Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Thursday, February 3, 2011

Happy Birthday to Meeee..

Sempena birthday aku kali ni, apa kata kau baca apa yang aku nak tulis? From the bottom of my heart.=)

including my brother in-law

Dulu aku ada kenal seorang senior sains sukan. Waktu kena jalankan program ala-ala ikhtiar hidup di dalam hutan, lecturer aku nasihatkan kami untuk dapatkan abang ni sebagai instruktor. Aku dan kawan aku terus setuju. Sepanjang bekerjasama tu, abang ni memang banyaklah tolong macam-macam walaupun benda tu dah di luar bidang tugas dia sebagai instruktor. Waktu tu baru sem 1, rasa terkontang-kanting sangat bila nak jalankan program. Bukan semua orang suka nak bekerjasama. Jadi bila ada orang tolong rasa bersyukur and lega.

 Kemudian awal Januari tahun ini aku dapat berita daripada Wani bahawa abang ni dah meninggal dunia tahun lepas. Tersentap dan rasa sayu. Kenapa orang baik selalu pergi awal? Hidup dia baru nak bermula. Baru nak merasa duit gaji sendiri. Aku juga masih ada beg galas kertas yang arwah bagi ( I took it by accident & he just gave it to me as souvenir mybe)

Sedihla. Banyak betul orang baik-baik pergi sejak akhir-akhir ni. Tapi, Allah s.w.t sentiasa merancang yang terbaik..


*Lagu ni sentiasa buat aku insaf*
Berikut merupakan gambar-gambar arwah abang Zool yang ada dalam simpanan aku.

Kiri sekali baju biru : arwah abg Zool, hanim, mas, ajib, pakde, jeman,mamat,dinvespa,fidaus, fozan
Waktu ni tengah merentas sungai

Kiri : Fara, Wani, arwah abg Zool, akak pembantu

Entah kenapa birthday aku kali ni, aku nak insafkan diri sendiri. Bertambahnya umur bermakna aku semakin dekat dengan kematian. Serius tak sanggup.


p/s-Al-Fatihah untuk arwah abang Zool dan orang-orang baik lain yang telah pergi.

4 comments:

azalia hjsalleh said...

ya allah , sedihnya ;(
tu la hidup , kita x tahu smpai bile kita akan bernafas ;(

Anonymous said...

slmt mymbut ariulang thun klahiran yg ke 23, moga dpnjngkan usia bsama lmpahan rahmat n hidayah....
"halimunan"

beautiful_rose said...

teringat kat sorang junior yang sudah meninggal dunia bulan lepas...dia juga seorang budak baik y hormat org tua.

.: Si BungaKopi : . said...

azalia hjsalleh,
hmm.

halimunan,
thanks=)amiin.

beautiful rose,
al-fatihah utk mereka.