Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Saturday, February 12, 2011

Kumpulan Nasyid Universiti (yippiee)


Dulu sebelum masuk universiti, aku admire sangat dengan kumpulan-kumpulan nasyid macam In- Team dan Saujana. Rasa macam tengok budak-budak cerdik menyanyi. Rasa feeling habis. Lagu-lagu yang aku minat seperti Rabiatul Adawiyah dan ...(lupa). ("-_-) 


Waktu aku form 2 memang aku suka melalak lagu tu dalam surau asrama. Aku anggota kumpulan nasyid jadi ketua warden bagi kebenaran untuk gunakan sistem audio surau sepenuhnya. Kadang-kadang kami bagi suara bergema dalam surau je, kadang-kadang biar bergema satu sekolah. Lantaklah suara nyaring ke pecah ke, janji rasa macam group gossip girl habis. Fofuler.


Walaupun suara aku tak sedap, tapi rentak (pergh) bongo yang dibawa oleh kami memang jadi ikutan budak-budak perempuan satu sekolah (kami batch pertama sekolah tu). Setiap kelas mesti ada jugak budak suka bergendang atas meja. Akhirnya ustazah aku marah dan kata kami macam budak perempuan tak senonoh asyik mengetuk meja. Macam nak tarik perhatian budak lelaki katanya. Huh.


Kembali kepada kumpulan nasyid yang aku minat, mereka memang generasi nasyid yang membawa kesedaran kepada kami. 


Aku ingatkan dapatlah jumpa geng-geng nasyid yang macam tu lepas masuk universiti. Boleh la aku admire senyap-senyap. Tapi kumpulan nasyid macam tu semakin malap dan malap. Aku pun tak tahu kenapa jadi begitu. Mungkin lepas aku keluar nanti baru ada balik. Hm.

3 comments:

al-mankaraqi said...

kadang2 masa mandi tu ada gak terhajat nak jadi penyanyi nasyid.

beautiful_rose said...

masa sekolah dulu suka betul dengan kumpuln2 nasyid nieh.lagu2 diaorg best boleh layan.tapi nasyid dulu dgn sekarang dah berbeza sangat.....kdg2 tak tau nak bezakan mana satu nasid dan pop.kompiusssss

Bungakopi said...

al-mankaraqi,
saya pun ada gak berhajat gitu.

beautiful rose,
nasyid tempatan skrg kurang aura kot.