Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Saturday, January 8, 2011

Kami Menyiasat Apa Saja

Pada tahun 1998 , aku banyak terpengaruh dengan siri penyiasatan Enid Blyton, Siri Salma dan ada beberapa lagi. Semua buku cerita di library memang aku dah khatam semuanya tambah-tambah kalau siri penyiasatan. Lalu aku pun menubuhkan pasukan penyiasat aku sendiri. Kumpulan kami terdiri daripada 5 orang. Aku, Anuar, Fadil, Huda dan Shuhada. Kami berjanji akan menjadi berani dan moto kumpulan penyiasatan kami adalah ' Kami Menyiasat Apa Sahaja'. Heh.

Waktu aku di darjah 3, kakak aku yang kelima berada di tingkatan 3. Kakak aku sentiasa menyokong kebanyakan perkara yang aku dan kawan-kawan buat. Demi menunjukkan sokongannya, kakak aku telah membuat kad penyiasatan untuk kami dengan menggunakan mesin taip kakak sulung aku. Kad itu tertulis nama gelaran kami masing-masing dengan diketuai oleh Fadil iaitu budak yang paling pandai pada tahun kami itu. Moto pulak ditaip di bawah nama masing-masing. Kalau tak silap aku kad tersebut berwarna oren.

Kemudian di sekolah aku pun mengedarkan kad itu kepada kawan-kawan secara senyap. Kawan aku waktu tu memang bersemangat habis. Waktu tu Anuar cakap, kita ada kes ni. Di kampung dia ada rumah kosong agak ke dalam hutan, tempat tu katanya dah jadi sarang penagih dadah. Kami pun bersetuju untuk ke kampung Anuar petang tu jugak, sebab petang tu tak ada kelas Kafa. Punyala bersemangat hinggakan jarak ke kampung Anuar pun kami abaikan, 9 kilometer. Padanla aku hitam waktu kecik-kecik dulu. 

Aku dan Shuhada sekampung, Fadil dan Huda sekampung. Mula-mula Shuhada ke rumah aku, kemudian kami ke rumah Fadil, kemudian ke rumah Huda dan akhirnya kami berbasikal sama-sama ke kampung Anuar. 9 kilometer lebih jugak bila aku fikir-fikir balik sekarang. Petang tu, bersama kad penyiasatan dalam poket, kami cuba beranikan diri. Bila dah dekat dengan rumah Anuar, rupa-rupanya Anuar tak ada sebab pergi berlatih silat. Yelah, dulu mana ada handset nak mesej-mesej tanya dah sampai ke belum. Kami pun bergerak ke tempat silat. Sampai di tempat silat, kena tunggu pulak sampai Anuar habis berlatih. Tunggulah kami di atas beskal sambil berborak-borak tentang misi kami. Lepas habis kelas silat, Anuar pun bonceng di belakang Fadil dan bawa kami ke rumah tinggal tersebut.

Waktu tu, nasib baik ada kawan aku yang cerdik sikit, iaitu Huda. Dia cakap dia takut nak masuk sebab rumah tinggal kan.. lagi pun dia bimbang kalau ada penagih dalam tu apa-apakan kami. Kemudian, Huda terus blah tinggalkan kami kat situ. Disebabkan ahli kumpulan kami dah tak cukup, jadi kami pun tak jadi menyiasat. Kalau tak silap aku, kami ikut Anuar pergi main teng teng kot. Tapi di tempat aku, kami panggil 'Jingkit'. 

Semalam, aku dan kawan-kawan tubuhkan pulak kelab Super Girls Club dengan moto No No Boy dan tiba-tiba kakak aku komen di bawahnya- Kami menyiasat Apa Sahaja. Tiba-tiba aku rasa aku masih tak berubah. T_T


8 comments:

Shukri Mohd Ali said...

kahkahkah...seronok betul masa sekolah...ada grup-grup...imaginasi kuat!!! ;D

.: Si BungaKopi : . said...

shukri,
biasalah budak2..huhu

Al said...

kakak ko mmg prihatin kan

haha

Anonymous said...

eh dh brubah ape, dlu saiz "s" n skrg dh hmpir "xl"
hihihihi
trus +ve ea
"halimunan"

.: Si BungaKopi : . said...

Al,
a'ah..tp dah kawin ni kurg sket. huhu

halimunan,
itu fizikal..ala mstila ada gak yg berubah kan..kan kata xmatang plak.

Lil' Sue said...

hahahaha...nampaknya ada jugak yg serupa with me...last time...mmg dengan confidentnye me and my fren (3 of us) to meet the Guru Besar and get him to sign our CARD (KAMI MENYIASAT APA SAJA) konon2 nak tolong cikgu menyelesaikan kes2 kat skolah.. siap form a group.. VALENTINES GIRL...hahahhhahaha...

.: Si BungaKopi : . said...

Lil' Sue,
haahaha..dalam skop yg lebih kecil ea..skolah? hehehe

Wayne said...

anda minat siri salma/nancy drew,3 penyiasat,5 sekawan,7 penyiasat,hadi,5 penyiasat?sertai kami sekarang juga disini https://www.facebook.com/SiriSalmaMalaysia