Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Wednesday, September 14, 2011

Cerita sikit pasal praktikum

Alkisah,
praktikum di sekolah bukanlah kali pertama aku menggunakan tulang empat kerat untuk mencapai sesuatu (cakap direct kan senang, BUKAN KALI PERTAMA BEKERJA, heh).


Aku start bekerja semasa umur aku 15 tahun, habis PMR.. aku terus cabut dari hostel, tak sambut dinner akhir tahun dah..terus ke shopping complex and bekerja sebagai P.A manager kat situ. 
.....
.....
.....
Ok aku tipu. Aku kerja kat kedai kain je. JAMIL COLLECTION 1st floor, central square Sungai Petani Kedah. Kalau rasa nak mengorat aku, sila guna time machine dan pergi ke tahun 2003. Waktu tu aku masih kanak-kanak, mungkin senang dingorat.


Back to the topic, selain bekerja di Jamil Collection, aku pernah bekerja di Honey Bakery, Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semasa umur 18 tahun if I'm not mistaken la kan...sehinggalah aku kurus kedengkiang. ( bahasa utara demi menunjukkan bahawa kurus sangat-sangat).


Kemudian bekerja di kilang Hoya di Hi-tech Kulim sebagai qc a.k.a minah kilang a.k.a minah rempit baju biru.


note: QC stand for Quality Control, bukan Queen Control. Heheh..


Kemudian kadang-kadang sebagai part timer guard jelita di SMK bakai kalau ada guard pempuan nak ambil cuti emergency.


Masa umur 21 pulak, aku bekerja sebagai kuli batak dewan makan asrama SMK Bakai.


Pendek cerita, praktikum bukanlah kali pertama aku bekerja. Tetapi ya, praktikum merupakan kali pertama aku bekerja tanpa gaji. 


Sebelum praktikum aku pernah dengan bongkak riak dan takabburnya berkata,


" praktikum nanti rasanya aku tak akan ada masalah dengan budak-budak, tapi dengan cikgu mungkin."


" why is that?" tanya kawan aku.


" Budak kita senang nak kawal..tapi kalau cikgu cikgi pempuan umur 30-an ke atas ni, depa mesti mengumpat aku punya. Jenis geng-geng duduk berkumpul dalam bilik guru dan mengumpat, hee tak boleh la aku." 


"Ko best la Na.. ko muka garang.. budak sure takut punya." kata kawan aku dengan wajah sedih. Dia bimbang kena buli dengan student sebab dia comel, innocent face dan kenit. err maksud aku kecik.


Bila ramai kawan berbincang topik praktikum, aku asyik ulang-ulang benda yang sama.


" Aku rasa aku tak akan ada masalah dengan budak, tapi dengan cikgu,"


" Cikgu-cikgu ni rasa depa betol ja semua. Depa rasa depa almighty gila, tambah-tambah kalau depa mengajar kat sekolah kampung...pergh cakap jangan dibangkang."


" Awat ang kata lagu tu?" tanya kawan aku.


"Waktu aku sekolah dulu, cikgu meluat dengan aku. Aku pun tak tau pasai pa." Kata aku sedih.
"Tapi ada jugaklah sorang dua cikgu kamceng dengan aku ni," 


Ok. tutup cerita. 


Rupa-rupanya Tuhan membalikkan kata-kata aku. Aku betul-betul terkena. Sepanjang aku berpraktikum selama hampir 4 bulan tu, yang memberi masalah kepada aku adalah student, bukan cikgu.


Student-student aku sangat bermasalah. 
Sangat-sangat (-_-")
Prestasi akademik corot gila dalam Malaysia ni. Diulangi, dalam Malaysia, bukan daerah weyy..


Mak bapak percaya cakap anak even anak dia gengster dalam sekolah, cakap cikgu berbuih mulut dipandang sepi.
Ada sekali polis datang sebab student buat report mengenai cikgu. 


Tuduh cikgu yang budiman try to do something nasty to her. Macam harun. 
Padahal cikgu tu sentuh dia pon tidak. Dia tu yang dah rosak sendiri-sendiri kat luar.
Sungguhlah fitnah itu bahayanya lebih teruk daripada membunuh.


Lain pulak dengan cikgu.
Mereka treat aku, Ana dan Saiful (geng praktikum) dengan sangat-sangat baik. 
Sangat supporting, mesra dan langsung tidak menyisihkan kami. 


Malah kadang-kadang aku rasa pelik sebab dulu tanggapan aku terhadap guru tak pernah nak elok tapi now I know the reason why they do such things. 


Kenapa cikgu always garang, always mengamuk.


Tahukah anda, golongan guru banyak kena penyakit darah tinggi? Tahukah?


Berbalik soal hubungan..
Dengan cikgu perempuan, 
sisterhood bonding sangat kuat. 


Kami gosip, kami share catalog, share product, gosip, share minat, share kedai terbaik untuk beli kain sarung, gosip again, keluar bersama, buat kerja bersama dan banyak lagi.


Dengan cikgu lelaki pulak, 
ringan tulang bantu aku & friends bagi memperkukuhkan kedudukan kami kat situ.


