Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Saturday, September 24, 2011

Dilema anak bongsu

Pernah tengok filem My Name is Khan tak?
Kan dalam cerita tu  Shah Rukh Khan ada cakap,

" I'm a Muslim, and I'm not a terrorist,"

terjemah :

" Aku orang Islam, dan aku bukan pengganas"

Entri hari ni lebih kurang macam tu la jugak. 
Guna konsep yang sama.

"I'm the youngest in my family and I don't like to be pampered".

Aku anak bongsu. 
Ada kakak berderet. 
Orang selalu tuduh aku manja. Tak pandai masak. Nak apa semua dapat.



Kenapa ha.. kenapa kalau aku bagitahu aku anak bongsu orang akan bagi komen menjengkelkan?

Why why why??

Apakah anda semua mempunyai dendam kesumat terhadap anak bongsu??

Kalau orang tanya aku..

" Anak sulung ea?"

"Takdelah..anak bongsu.."
Manja je comel, comel je manja. Masalahnya aku tak comel

Balasan yang aku dapat biasanya :

" Ouwh manja la ni.."
" Ouwh patut la.."
" Ko mesti tak pandai masak ni..kan? kan?...elele..elele..." Sambil tolak-tolak badan aku macam hampagas.

Mula-mula dulu aku jawab,

" takdak ah, aku biasa je"

"mana ada manja"

" mak aku didik semua anak-anak dia sama je la"

"aku tak manja la...kak aku manja lagi..dia dulu waktu 1st time masuk hostel nangis, AKU TAAAK.."

" Tak pandai masak? Tak lah pandai, tapi tak kebulor la kalau tinggal sorang-sorang pon"

Bila aku rasa macam perangai orang semakin annoying, bahasa aku pon bagus sikit;

" Tak ada la pandai sangat masak, setakat ikan siakap stim tu tahu la jugak. Ko anak sulung kan? Ape eh ingredients dia? Aku buat tu rasa kurang something sket. Ce citew ce citew." (ceh, aku pon bajet macam susah sangat je nak buat ikan siakap stim tu)
Hobi aku ialah merenung masa depan

Tolonglah. Aku anak bongsu tapi tak ada la manja macam orang kata tu. 
Manja tak pernah buat kerja rumah, 
manja tak tahu masak.. 
manja selalu menangis bila jauh dengan family.. tolonglah.

Menyampah betul aku dengan orang berfikiran stereotype ni.

Kalau kau tu anak sulung, anak tengah, anak kedua akhir, kau hebat sangat ke dalam menolong keluarga kau? 

Berdikari la tueww?

Manja atau tak manja bergantung kepada didikan keluarga. 
Mungkin keluarga kau tu yang manjakan anak bongsu, but not my family hokeh. 

Nyampah tol la aku bila orang kata-kata aku manja ni. 
Bajet diorang berdikari sangat. 
Padahal kadang-kadang goreng telur mata kerbau pon letak minyak macam nak goreng keropok. 

Malu la weh. Hari tu kata kat aku tak pandai masak sebab aku anak bongsu.
Malu. Malu.
Booooooooooooooo...!!!

"Ala relax la..acah sikit pon dah marah" kata mereka kepada aku.

Acah wak lu. Kalau terer jom lawan masak. 
Tak pon lawan bela lembu, kita tengok lembu siapa besar dulu- kata aku dalam hati. Dalam hati je la. 


Aku paling bongsu, aku memang kuat tido, skill aku memang kurang berbanding kakak-kakak aku, sebab mereka lahir dulu, mereka kena cubit dulu dengan mak aku, skill apa pon mereka try dulu. 
Ya, mereka lebih terer daripada anak bongsu ini.
Salahkah aku dilahirkan sebagai anak bongsu? 
Salahkah?

NI CEQ TANYA NI, BERDOSA BESAQ SANGAT KA KALAU AKU ANAK BONGSU??

Hairan aku fikir kadang-kadang. Sejak dari kecik terpaksa aku naikkan standard aku sebaris dengan kakak-kakak aku. Sobs. Sedih a camni. Dunia tidak adil.
Nampak gedebe (samseng dol) di situ-kata kawan aku.
Pesanan aku kepada sesiapa yang terbaca luahan ini, ingatlah.. bila anda kata anak bongsu tu manja, mereka (anak bongsu) tak suka oh. 
Seryes. 
Jangan kata macam tu lagi, ok?

Ha ada lagi. Hari tu kawan baik aku kawin. 
Bila aku balik rumah aku pon kata la..
" Syoknya..lepas sorang..sorang kawin. Suma kawan baik aku dah kawin. Aku bila lagi?" Kata aku gurau-gurau kepada sekalian rakyat jelata dalam rumah aku. 

Aku gurau je. 
Aku pon sedar aku ni miskin, rupa pon takde, duit..hmm hampess.. masak pon selalu kurang garam, tapi nak gurau sikit pon tak boleh ke?

Malang tidak berbau, aku telah dilukakan dengan kata-kata berbisa;
" Ang jangan gedik nak kahwin lagi, belajar pon belum habis."

Dan ada 1 lagi ayat yang me'refer' kepada status kebongsuan aku. 
Ah ini tidak adil-bisik aku dalam hati.

Sebenarnya ada lagi ayat berbisa yang tak sanggup dikeluarkan di sini.
Tapi waaaaaahh apa dosa aku bila aku gurau-gurau camtu?
Ingat aku kebulor sangat ke nak kawin? 
Boleh jalan. 
Thesis pun stuck, takkanlah aku masih boleh berfikir benda-benda camni an?

Sekali lagi aku menyeru kepada sekalian pembaca yang membaca luahan ini, 
cakap siang pandang-pandang, cakap malam bisik-bisik. 
Kalau nak bercakap tu, data biarlah transit dulu kat otak, jangan terus keluar kat mulut je. Wokey?


pic credit to google

p/s- Kerana setiap manusia itu dilahirkan unik.

4 comments:

Shukri Mohd Ali said...

kecelaruan emosi.

.: Si BungaKopi : . said...

siapa, saya ke?

Anonymous said...

ank bongsu plengkap kpd ank sulong...
klu xda yg bongsu,dr mana dtg'e sulong...
jgn tnsionkn diri sndri k,
pk yg +ve,
:-)halimunan

Anonymous said...

bongsu tu plengkap kpd yg sulong...
tnpa bongsu,ada ke sulong???
jgn tnsionkn diri sndri k...
pk yg +ve...
:-)halimunan