Comment