Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Sunday, October 10, 2010

Gadis itu Vs Gadis itu (Past & Present)

Gadis itu
memulakan langkah
menggenggam azam jitu
mengapa semangat kental?

Gadis itu
Lesu di bawah pijar tohmahan
rencana hiba tetap ditelan
Pedih sembilu mencalar cita
Berbekal asa yang makin kurang
Meneguk air mata lantaran kedaifan

Gadis itu,
Bangkit menuju gunung cita
walau acapkali tersadung
namun dia bingkas jua
Gadis itulah...

Sajak di atas adalah versi asal gadis itu yang ditulis oleh Aima Ramli. Sajak ini ditulis sebelum tahun 2000, dan aku baca sajak ini waktu aku darjah 5, dan dia tingkatan 5. Banyak sajak dia, tapi entah kenapa yang ini boleh lekat dalam kepala aku. 

Orangnya.


Bawah ni versi aku pula.

Gadis itu,
memulakan langkah
jemarinya lincah menaip di henset
mulutnya terkumat-kamit
mengapa semangat batu padu sangat ni hah?

Gadis itu,
menunggu mesejnya dibalas,
tapi tak dibalas juga,
puas menunggu ni,
tapi tak balas juga,

Gadis itu,
mula hangin,
handset cokia di tangan dilemparkan perlahan ke hujung katil
air  campur neslo campur white coffee dicapai dan diteguk sekali sudah habis,
gelasnya yang ber'teddy bear' itu dipandang
ada rasa didalam hati
mengarahnya agar menghempaskan gelas itu
Biar berterabur kacanya
Biar terpijak lepas tu masuk hospital terus kan senang

Gadis itu
mencongak dalam hati
nak hempas ke tak
fikirnya dengan fikiran orang yang tersubuh gajah
Akhirnya dengan nekad 
gelas itu dibasuh.

Gadis itu,
bersabar lagi
tunggu lagi
tapi akhirnya mesejnya tetap tak berbalas,
Ini bukan kali pertama
Apa kau ingat aku nak sangat mesej dengan kau
kalau kau tak suka aku
aku empat kali empat lagi tak suka dekat engkau tahu tak
Bisik hati gadis yang sedang merana

Gadis itu,
Fikirannya akhir-akhir ini memang senget
Baju berkubang belum lipat,
Dua baldi belum basuh
Serpihan biskut di sekelilingnya pun banyak
Bajunya tidak pernah berseterika sejak sebulan ini,
Hanya makeupnya terus maintain macam tiada apa-apa
yang sebenarnya makeup tu untuk cover mata beningnya
yang nampak kasihan sekali dalam cermin

Gadis itu,
Bukanlah jahat
Siap mengalah lagi tu sebelum ni,
Tapi apehal susah sangat orang tu nak berbaik-baik dengan dia?
Kenapa susah sangat???
Apa gadis itu tak layak ke?
Bukankah bila  mati mayatnya reput dan
rangkanya sama sahaja?

Gadis itu,
Kecewa dan tak mahu berfikir lagi
Tidur mungkin untuk melupakan masalah
Bermimpi indah
Bila terjaga
Eh, jalan ini masih panjang 
dan 
rupanya kisah bahagia itu cuma mimpikah?

Gadis itu
Gadis itu
Gadis itu



P/S- BUKAN AKU.

15 comments:

al-mankaraqi said...

Gadis itu kuat termenung?.........

Al said...

haha pnjg lebar dia punye sajak
tp knape mst ade quote 'bukan aku'
satu kmusykilan d situ...

lawa gambar...

.: Si BungaKopi : . said...

al-mankaraqi,
gambar itu adalah diri penulis, bukan subjek penulis.huhu

Al,
sebab xnak orang ingat yg tak basuh baju dua baldi tu aku. lagipun ni pengalaman org lain. hehe
Pic edit2 cara amatur je (merendah diri tetiba)

black_mel said...

nice entry..luahan isi hati..hope gadis itu akan terus tabah...

.: Si BungaKopi : . said...

black_mel,
thanks.:)

yebbit + . + said...

Gadis itu, baik basuh baju tu sblum jd 3 baldi. Hee

Dy xde kdit kot gadis itu. Cube share cket kdit. :p

Sesumpah said...

ye ke bukan kau? hahaha

hentakbelipat said...

nice sajak ni...padat je

.: Si BungaKopi : . said...

yebbit +.+
dia cakap baju tu dah basuh, tggal lipat je.

Sesumpah,
Bukan..... Bukan aku.


Hentakbelipat,
thanks. yg atas ke yg bawah?

aima said...

1-I rasa info pasal sajak tu salah..taun 2000 i dah keja jap. kalau tak salah sajak tu taun 1997-1998.
2-Lagi 1 cek tak pueh hati sebab orang yg menyiarkan sajak kat paper tu banyak mengedit sajak ni sesuka hati. (Atau mungkinkah my bad handwriting yg mengelirukan dia?)
3-I take this post as compliment. Check out for the latest.

TQ

.: Si BungaKopi : . said...
This comment has been removed by the author.
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gadis itu kuat dan bersemangat
gadi itu satu lagi sentiasa ada ujian untuknya
tapi yang penting mereka mencorak kehidupan dan alam

.: Si BungaKopi : . said...

to aima,
ye ker? sori la salah info plak.

brutal solo,
betul3....
sentiasa ada ujian utk brutal solo jugak. try jgn brutal sgt..baru tak solo. huhu

Un Phat Lee said...

yola tuh.ehe XD

.: Si BungaKopi : . said...

Un phat Lee,
iye..