Mei 2013

This world doesn't makes any sense anymore~




Monday, November 28, 2011

Zahiril Adzim oh my

Jam analog menunjukkan pukul 4.40 a.m. 
tiba-tiba aku terfikir a.m itu mungkin merujuk kepada 'amat mengantuk'. Ya, aku biasa tidur sampai pukul 11.59 a.m kerana waktu itu masih 'amat mengantuk'. Sebenarnya terlajak lebih dari 11.59 a.m tu pon dah terrrlalu biasa. 

Kenapa aku menaip sedangkan aku masih banyak kerja belum selesai, banyak hutang belum langsai, kerana aku ingin khabarkan kepada sesiapa saja bahawa aku kini sedang menyesal. 

#$%^&*f!!!*&^%

Baik, itu adalah perkataan mencarut yang tidak dapat aku gambarkan. Terlalu abkezaaberenggaabereggg perasaan aku sekarang. Aku benci bila tak dapat kawal diri sendiri. Sekarang aku kerap termenung. 

Oh ya, kasihan aku, baru terjumpa blog Zahiril Adzim selepas dia berkahwin. Mencinya. 

Berikut merupakan petikan entri beliau yang buatkan aku tersengih sumbing di pagi hari.

Sekarang jam 2.22 pagi, kalau ikut jam komputer aku ni. Aku nak menulis, update blog kata orang. Tapi esok kerja pagi. 7 pagi aku harus berada di Hulu Langat. Bermakna jam 5 pagi aku harus bangun.

Tapi aku nak menulis. Ada! Fuh, memang ada benda yang aku nak tulis! Banyak dalam kepala ni sekarang!

Ada! Ada!

Nak tulis ini, nak tulis itu. Nak tulis apa yang aku lihat, apa yang aku rasa tentang keliling aku. Macam biasa, semua labelnya adalah keliling aku!

Ada! Ada benda nak tulis!

Tapi kepala tak larat, badan dah penat. TAnGAn NAka meNAiap akbqoerubqt;obpnerzxxxxxxxxxxx...........


ZZZZzzzzzz...........

ZAHIRIL ADZIM
*sengih*

Aku rasa dia menarik. Aku suka artis yang suka menulis. Aku suka tengok dia berlakon start dari drama 'kawan' atau 'kami'? Yang ada Liyana Jasmay berlakon tu. Tapi watak dia dalam Juvana lembik. Tak suka. Tapi kenapa dia dah kawin.....

Aku pon perlahan-lahan tekan butang pangkah di sebelah kanan atas dan kembali termenung menghadap tesis yang begitu memenyampahkan.

p/s-dia ada terbitkan buku tajuk penari bogel...eh Bogel menuju Tuhan. Rasa macam nak baca. 

5 comments:

Husna Hadzarami said...

Lorh, baru tau dia ada blog ke?
Best kan blog dia? Meaningful je. Macam tak kena dengan muka gengster dia. Hehe.

.: Si BungaKopi : . said...

to Husna,
stail penulisan dia tu best. hehehhe.
a'ah...stiap kali tgok dia blakon dpt rasa bakat dia tu. hhuhu

Shukri Mohd Ali said...

untung la dia pandai menulis.

enyheartsdiamond said...

i like him too! siap boleh termimpi-mimpi lagi :)

FR said...

sukaaaa sangat Zahiril Adzim. hihihihi :>
1st time tengok dia dalam cita 100 hari jadi . hihihi. sangkut dahhh.
tetiba bila terjebak dgn dunia blog ni pulak jmpak blog dia.
bahasa dia mmg ohsem :)




lama tak singgah sini, heee.