Bila ada program pulak, for sure guru praktikum wajibal ghunnah kena hadir. Masa tu lah geng-geng cikgu bersekutu akan buat bakar-bakar dan mereka tak pernah nak terima duit aku dan Ana. Padahal aku memang kuat membalun.


Bersama cikgu tua.. terasa seperti ayah.
Bersama cikgu muda.. terasa seperti boypren.
Memang gembira.


Tapi walaupun aku selalu cakap TAK TAHAN...TAK TAHAN dengan perangai budak-budak situ, sekarang ni ada la jugak aku sengih tiba-tiba bila teringat lawak-lawak hampeh budak-budak tu. 
Bukan semuanya teruk kan..


Ada yang sangat hormat, tertib dan menyejukkan hati even badan berkudis penuh.. (ayer mata).


And now, bila my ex student nak add aku dalam fesbuk, maka WAJIBlah operasi meng remove kan pic-pic gedik aku.

Ni kira sebagai tanggungjawab sosial la kot..beri contoh yang sopan kalau tak boleh beri contoh terbaik. An an..
Sebab aku dah 99% yakin, murid sentiasa jadikan guru sebagai model  mereka tanpa mereka sedari (walaupun mereka benci guru ituh!)


Cikgu kencing berjogging, anak murid kencing marathon. Percayalah.
Cikgu pakai tudung singkat, anak murid tunjuk breast. Believe me!
Cikgu mencarut, anak murid terus buat 'projek mega'. (ampa ingat pa budak sekarang)
Cikgu pakai kain cotton jarang, anak murid mengendap la . Sial tol . 
Sial cikgu maksud aku..bukan sial budak.


Cikgu camwhore, student buat toyol (meniru). aisehmen ("-_-)


Hmm (termenung).


So, bawah ini ada pics kenangan. 
FYI, berat aku turun dengan sadis sepanjang berpraktikum sebab stress.


Aku kalau stress sikit-sikit, jadi kuat makan.
Stress banyak-banyak, terus tak makan woo.


Berat aku masa form 1 sewaktu masih pendek, 55 kg.
Berat aku di UPSI sebelum praktikum, 51 kg.
Berat aku turun menjadi 47 semasa berpraktikum. Perggh..pencapaian terbaek!
Ang ingat senang nak kurus?


xtvt bawa makanan masing-masing and makan.
aku bawak karipap segera kot. rajen.
dari kiri : cikgu bi, ckgu sejarah, cikgu geog, cikgu math, cikgu sains


Cikgu Shukri yang tengah rajin mengemas stor sukan,
aku pulak jadi mandur  kat tempat duduk angkat berat dekat-dekat tu.


Tiba-tiba ada Kappa kat belakang. Depa ni macam bosan
ja dengaq aku bercerita. 




Mural yang aku dengan Ana buat sebelum tamat berkhidmat. Sila puji.

Student haku yang menangis sebelum aku keluar.
Ada jugak, ingatkan semua meluat kat aku.
Sobsob.

Depa ni memang baguih gila.
Aku dengan guru pembimbing yang sempoy, cakap lepas tapi memang
kebapaan habis plus tak kedekut ilmu.

Ni semua gambar last day aku kat situ. Sebab tu aku pakai baju sama ja. Ampa nampak tak aku kurus kedengkiang kat situ? Lepas raya, aku jadi macam ni pulak...


Bang Bang Boom. Jadi macam biasa balik.
K.emah, mahap sbb upload gambar ni.
U look gorgeous dalam jubah itu.
So, lepas ni..nak update fesbuk haruslah menjaga tutur kata. Tidak boleh lagi menggunakan ayat seperti cibai, babi bakar, celaka etc etc. Tidak boleh upload gambar buat flying kiss.. buat mulut itik..oh oh sangat tidak sesuai. Tadi aku dah remove semua gambar aku yang terhegeh-hegeh lagi menyakitkan mata. Gambar supergirl pakai sepender di luar juga aku delete.Bahaya betol.


Aku tahu benda-benda ni akan memberi pengaruh kepada otak budak-budak yang suci lagi murni itu. Baik kan aku?

Doa- Harapan cikgu, semoga semua anak murid cikgu akan berpuasa penuh pada tahun hadapan dan tidak lagi tinggal solat ( ada ke hari tu budak tu makan limau kasturi depan aku waktu bulan puasa). 
Nakal boleh, jahat jangan. Kalau tak masuk sekolah Wira Bakti jadi macam Botak. Nehi nehi...

4 comments:

abeza09 said...

rsenye lame da xmgomen.. emm2..
nmpknye mjoriti bkas cgu prktikm ni (prmpuan je) xleh diakses lg gmbr dorg dlm fb, klu ade powm gmbr suci dlm debu jer.. xleh mnjamu da..

Bungakopi said...

barula ko tu kurang dosa mata..huhuh

Shukri Mohd Ali said...

hahaha. semoga pengalaman mematangkan :D

Bungakopi said...

shukri.
memang telah mematangkan sy sedikit sbyk kot. huhu